Tuesday, June 12, 2012

Yang Sederhana dan Kecil



Assalammualaikum Ukhti-Ukhti!

Sangat panjang cerita yang ingin Ukhti tulis disini, namun masa tidak begitu mengizinkan Ukhti untuk berbuat demikian disebabkan oleh tanggungjawab Ukhti sebagai Mahasiswi yang terpaksa mula membuka buku-buku untuk penulisan Dissertation Ukhti.. tapi ingin Ukhti berkongsi beberapa video yang mana jalan ceritanya memang berlainan tapi mempunyai pesanan yang sama.. dan jika Ukhti-Ukhti menyaksikan video-video dibawah, Insya Allah.. Ukhti-Ukhti akan faham mengapa Ukhti disini membuat tajuk post kali ini, sebegitu.. Pelajaran yang Ukhti dapat beberapa hari yang lalu.. sangat-sangat membuka hati dan mata Ukhti, Alhamdulillah..=)


Video pertama,





Video kedua.. pesanan yang ingin disampaikan ada di minit 1:57,





Dan video dari Sami Yusof (Ukhti suka video ni!)




Dah dapat pesanan sebenar yang disampaikan oleh ketiga-tiga video diatas? Melakukan perkara-perkara yang bagi kita mungkin biasa-biasa saja, kemungkinan menjadi bekalan yang hebat untuk kita jika dilakukan dengan istiqomah dan yang penting, kerana Allah semata-mata.. Allah berfirman dalam surah Az-Zalzalah ayat 7-8, Firman Allah S.W.T maksudnya : "Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya .Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya."

P/s: Senyum juga adalah sedekah =)




Assalammualaikum!

Saturday, June 9, 2012

La Tahzan Ya Habibi


Assalammualaikum Ukhti-Ukhti,





Hari kemarin, hati Ukhti berasa kurang gembira disebabkan oleh sesuatu yang membuatkan mata Ukhti yang kusam ini mengalirkan sedikit airmata.. Namun Ukhti memilih untuk berdiam diri dan bertawakal kepada Allah mengenainya.. Hari ini, Ukhti tinggalkan kisah sedih semalam walaupun masih terasa didalam hati kecil ini dan menjalankan hari ini dengan senyuman dan keikhlasan hati. 

Ketika Ukhti sedang leka mencari video untuk dilihat.. seperti ditarik-tarik.. mata Ukhti tefokus kepada satu video yang bertajuk “jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!”.. seperti memahami perasaan Ukhti ketika itu, video tersebut seperti mengamit hati Ukhti untuk melihatnya..





Alhamdulillah.. Video diatas menghapuskan semua kesedihan hati Ukhti.. Ukhti belajar, Bila kita sedih, jika nak menangis.. kita menangislah, tapi selepas itu, marilah kita berDo’a.. berDo’alah kepada Allah dengan sepenuh hati, supaya kita tidak berubah menjadi hambanya yang tidak bersyukur kerana terlalu leka dengan kesedihan hati sama ada kerana seseorang yang kita cinta ataupun kehilangannya, dihina mahupun difitnah.. apalagi kita wanita, hati ini memang agak lembut.. itulah kita wanita.. namun Ukhti selalu percaya, yang membedakan satu wanita dengan wanita yang lain.. adalah bagaimana kita menjaga hati kita yang lembut ini.. sekarang, Ukhti cuba untuk belajar untuk menjaga hati dengan diam, berDo’a dan meng-Ikhlaskan.. Mungkin ada yang kata, kalau terus menerus diam dan simpan dalam hati, nanti hati jadi sedih sendiri.. jika terdetik didalam hati kita tentang itu, katakanlah.. Jangan bersedih, Allah ada bersama kita”. Always believe in the power of Do’a..






Assalammualaikum.

Wednesday, June 6, 2012

Dapatkan Gred A+ untuk Bacaan Surah Al-Fatihah!



Assalammualaikum Ukhti-Ukhti!

 

Pagi ini, Ukhti meluangkan sedikit masa Ukhti melawat facebook Ukhti kerana akhir-akhir ini Ukhti menjadi agak jarang untuk membukanya pada waktu pagi jika dibandingkan dulu. Alhamdulillah, baru buka saja, Ukhti mendapat banyak ilmu baru dari sahabat-sahabat Ukhti yang ada didalam facebook.. dan salah satunya mengenai bila harus berhenti ketika membaca Al-Quran. Memang terdapat sedikit kemusykilan dihati Ukhti ketika membaca Ql-Quran beberapa hari yang lalu dan Alhamdulillah, Allah mendengar keraguan Ukhti dan membuka hati Ukhti untuk membuka facebook Ukhti pagi-pagi buta.. =) 

Teringat Ukhti beberapa hari yang lalu, adik bongsu Ukhti membaca surah Al-fatihah di hadapan Ukhti dan ada beberapa sebutannya yang kurang betul. Ketika itu, Ukhti dan adik pun belajar membetulkan bacaan surah Al-Fatihah kerana kita semua tahu betapa pentingnya bacaan surah itu didalam solat kita. Surah Al-fatihah adalah syarat untuk sah solat.. jika mahu solat kita sempurna, kita kenalah sempurnakan bacaan surah tersebut..

