Saturday, January 19, 2013

Saya belajar bahwa..

Sejak-sejak Ukhti berkerja, ada beberapa perkara yang Ukhti alami, macam-macam perkara.. ada yang mengembirakan.. ada juga menyedihkan, kata orang suka duka ketika berkerja memang ada.. tapi ada beberapa perkara yang Ukhti pelajari..
1)      Bila ada yang marah pada kita dan berkata kasar, kita berkatalah dengan lembut.. Insya Allah.. Ini ada kena mengena dengan pekerjaan Ukhti ketika ini, sebagai seorang “customer relation management officer”, memerlukan Ukhti untuk berkomunikasi dengan pelanggan melalui telefon.. dan sejujurnya, tidak mudah.. sepanjang Ukhti berkerja.. macam-macam karenah pelanggan Ukhti temui. Ada yang baik, ada juga yang sebaliknya.. seringkali Ukhti bertemu dengan pelanggan yang agak emosi dan kurang sensitif jadi dengan ringannya, mereka mengeluarkan kata-kata kesat.. sepanjang Ukhti berkerja itu juga, Ukhti belajar maksud sabar dan tenang.. pernah sekali Ukhti betemu dengan seorang pelanggan lelaki yang memang sudah dalam keadaan marah dan tanpa ‘berlapik2’ berkata yang kurang enak didengar.. Ukhti hanya mampu mendengar dan mengangguk kepala. Tidak mudah.. memerlukan beberapa hari untuk Ukhti bangkit dari perasaan terpuruk ketika itu mungkin kerana ‘kekajutan’, namun sekarang Ukhti seperti sudah ‘immune’ walaupun baru 2 minggu berkerja.. seperti diberi tanda, Ukhti terbaca di satu laman web, “bersabarlah dan sentiasalah berlembut”. Akhir-akhir ini, sesuatu yang agak lucu berlaku.. bila saja Ukhti berbual dengan pelanggan ditelefon dan pelanggan tersebut marah, Ukhti mencuba untuk terus bercakap dengan nada yang lembut dan tiba-tiba saja, semua pelanggan yang pada mulanya agak ‘ganas’ dengan berkata ‘kamu ani aa babal bah, sudah digitau….”, berubah menjadi “inda bah lai, atu saja masalahnya lai..”, bukan seorang tapi hampir semua pelanggan seperti berubah apabila dilayan dengan lembut. Mungkin itulah sebabnya, kenapa Allah mengajar kita untuk sentiasa melapangkan hati bila berdepanan dengan orang yang sedang marah ataupun sedang berfikiran negatif.. kata orang, api yang merak jangan ditambah dengan minyak, simbahlah dengan air sebagai penyejuk. Itulah yang sentiasa Ukhti ingatkan, ingin belajar menjadi ‘air’ bukan saja ditempat kerja, tapi jua dimana-mana pun Ukhti berada..


 
2)      Rezeki untuk orang yang bersabar.. ini bermula bila Ukhti berbual-bual dengan beberapa orang staff ditempat Ukhti berkerja dimana mereka memberitahu Ukhti bahwa bulan depan mereka akan mula berkerja disektor kerajaan, Alhamdulillah.. apa yang menjadi inspirasi untuk Ukhti adalah tempoh mereka menunggu hingga pada akhirnya diterima untuk berkerja dengan pihak kerajaan. Seorang teman sekerja Ukhti yang bakal berpindah kerja memberitahu Ukhti bahwa beliau harus menunggu selama 3 tahun dan harus mencari kerja disektor swasta sehingga pada akhirnya, beliau mendapat surat tawaran dari pihak kerajaan. Seorang lagi memberitahu Ukhti bahwa beliau menunggu selama 2 tahun. Memang lain orang lain rezeki namun yang pasti rezeki itu akan tetap dating bila kita bersedia untuk berusaha dan bersabar. Jadi mungkin selepas ini Ukhti mesti berusaha lebih dan bersabar lebih, semangat!



