Saturday, November 2, 2013

What If...

Assalammualaikum Semua,

Bila Ukhti masuk kembali ke blog Ukhti ini, baru sedar rupanya sudah sangat lama Ukhti tidak menulis..Sekarang sudah memasuki bulan november, terakhir Ukhti berkongsi cerita.. hmm June? Alahaai.. memang banyak hal berlaku sepanjang tempoh Ukhti hibernate dari menulis dan kerinduan untuk menulis semakin hari semakin kuat.. Minta maaf, bukan melupakan, cuma bila ada sesuatu tersirat dihati, terkadang mengambil masa untuk menyusun kata..

Alhamdulillah.. hari ini, Ukhti cuba mengambil sedikit masa.. ketika ini pun Ukhti menulis menggunakan handphone Ukhti sebab takut tidak ada kesempatan untuk membuat dirumah, akhir-akhir ini bila saja pulang kerumah, Ukhti selalu terus belayar ke lala land, hehe..

Alhamdulillah juga, sepanjang hibernate dari menulis, banyak perkara yang Ukhti alami dan kebanyakkannya sangat menyentuh hingga ke hati Ukhti.. antaranya, ada satu peristiwa yang sehingga ini masih Ukhti fikirkan.. Baru-baru ini, Ukhti mendapat Khabar duka dari teman Ukhti yang sangat Ukhti kasihi.. bahwa teman sekerja beliau telahpun dipanggil Allah S.W.T tanpa ada petanda bahwa Allahyarham itu akan pergi.. Sangat menyedihkan kerna Allahyarham itu dianggap oleh teman Ukhti sebagai 'seorang bapa', tempat beliau merujuk bila menghadapi  masalah, tempat mengadu bila tertekan ketika berkerja. Bila mendengar berita yang mengejutkan itu, terasa seperti kehilangan seorang ayah.. mungkin begitulah rasa teman Ukhti tersebut.. Innalillah Wainna Illa Hiro Jiun.. please stay strong..

Ketika bercerita dengan teman Ukhti mengenai Allahyarham tersebut, Ukhti tersentuh bila mengetahui, disaat terakhir sebelum Allahyarham tersebut menghembuskan nafas terakhirnya, beliau sempat bergurau senda dengan isteri tercinta. Ukhti di beritahu bahwa Allahyarham tersebut tinggal berdua hanya dengan Isteri beliau sedangkan anak-anak beliau berkerja di luar negara.. terdetik didalam hati Ukhti.. bagaimana rasa Isteri Allahyarham yang ditinggalkan secara tiba-tiba oleh orang yang selama ini mendampinginya, orang yang menjadi tempatnya bergurau senda, menangis dan berteduh.. dimana Isteri tersebut akan pergi selepas ini, berapa lama agaknya untuk si isteri untuk dapat meng-ikhlaskan kepergian suami yang dicintai dengan sepenuh hatinya.. bila Ukhti cuba memikirkan, tiba-tiba saja Ukhti merasa sebak.. ditinggalkan oleh orang yang sangat dikasihi.. 

terkadang, situasi di sekeliling kita tidak sehaluan dengan apa yang kita harapkan, terkadang kita kesal dengan orang-orang disekeliling kita, apatah lagi dengan orang yang kita kasihi yang sememangnya sangat rapat dengan kita.. tidak terkecuali Ukhti sendiri.. namun, Ukhti selalu terfikir.. what if.. bila kita kesal terhadap seseorang, apalagi bila orang itu yang kita tahu sangat kita kasihi dan yang mengasihi kita.. tiba-tiba, kita tidak dapat lagi berjumpa mahupun bercerita dengan orang itu untuk selamanya? what if.. bila paginya kita berkata buruk tentang seseorang, tiba-tiba petangnya kita mendengar berita bahwa seseorang itu sudah pergi?percayalah.. hal sebegini memang terjadi.. kita hanya merancang, namun Allah yang menentukan..

Mungkin sekarang kita boleh belajar untuk lebih menghargai, lebih merendah diri dan lebih menerima bahwa semua orang punya kelemahan dan ada sebab kenapa Allah cinta orang yang sabar.. bila saja Ukhti berfikir mengenai soalan diatas, Ukhti menjadi lebih faham bahwa setiap yang ada sekarang akan pergi suatu hari nanti, kita harus sentiasa bersedia dan selagi ianya masih ada didepan mata kita, sayangilah.. selagi orang itu, masih dapat kita bahagiakan, bahagiakanlah..terkadang tidak mudah untuk bersabar, namun bila kita ikhlas, bahwa sesuatu itu berlaku diatas kehendak Allah dan everything happens for a reason, Insya Allah.. sabar akan lebih mudah untuk kita.. Alhamdulillah, itulah yang Ukhti rasakan ketika ini, mengasihi seorang Ukhti dan melalui suka duka sambil mengharapkan kemudahan dari Allah, Ukhti belajar untuk lebih memahami, bahwa mengasihi seseorang juga bermaksud, Ikhlas menerimanya dan membahagiakannya.. tidak membebankan dan menyusahkannya.. sentiasa tersenyum kepadanya agar dia faham bahwa Insya Allah, walau sepayah mana dugaan yang dilalui, kita ada dengannya.. kita akan terus menbahagiakannya hingga pada satu masa nanti, Allah memanggil kita.. Insya Allah..  





In love with his voice..
 



Insya Allah, Ukhti akan cuba terus menulis selepas ini.. Assalammualaikum


Cinta,
KatijahSulaiman