Ukhti pernah belajar mengenai surah Al-Fatihah dari video Ustaz Don.. sangat senang untuk membetulkan bacaan dan tajuid surah tersebut..

 
Video dibawah adalah mengenai jika kita salah menyebutkan tajuid surah Al-Fatihah, boleh mengubah makna surah tersebut?



Video satu ini, Ustaz Don mengajar membaca surah Al-Fatihah dengan betul~





Sebenarnya, memang sengaja Ukhti membuat tajuk post hari ini sebegitu.. kerana itu teguran tesendiri untuk Ukhti. Beberapa hari yang lalu, Ukhti baru mendapat keputusan peperiksaan Ukhti dan Alhamdulillah, Ukhti bahagia dengan keputusan tersebut.. Namun, bila Ukhti menyaksikan video diatas, terdetik didalam hati Ukhti.. Ukhti berusaha keras untuk mendapatkan keputusan yang baik untuk peperiksaan Ukhti, tapi bagaimana dengan Ilmu akhirat Ukhti? adakah grednya sebaik gred yang Ukhti dapat untuk ilmu duniawi Ukhti.. itu yang perlu Ukhti dan mungkin juga, Ukhti-Ukhti yang lain harus renungkan. Menjadi seorang yang bijaksana dan lantang berkata-kata didunia bukan bererti kita hebat.. kita belum hebat.. =)


Assalammualaikum!


Tuesday, June 5, 2012

Al-Quran. : Pendamping Hidup



Assalammualaikum,

Beberapa hari yang lalu, Ukhti dan Ibu pergi melawat salah seorang saudara dari ahli keluarga Ukhti yang Alhamdulillah, melahirkan anak pertama seorang perempuan yang dinamakan dengan nama Ai’syah yang sangat cantik dan mengemaskan.. terutama sekali Ibu Ukhti yang tersangat kasihkan anak-anak kecil, memang agak lucu melihat kerenah Ibu yang memegang baby Aisyah yang nampak sangat kecil apabila didakap oleh Ibu. Sambil-sambil memerhatikan Ai’syah yang nyenyak tidur sambil didengarkan alunan bacaan ayat Al-Quran yang dipasang dari telefon bimbit, Ibu pun bercerita-cerita dengan saudara Ukhti yang telahpun selamat menjadi Ibu baru itu mengenai pengalamannya ketika berada dibilik persalinan..

Ukhti mengenal saudara Ukhti tersebut sebagai seorang wanita yang sangat mengagumi ayat-ayat Al-Quran. Do’a-do’a dari surah Al-Quran adalah amalan seharian beliau dan andaikata Ukhti mempunyai sebarang pertanyaan ataupun soalan mengenai solat mahupun sekadar Do’a.. beliau adalah salah seorang tempat rujukan Ukhti untuk bertanya-tanya. Ketika dalam tempoh mengandung, Ukhti pernah bertanya mengenai Do’a-do’a yang beliau amalkan dan Ukhti tersebut dengan baik hatinya, menunjukkan pelbagai Do’a dari surah yusof ke surah waqiah yang beliau amalkan untuk persediaan beliau untuk hari kelahiran anaknya nanti.. Sepanjang tempoh mengandung itu juga, Ukhti melihat sendiri betapa beliau sangat menjaga suruhan dan hukum Allah dengan baik.. menutup aurat dengan baik tapi masih mempunyai daya tarikan sendiri, melaksanakan solat dan membaca Al-Quran Allah.. itulah amalan beliau selain dari melakukan senaman yang sememangnya harus dilakukan untuk menguatkan lagi ketahanan badan apabila ingin melahirkan nanti. 

Apabila Ukhti bercerita dengan yang Ukhti-Ukhti yang lain mengenai pengalaman mereka melahirkan, Ukhti selalu menjadi agak takut bila mengetahui betapa sakitnya melahirkan sehingga ada yang harus dibius malah dibedah.. tetapi saudara Ukhti tersebut.. bercerita mengenai bagaimana beliau langsung tidak merasakan sedikitpun kesakitan.. apabila disuruh untuk ‘menolak’, beliau langsung tidak menyedari bahwa bayi sudahpun keluar dari rahimnya dan berada ditangan bidan.. lucu.. namun, seperti yang ibu Ukhti katakan “itu tanda murah beranak”, Ukhti yakin.. kerana kesungguhannya mendampingi ayat-ayat Al-Quran adalah salah satu kunci yang memudahkan kelahirannya.. Alhamdulillah.. Mudahan Ai’syah menjadi seorang anak yang solehah dan mempunyai wajah yang bercahaya seperti ibunya.. Aamiin..