3)      Kasih sayang yang sebenar adalah apabila kita mengetahui kelebihan kekurangan orang yang kita kasihi namun walau seteruk manapun kita rasa, kita tetap menyayangi, kita tetap mengingati, kita tetap mengharap perkara-perkara baik untuk mereka. Itulah yang Ukhti sedar baru-baru ini.. sejak-sejak berkerja, banyak kali Ukhti terlihat nama-nama pelanggan yang sama seperti dengan nama jejaka yang dulu pernah hadir dalam hidup Ukhti. Memang pada mulanya, agak janggal.. namun akhir-akhir ini, Ukhti seperti sudah selesa melihat nama-nama tersebut.  Sesekali kali Ukhti melihat terus nama tersebut dan tertanya sendiri, bagaimana keadaan nya ketika ini, dimana dia ketika ini, bagaimana kehidupnya ketika ini. Sudah lama Ukhti tidak mengikuti perkembangan beliau, tidak dari facebook mahupun twitter. Namun benarlah kata orang, walaupun jauh dimata, bila kasih sayang dihati itu benar, ianya akan tetap ada dihati walaupun tidak ada satu benda pun yang tinggal untuk diingati atau dikenang. Ukhti berharap beliau sentiasa dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi Allah. Ukhti tahu beliau memandu kereta lama manual dan Ukhti teringat pada ketika Ukhti terpaksa menahan panik bila berada dikereta yang dipandu beliau.. terlalu cemas akan keselamatannya, Ukhti seringkali merungut kepada beliau untuk suatu hari nanti membeli kereta baru. Lucu.. Tolong sampaikan kepada beliau, jaga diri selalu, jangan lupa selalu lawat rumah Allah.. tolong jangan lupa akan saya..


Akan bersambung................ =)


Cinta,
Katijah Sulaiman

Friday, January 11, 2013

Aku berharga sebanyak....

Assalammualaikum,
Macam bertahun-tahun sudah rasanya Ukhti tidak meng-update blog ini, bukan malas atau kehabisan idea.. sebenarnya banyak yang hendak dikongsi kan dan sebenarnya sudah ada beberapa ‘draft’ yang Ukhti buat, hanya tinggal dipost ke dalam blog ini. Alhamdulillah, Ukhti sudah mula berkerja sejak dari awal bulan Januari ini, walaupun hanyalah part-time dan gaji pun tidak setinggi mana tapi, Ukhti tetap bersyukur dengan rezeki yang diberikan sebab Ukhti yakin Allah mendengarkan doa Ukhti supaya rezeki Ukhti untuk dapat membantu ibu bapa Ukhti dan tidak membebankan mereka, tidak diputuskan.. Alhamdulillah, Allah beri sedikit dan Insya Allah, kalau kita terus berdoa dan berusaha, surely nanti-nanti akan dapat lebih daripada sekarang, yang penting apa yang kita belajar ketika masih dibawah supaya bila sudah sampai diatas, kita faham bagaimana susahnya berkerja dibawah, bagaimana rasanya berusaha sendiri mencari rezeki untuk keluarga dan bagaimana hidup kita akan lebih bermakna sebab kita tahu tujuan sebenar mencari rezeki.. Alhamdulillah… =)
Mengenai dengan tajuk post ukhti hari ini, agak ganjil bukan namanya tapi ianya ada kena mengena dengan hal ehwal perkahwinan. semalam Ukhti bercerita dengan ibu Ukhti mengenai dengan belanja perkahwinan adik Ukhti Insya Allah akan berlangsung tahun depan, jadi ketika ini, ibu dan adik Ukhti sudah sibuk merancang. Ketika bercerita, tersebutlah juga mengenai dengan mas kahwin dan juga hantaran yang sekarang menjadi isu semasa. Banyak bakal-bakal raja sehari yang merungut akan wang hantaran yang mencecah ribuan ringgit.

Memang Ukhti akui, banyak juga teman-teman Ukhti yang merungut mengenai itu.. pernah Ukhti bertanya kepada nenek Ukhti mengenai dengan bagaimana wang hantaran dan mas kahwin itu ada dan akhirnya dicampur adukkan. Ukhti memberitahu nenek Ukhti bahwa ada sesetengah orang berkata, menaruh wang hantaran terlalu tinggi ibaratkan menjual anak sendiri kepada orang lain. Nenek Ukhti berkata, sebenarnya tidak ada seorang ibu bapa pun yang ingin ‘menaruh harga mahal’ mahupun ‘menjual’ anak perempuan mereka, terkadang hati dan perasaan ibu bapa yang pada zahirnya Nampak bahagia, sebenarnya didalam hati ada perasaan kesedihan yang mendalam kerana harus ‘melepas’ anak mereka untuk dijaga oleh seorang lelaki. Anak perempuan yang mereka jaga dari masih merah, mereka belai dengan penuh kasih sayang, mereka didik ilmu dunia dan akhirat agar bila dewasa, anak mereka faham akan maksud hidup.. walaupun si anak menyakiti hati, mereka tetap menyayangi.. bila ada ibu bapa yang inginkan wang hantaran dan mas kahwin tertentu untuk anak mereka.. itu kerana mereka ingin anak mereka terus dilimpahi kesenangan dan kasih sayang. Buktinya, belum ada ibu bapa yang mengatakan 25% wang hantaran untuk mereka.. Nenek Ukhti adalah seorang yang sangat tenang dan bila beliau bercerita mengenai itu, Ukhti rasa nenek Ukhti sedang bercerita mengenai perasaan hatinya sendiri yang baru saja melepaskan satu-satu anak perempuannya kepada suami anaknya.