Selain itu, Ukhti juga ada mengenal sejak Ukhti masih kecil lagi, seorang bapa yang sangat sentiasa mendampingi Al-Quran. Dianugerahi dengan suara yang merdu, membuatkan bapa tersebut mampu menggunakan kelebihan itu untuk memperindahkan lagi bacaan ayat-ayat Al-Quran. Asal saja Ukhti pergi ke rumah beliau, kebetulan ketika itu juga, bapa tersebut kusyuk membaca Al-Quran.. masih teringat dengan jelas betapa indahnya suara beliau. Suara beliau yang merdu tersebut, turut di warisi oleh anak-anak beliau dan disebabkan oleh kesetiaan beliau mendampingi kitab Allah tersebut, Beliau turut mendaftarkan semua anak-anak beliau untuk menghadiri tilawah Al-Quran dan Alhamdulillah, semua terpilih. Beliau menghidupi suasana kekeluargaan dirumah beliau dengan alunan bacaan Al-Quran dan zikir-zikir Allah selain dari melaksanakan solat fardhu dan sunat. Asal saja Ukhti melihat keluarga Bapa tersebut, Ukhti sangat merasakan keberkatan dan ketenangan. Alhamdulillah, semua anak-anak beliau Berjaya memasuki universiti dan meraih beberapa ijazah yang mana Ukhti yakin, itu berkat dari Usaha, Do’a dan juga amalan beliau yang sentiasa memuliakan Al-Quran Allah.. Ukhti yakin itu.. sudah lama Ukhti tidak berjumpa dengan bapa tersebut dan keluarganya, Ukhti Do’akan beliau dan keluarga sentiasa berada didalam rahmat dan perlindungan Allah S.W.T.. Aamiin Aamiin Ya Rabb..

Ukhti masih ingat.. guru mengaji Ukhti dulu pernah berpesan kepada Ukhti, “kalau mahu senang didunia dan diakhirat.. bacalah Al-Quran selalu.. jadikan Al-Quran boyfriendmu”. Ukhti yang ketika itu masih kecil hanya tetawa mendengar pesanan itu, namun sekarang ia menjadi salah satu pesanan yang paling berharga dalam hidup Ukhti. Sebagai wanita biasa.. sama seperti yang lain, Ukhti juga pernah berteman dengan seorang Akhi yang sangat Ukhti muliakan dan mampu untuk menjadi seorang Imam yang baik. Beliau mendampingi Ukhti untuk mengerjakan suruhan Allah dan sama-sama cuba untuk mempelajari kitab Allah ketika berjumpa untuk makan tengah hari atau petang. Namun, mungkin Allah berkata lain dan mungkin tiada jodoh diantara Ukhti dan Akhi tersebut, sekarang masing-masing mengikut jalan sendiri dan masing-masing terus memperjuangkan ilmu dan hukum Allah. Sebagai seorang Ukhti yang biasa, memang kesedihan sangat terasa terutama sekali bila hajat sebenar ingin menjadikan beliau sebagai Imam disolat Ukhti suatu hari nanti. Teman-teman Ukhti sangat berbaik hati untuk sentiasa menemani Ukhti ketika tempoh ‘recovery’ tersebut sehingga ada yang berkata kepada Ukhti, sesetengah wanita mengambil masa setahun dua untuk betul-betul mampu menjalani hidup mereka seperti biasa tanpa harus mengenang balik kisah lama mereka. Terkadang Ukhti berfikir.. adakan Ukhti akan menjadi seperti mereka? 

Ukhti mengambil masa sendiri untuk memusabahkan diri dan terus terdetik didalam hati Ukhti.. Ukhti tidak perlu menjadi seperti mereka yang lain kerana Ukhti ada Allah.. pilihan bagaimana Ukhti ingin menjalankan hidup Ukhti berada ditangan Ukhti sendiri dan Ukhti tahu Ukhti tidak perlu mengikut langkah-langkah orang lain jika Ukhti rasa ada cara yang lebih baik dan mulia.. Ukhti mempunyai satu benda yang akan sentiasa mendampingi Ukhti walau dikala sunyi Ukhti dan tidak akan pernah pergi meninggalkan Ukhti seorang diri.. iaitu Al-Quran.. Ukhti dinasihati oleh beberapa teman untuk pergi melapangkan fikiran dengan pergi kepantai ataupun ketempat-tempat hiburan yang mampu membuat Ukhti melupakan sementara perasaan kehilangan tersebut.. namun, Ukhti mengambil keputusan untuk melakukan terapi hati untuk menghilangkan kesedihan dan mencari kegembiraan, dengan bacaan Al-Quran.. Sepanjang tempoh terapi tersbut.. Al-Quran buat Ukhti menjadi lebih Ikhlas dan redha, membuatkan Ukhti merasa seperti ada perubahan didalam hati Ukhti setiap kali membaca ayat-ayat Allah tersebut.. hati yang mulanya lemah, sekarang berubah menjadi lebih kuat.. lebih memahami bahwa Allah lebih mengetahui setiap yang berlaku.. dan Ukhti tidak lagi merasa keseorangan kerana Ukhti tahu Ukhti mempunyai pendamping yang baik.. Al-Quran.. 

Ukhti Yakin, walaupun kelebihan Al-Quran banyak diterangkan dimana-mana laman web atau dibuku atau pun oleh alim ulama, namun rahsia kelebihan Al-Quran hanya akan mampu dirasakan oleh orang-orang yang mengamalkan dan tidak ada satu ayat pun yang cukup kuat untuk menerangkan kehebatan kitab Allah tersebut.


P/s: Harap-harap satu hari nanti dapat kitab Al-Quran berwarna pink =)


Assalammualaikum.














Sunday, June 3, 2012

Do’a dan Redha Ibu



Assalammualaikum,

Ilham kali ini Ukhti dapatkan dari pembicaraan Ukhti dengan teman-teman Ukhti yang berhajat untuk pergi melancong ke.. tak jauh, Miri je.. =) Mereka yang lain sudahpun bersedia untuk meneruskan pelan tersebut, yang tinggal hanya.. Ukhti.. yang harus meminta kebenaran kepada Ibu Bapa Ukhti untuk pergi.. Sebenarnya agak berat untuk memberitahu kerana Ukhti faham benar dengan Ibu Ukhti yang kejarangan untuk melepaskan Anak gadisnya ini apalagi untuk pergi ketempat yang jauh.. mungkin Bapa Ukhti lebih relax orangnya walaupun beberapa kali teman Ukhti berbisik kepada Ukhti mengenai wajah bapa Ukhti yang ‘garang’ kerana kumisnya.. hehe.. 

Dipendekkan cerita, Ibu Ukhti tidak membenarkan.. keputusan Ibu Ukhti tersebut seakan-akan mengukuhkan lagi perspektif orang mengenai Ukhti yang dikatakan “Anak Babu”, hehe.. Di Universiti, Ukhti mempunyai seorang pensyarah yang mempunyai cara pemikiran yang agar terbuka. Beliau mengetahui akan cara hidup Ukhti yang menurut Beliau agak ‘terkongkong’ kerana, dalam usia 24 tahun ini, Ukhti masih di-ikat oleh peraturan Ibu.. Beliau turut membandingkan cara kehidupan orang muda dibarat yang baginya lebih relax. Beliau berkata kepada Ukhti bahwa Ukhti harus tegas dalam membuat keputusan untuk diri sendiri dan tidak terlalu terikat oleh kata-kata Ibu Ukhti.. Ukhti Cuma tersenyum dan terkadang membuat jenaka mengenainya.

Tajuk diatas, Ukhti menyebut mengenai Do’a.. Mungkin orang-orang yang rapat dengan Ukhti selama ini pernah mendengar Ukhti beberapa kali menyebut “the power of Do’a” ketika bercakap-cakap dengan mereka. Bila Ukhti berbincang mengenai sesuatu yang kurang pasti ataupun sesuatu harapan dengan teman-teman, Ukhti selalu mengingatkan diri sendiri bahwa Ukhti mesti percaya yang kita dibawah perlindungan dan jagaan Allah S.W.T.. jadi apa yang tersirat dihati, mintalah kepadanya, berdo’a lah kepadanya.. always believe in the power of Do’a..

Ingin Ukhti berkongsi sedikit cerita Ukhti bersama Ibu Ukhti yang sangat Ukhti kasihi.. Sejak dari kecil, Ibu Ukhti selalu mengingatkan Ukhti satu pesanan yang sehingga sekarang masih dilakukannya iaitu, apapun yang terjadi, jangan pernah lupa untuk berDo’a.. bila ada yang bertanya, Ukhti berkeinginan untuk mendapatkan apa dari mereka, jawablah.. saya hanya mahu Do’a.. Ibu mengatakan, jika kita minta wang ringgit ataupun harta benda dari orang lain, ianya-nya hanya berbentuk sementara.. wang ringgit akan habis dibelanjakan, harta benda bila cukup masanya, akan rusak.. mintalah sesuatu yang selamanya dapat Ukhti nikmati kebaikannya.. minta Do’a dari mereka untuk sentiasa dimurahkan rezeki, minta Do’a dari mereka untuk sentiasa dilapangkan segala urusan.. kerana sekali Do’a diucapkan, ianya-nya akan berterusan selagi orang yang menDo’akan itu redha dengan keberadaan kita, Insya Allah..

Bercakap mengenai Do’a, Ibu Ukhti adalah ‘role model’ untuk Ukhti.. dari dulu sehingga sekarang, bila saja Ibu mendapat rezeki dari anak-anaknya, ibu akan selalu berkata “terima kasih lai bagi babu rezeki, mudahan rezekimu selalu ditambahi, hidupmu berkat selalu”. Itulah yang selalu diucapkannya walaupun hanya sekadar dibawa makan martabak 60c. Terkadang, tersentuh juga hati kecil ini bila saja mendengar ibu menberi Do’a kerana kita semua tahu betapa kuatnya Do’a seorang ibu. Pernah Ukhti membaca didalam satu buku yang bertajuk “wanita Muslimah”, “Jika semua orang tahu betapa hebatnya kekuatan Do’a seorang ibu terhadap anaknya, sudah tentu semua orang akan berhabis-habisan walau bergadai nyawa untuk mendapatkan sedikit saja Do’a ibu..”

Banyak perkara berlaku dalam hidup Ukhti yang mana bila Ukhti fikirkan lebih dalam, semuanya berkat dari Do’a ibu Ukhti.. Ukhti teringat.. ketika Ukhti berada dimenengah enam atas, Ukhti menghadapi kesukaran untuk cuba lulus didalam peperiksaan A’level Ukhti.. ketika peperiksaan percubaan, Ukhti hanya mampu mendapat E untuk subjek Ukhti.. walau sekuat mana Ukhti cuba untuk memahami, keputusan masih menhampakan.. Ukhti menyampaikan kehampaan itu kepada Ibu Ukhti.. Ibu memang seorang yang sangat positif.. ibu akan selalu membuat Do’a dihadapan Ukhti dan Ukhti ingat satu Do’a yang pernah beliau sebut.. “Ya Allah, Izinkan anakku untuk menjejakkan kaki ke universiti..”, apabila keputusan peperiksaan dikeluarkan, Ukhti layak untuk memohon dan mendapatkan biasiswa untuk masuk ke-universiti.. Alhamdulillah..

 pada tahun lepas, sebelum classification Degree Ukhti keluar, Ukhti seringkali bercerita dengan Ibu mengenai bagaimana classification dibuat dan bagaimana ia dibahagikan kepada empat bahagian. Ibu Ukhti bertanya, apa yang Ukhti harapkan dari classification Ukhti.. Ukhti kata, “it would be nice to get atleast 2.1..”, tetapi Ukhti juga menerangkan kepada ibu bahwa, jika dilihat dari gred-gred yang Ukhti dapat dari tahun 1 yang majoritinya adalah gred C, jika hanya mendapat 2.2, Ukhti akan tetap bersyukur.. Ukhti juga memberitahu Ibu bahwa, sedangkan pensyarah Ukhti dan juga staf HRD sendiri mengatakan, dengan gred yang Ukhti ada, kemungkinan besar Ukhti hanya akan mendapat 2.2. Tapi Ibu tetap seorang Ibu yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anaknya.. apabila ibu mendengar cerita tersebut.. Ukhti masih ingat apa yang Ibu katakan selepas itu. Ibu berkata, “Dengan berkat Do’a Babu.. hati Babu selalu redha, Insya Allah.. kau kan dapat lebih dari 2.2” dan itu yang selalu diucapkan acapkali Ukhti menyampaikan perasaan hampa Ukhti kepadanya mengenai classification yang terlalu akhir keluarnya.. Bila classification akhirnya dikeluarkan.. sahabat baik Ukhti menelefon Ukhti tepat pukul 5 subuh dan memberitahu bahwa Ukhti mendapat kelas Dua atas.. itulah hebatnya Do’a seorang Ibu, Alhamdulillah..

Al-Kisah, dengan classification yang Ukhti perolehi, membolehkan Ukhti untuk memohon biasiswa keluar Negara, namun keputusan itu ditentang oleh Ibu Ukhti yang merasa belajar di Universiti tempatan sudah cukup.. Mungkin tidak biasa berjauhan dengan Ukhti membuatkan ibu berasa begitu, Ukhti faham.. Ukhti mencuba nasib untuk memohon dan menguruskan permohonan tanpa sepegetahuan Ibu.. namun, seperti yang Ukhti pernah katakan di post sebelumnya, Redha seorang Ibu itu penting.. sangat penting jika ingin hidup yang baik.. tiada izin dan redha dari Ibu, bermacam-macam masalah Ukhti hadapi ketika menguruskan permohonan tersebut dan ianya-nya disaksikan oleh teman-teman Ukhti sendiri. Bermacam-macam halangan sehingga pada akhirnya, Ukhti tidak sampai bertolak walaupun pada akhirnya biasiswa diberikan kepada Ukhti dimana Ukhti mengambil keputusan untuk menolak biasiswa tersebut kerana didalam hati Ukhti juga takut dengan ketidakan redhaan Ibu. 

Benarlah kata orang.. akan ada hikmah disebalik yang berlaku.. ada hikmahnya menurut kata Ibu.. pada hari Ukhti menolak biasiswa keluar Negara, Ukhti mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Brunei Darussalam dan program yang Ukhti dapat memang bertepatan dengan keinginan Ukhti dan sepanjang belajar disana, Ukhti merasa sangat seronok.. Alhamdulillah.. 

Jika Ukhti fikirkan balik hujahan pensyarah Ukhti yang mengatakan hidup Ukhti terikat.. Alhamdulillah, Ukhti bahagia dengan cara hidup Ukhti sebab Ukhti tahu, walaupun ada beberapa perkara yang disekat, Ukhti tahu Ukhti hidup dibawah Redha dan Do’a Ibu Ukhti.. Bagi Ukhti, itu lebih penting.. Ibu Ukhti lah yang membesarkan Ukhti dan adik-adik, beliau lah yang menyuap dan menadah makanan ke-mulut Ukhti ketika sihat dan sakit.. Ibulah yang menDo’akan kebaikan untuk Ukhti bila orang lain mencaci dan menghina.. 

Ukhti Yakin.. Ukhti-Ukhti dan Akhi lain juga dibesarkan oleh Ibu-Ibu yang hebat dan tegas kerana kehebatan seorang anak dilihat dari kehebatan Ibunya yang membesarkan.. pepatah orang putih mengatakan, “A man who treats his woman like a PRINCESS is a proof that he has been born and raised in the arms of a QUEEN”,  intipati yang Ukhti ingin perlihatankan disini adalah.. selagi kita masih mempunyai Ibu.. mintalah Do’a dari mereka.. carilah keredhaan Ibu.. pengalaman Ukhti sendiri sudah cukup untuk membuktikan betapa hebatnya Do’a seorang Ibu.. dan Ukhti yakin, Ukhti-Ukhti dan Akhi juga mempunyai pengalaman sendiri bersama Ibu masing-masing.. jika yang belum mendapat rezeki dalam pekerjaan, mintalah Do’a dari Ibu setiap hari.. jika yang belum mendapat rezeki dalam mencari pasangan, mintalah Do’a dari Ibu setiap hari.. jika yang belum mendapat ketenangan dan kebahagiaan, mintalah Do’a dari Ibu.. 

“Hadis Sahih Bukhari menjelaskan, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, maksudnya : 'Siapakah yang wajib kita hotmati dan kasihani selepas Allah SWT dan Nabi'? Jawab Nabi, Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Dan kali keempat lelaki itu betanya 'selepas itu'? Jawab Nabi, ayah kamu.”

“Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa"

“Dari kitab Mujab ad-Da’wah yang ditulis oleh Imam al-Hafizh Ibnu Abi ad-Dunya rahimahullah.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu anhu , dia bercerita:

Suatu hari kami menjenguk seorang anak muda dari Anshar (Madinah) yang sedang sakit berat. Kami tidak beranjak dari sisinya sampai ajal menjemputnya. Lalu kamipun membentangkan kain untuk menuntupi wajahnya. Ibunya yang sudah lemah dan tua berada di samping kepalanya. Lalu kami menoleh kepadanya sambil menghiburnya dengan berkata, ‘Berharaplah pahala dari Allah atas musibah yang menimpamu’.

‘Apakah anakku sudah mati?’, tanya wanita tua itu.

‘Ya’, jawab kami.

‘Benarkah apa yang kalian katakan?’, tanyanya lagi.

‘Ya, benar’, jawab kami.

Lalu wanita tua itu mengulurkan tangannya ke langit sambil berkata, ‘Ya Allah, Engkau tahu bahwa aku pasrah kepada-Mu dan berhijrah kepada Rasul-Mu, dengan harapan agar Engkau berkenan menolongku dalam tiap kesulitan. Ya Allah, janganlah Engkau timpakan kepadaku musibah ini pada hari ini’.

Kemudian dibukalah penutup wajah yang telah kami tutupkan kepada anak muda itu. Tidak berapa lama kemudian, kami menyantap makanan bersamanya.

Ajaib, anak muda itu hidup kembali.”



Assalammualaikum =)


p/s: Terima kasih kepada Ukhti / Akhi yang memberi peringatan kepada Ukhti disalah satu post Ukhti.. nasihat dan peringatan adalah rezeki dari Allah.. semoga Ukhti / Akhi diberi kemudahan dan rezeki yang luas.. Aamiin Aamiin Ya Rabb..



Thursday, May 31, 2012

Al-Quran sebagai Mas Kahwin







Assalammualaikum..

Beberapa kali Ukhti mendengar cerita nenek-nenek dan Datuk Ukhti mengenai kisah cinta mereka terdahulu.. memang susah untuk dibayangkan tapi memang kisah cinta mereka agar unik jika dibanding dengan kisah-kisah cinta sekarang yang lebih ‘moden’. Jika sekarang, pasangan-pasangan yang sedang berkasih sayang, dengan senangnya datang kerumah pasangan untuk berjumpa dan mengeratkan silaturahim, nenek dan Datuk Ukhti dulu hanya mengharapkan surat menjadi penganti diri untuk meluahkan perasaan cinta dan kasih terhadap pasangan masing-masing. Ukhti pernah bertanya, mengapa tidak pergi terus berjumpa saja.. tulis dalam surat, berjanji dimana-mana, pukul berapa.. seperti yang biasa dibuat pada masa sekarang.. nenek dan Datuk Ukhti menjawab, sebab.. mereka malu dan takut akan dosa.. lagipun, mereka juga takut akan ‘kebengisan’ wajah ayah mereka jika mengetahui anak dara mereka berjumpa dengan si anak teruna.. begitulah kecantikan ‘percintaan’ zaman dahulu.. tidak terlalu mengeluarkan wang ringgit, tidak terlalu banyak dugaan, tidak terlalu banyak permintaan.. cantik.. kebanyakan percintaan zaman dahulu lebih kepada percintaan sebenar selepas kahwin.. hanya selepas di-ijabkabul kan pasangan yang pada mulanya hanya menyayangi berlandaskan surat-menyurat, sekarang akan lebih mengenali satu sama lain.. dan Alhamdulillah.. majoriti pasangan nenek-nenek kita berakhir dengan “perpisahan menghadap Allah S.W.T”, Datuk Ukhti pernah memberitahu, ketika kahwin, mereka hanya tahu untuk membahagiakan satu sama lain.. tidak mementingkan perasaan dan ego sendiri.. sama-sama berusaha untuk mengembirakan satu sama lain walaupun hanya sekadar, membawa setangkai bunga yang dicuri dari taman orang lain.. hehe..

Yang menarik perhatian Ukhti adalah apabila mereka melangsungkan walimatul-Urus dimana kebanyakan mereka hanya menggunakan kitab suci Al-Quran, sejadah dan juga telekung sebagai mas kahwin mereka. Mereka berkata, mas kahwin yang berbentuk kitab Allah, sejadah dan telekung adalah sangat penting dalam seharian mereka kerana itulah yang mereka baca dan hadap sebelum memulakan hari-hari mereka dan tanpanya, sepertinya sukar bagi mereka untuk menjalankan kegiatan seharian mereka.. seperti kosong. Pernah Ukhti mendengar cerita bapa saudara Ukhti mengenai Al-Quran sebagai Mas Kahwin dimana beliau berkata, menjadikan Al-Quran sebagai mas kahwin jika tidak ingin bergantung kepada wang ringgit, buka perkara main-main.. kerana dengan pemberian Al-Quran sebagai Mas Kahwin, si bakal suami harus terlebih dahulu mengetahui adakah si wanita yang bakal di nikahi tersebut, akan selalu membaca Al-Quran yang diberikan.. Ianya bukan sekadar menjadi perhiasan ketika pernikahan dan akhirnya diletakkan di Almari dan menjadi lambang kenangan ketika hari berbahagia. Si bakal suami harus terlebih dahulu menyelidiki.. adakah si wanita yang bakal menjadi isteri, mampu menjadikan Al-Quran yang diberikan sebagai pendamping hidupnya selain berbakti kepada suaminya.. itulah yang dikatakan bapa saudara Ukhti.. memang ada betulnya.. Kitab Allah adalah kitab suci kita.. bukan sesuatu untuk dipermainkan atau digunakan untuk kepentingan sendiri.. tapi untuk dihayati dan diamalkan.. 

Mengetahui akan fakta tersebut, ia terus membuka hati dan mata Ukhti, untuk lebih mendalami dan menghayati ayat-ayat suci Al-Quran agar kelak Ukhti dapat menjadi layak untuk menerima kitab suci Al-Quran sebagai Mas Kahwin bila melangsungkan walimatul-Urus Ukhti dengan bakal suami Ukhti nanti.. dan Ukhti harap penulisan kali ini turut dapat sedikit sebanyak membuka hati dan mata Ukhti-Ukhti dan juga Akhi-Akhi budiman seperti mana ianya menyedarkan Ukhti sendiri.. Insya Allah..


Assalammualaikum =)

Wajah Berseri Menjadi Penenang Hati



Assalammualaikun Ukhti-Ukhti,

Hari ini, Ukhti meluangkan masa untuk berjumpa dan bercerita-cerita dengan dua orang teman baik Ukhti ( Hawa dan juga Suzy ) yang mana Hawa dulunya pernah bersama-sama dengan Ukhti berjuang untuk masa depan yang cerah dan suzy adalah teman yang sama-sama dengan Ukhti menuntut di Universiti ketika ini.. Teman yang pertama sudah lama mengenal Ukhti dan kami memang sudah biasa dengan karenah masing-masing.. Suzy adalah teman Ukhti yang bukan beragama Islam (beragama Christian tapi dia lebih selesa menjadi free thinker ) tapi sangat memahami akan tugas dan tanggungjawab Ukhti sebagai seorang Muslimah dimana apabila saja Ukhti dan suzy pergi berjalan bersama, dialah yang selalu mengingatkan Ukhti akan solat dan sangat setia menemani Ukhti solat disurau walapun Ukhti tahu, sebagai orang yang bukan beragama Islam, mungkin ada perasaan gusar didalam hatinya ketika duduk menunggu.. Terima kasih..

Ketika menunggu teman Ukhti suzy menyiapkan kerjanya, Ukhti mengambil keputusan untuk solat Zohor di salah satu surau diMall, Gadong dan ketika berjalan menuju surau.. Ukhti melihat seorang Akhi baru keluar dari bilik berhampiran dengan surau perempuan.. dan berjalan menuju kearah Ukhti.. memandangkan Ukhti selalu berasa malu bila ada Akhi yang bukan Muhrim berjalan didepan, Ukhti mengambil keputusan untuk memandang Karpet lantai sambil meneruskan perjalanan menuju surau.. bila Akhi tersebut mendekati dan sebelum melintasi, Ukhti mendengar suara yang menyapa “Assalammualaikum..”  kerana mendengar salam tersebut, Ukhti terus mengangkat kepala dan melihat Akhi tersebut yang ketika itu tersenyum dan terus terdetik didalam hati Ukhti.. wajah Akhi ini sungguh berseri.. tiba-tiba saja, Ukhti tersenyum.. bukanlah disebabkan adanya perasaan lain tapi lebih kepada kekaguman.. Ukhti hanya melihat wajahnya beberapa detik dan seri wajahnya sepertinya memberi ketenangan didalam hati Ukhti, Masya Allah.. 

Ukhti selalu ingatkan diri Ukhti, bahwa semua orang boleh menjadi cantik, tapi tidak semua orang mempunyai wajah yang berseri dan bercahaya kerana ianya-nya lahir dari hati kita.. bagaimana kita menjaga hati kita untuk sentiasa menjadi cantik agar kecantikan hati itu terserlah diraut wajah kita..  tidak mudah.. ianya-nya memerlukan istiQomah dan keikhlasan untuk terus menuju kearah yang baik.. Ukhti sendiri masih belum mampu untuk sentiasa menjaga hati ini.. Ukhti pernah terbaca, “Jika kita masih merasa tidak Ikhlas, tidak redha, tidak memaafkan, ada perasaan benci dan keegoaan, itu bererti solat kita belum sempurna, bacaan Al-Quran kita belum sempurna”, tapi Ukhti yakin, Allah maha pengampun dan pemaaf hambanya, terutama sekali yang ingin membaiki hati dan diri sendiri. 

Ketika Ukhti menghadiri sesi membaca Al-Quran untuk Khatam sempena majlis konvokesyen tahun lepas dimasjid yang Ukhti panggil masjid putih (sebenarnya Ukhti tidak mengetahui sehingga sekarang nama masjid tersebut), Ukhti beberapa kali mendengar suara seorang pakcik mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.. dengan suasana sejuk didalam masjid tersebut, di iringi dengan bacaan Al-Quran, memang keadaan ketika itu sangat menenangkan.. beberapa kali Ukhti mendengar suara pakcik tersebut tapi tidak pernah Ukhti melihat kalibat empunya suara yang merdu itu sehinggakan suatu hari, Pakcik tersebut berjalan melintasi Ukhti dan wajahnya sangat berseri.. sangat tenang,, sangat manis walaupun rambut hitamnya sudah berubah warna. Ukhti berfikir sejenak, adakah kerana amalan nya membaca ayat Al-Quran dengan sempurna setiap hari, membuatkan Nampak cahaya dan seri diwajahnya yang sudah berumur? Tapi Ukhti yakin, jawapannya adalah Ya.. semua orang yang membaca Al-Quran tahu betapa hebatnya kitab Allah tersebut dalam memberi ketenangan kepada hati, jiwa dan fikiran kita.. Bila hati kita sentiasa tenang, wajah pun akan turut tenang.. bila hati berseri, wajah pun ikut berseri.. semuanya bermula dari hati..

Mengikut beberapa laman web yang sempat Ukhti lawat dan baca, terdapat Dua surah yang sangat baik untuk diamalkan untuk wajah berseri iaitu Surah Yusuf (memang amat diketahui kerana kisah nabi Yusuf yang tampan) dan juga surah Al-Waqiah (yang juga Do’a untuk murah rezeki), Ukhti-Ukhti bolehlah membaca link-link dibawah jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Do’a untuk seri wajah dan agar sentiasa disayangi.. Ukhti yang jahil ilmu agama ini, belumlah begitu hafal dengan surah Yusuf dan surah Waqiah dan hanya berkesempatan untuk membacanya hanya ketika membaca Al-Quran.. Cuma Ukhti hanya mengamalkan satu saja untuk sentiasa tenang.. iaitu “Allahumma Solli Ala Saiyyidina Muhammad”.. Mungkin amalan yang lebih mudah.. kerjakanlah solat, bacalah Al-Quran, minum air yang cukup dan senyum.. Insya Allah.. =)


Amalan zikir untuk awet muda dan cantik berseri

 

Surah yusuf -amalan agar muka berseri


Petua Awet Muda
 


Dibawah adalah gambar Ustazah Fatimah Syarha dan Ustaz Farhan Hadi.. Ukhti suka melihat pasangan suami isteri ini sebab dua-dua nampak tenang dan berseri..

  



Tengok bagaimana Ustazah dan Ustaz ini sama-sama menenangkan hati.. dengan pujian.. comel..





Assalammualaikum..