Berbalik kepada cerita Ukhti dengan ibu ukhti.. Ukhti bertanya kepada ibu Ukhti jika Ukhti dapat menyampaikan hasrat Ukhti mengenai wang hantaran dan mas kahwin Ukhti bila masa Ukhti sudah tiba untuk bernikah.. Ibu Ukhti bertanya, berapa Ukhti mahu sebagai hantaran dan mas kahwin, lalu Ukhti pun memberitahu beliau akan hasrat Ukhti itu.. terdiam sejenak ibu Ukhti ketika itu tapi selepas itu ibu Ukhti berkata, “niat yang baik mesti selalu dipermudahkan, mudahan hasratmu tu dipermudahkan..” Ukhti hanya mampu meng-aminkan sebab Ukhti tahu bukan mudah untuk mencapainya tapi Insya Allah, Ukhti tahu itu yang terbaik dan Ukhti akan berjuang untuk sesuatu yang baik. Mudah-mudahan, Ukhti dapat menjadi isteri yang soleha untuk bakal suami Ukhti nanti, dapat sentiasa membahagiakan dan menjaga, menyenangkan dan terus dapat menjadi makmum yang setia mengikuti bakal suami ukhti, Insya Allah..


Bakal Suamiku,
Nikahi aku dengan Al-Quran yang kau perolehi dari tanah suci mekah dan yang sudah kau Khatamkan dengan baik sebagai Hantaran ku dan bawa aku ke tanah suci mekah sebagai mas kahwin ku.. Insya Allah, saya Ikhlas..



Visit this website *lap airmata*
True love does exist
cinta,
Katijah Sulaiman

Saturday, November 17, 2012

Cukup hanya Allah tempatku bergantung



Assalammualaikum!! =)

 
Beberapa minggu terakhir ini, Ukhti ada bertemu dengan beberapa teman Ukhti dan kami meluangkan masa untuk berbincang-bincang mengenai kehidupan masing-masing dari kisah pelajaran, mencari kerja, jodoh, perkahwinan dan hal-hal politik yang banyaknya mengeramkan hati, jiwa dan raga.. al-maklumlah, hidup dizaman moden ini, ada saja yang membuatkan kita terasa tidak puas hati walaupun terkadang ianya seperti luahan tidak bersyukur dan lupa akan nikmat yang sudah banyak dianugerahkan oleh Allah S.W.T.. dan selalunya tajuk cerita yang paling Ukhti gemari ialah mengenai hiking dan apa saja sukan luar yang sepertinya sudah menjadi ‘passion’ Ukhti.. panjanglah cerita Ukhti bila saja teman Ukhti membuka cerita mengenai bukit shahbandar dan tasek lama dan ianya selalu berakhir dengan “lakastah tane hiking!”, hehe.. Alhamdulillah.. Ukhti bersyukur sebab, kegiatan hiking Ukhti yang pada asalnya Ukhti buat hanya untuk menyehatkan diri sendiri, sekarang sudah banyak memberi inspirasi kepada orang lain untuk ikut naik bukit bersama Ukhti.. Alhamdulillah, mudahan akan lebih banyak lagi yang ingin mencuba.. kalau Ukhti mampu, Insya Allah, Ukhti-Ukhti yang lain juga mampu..

Soalan yang selalu ditanyakan kepada Ukhti adalah, “you hiking sorang kah?”, “ke tasek / Shahbandar sorangkah?”, seperti beribu kali sudah soalan tersebut ditanyakan sehinggakan Ukhti hanya mampu mengangguk dan mengatakan ‘yes..’ kepada soalan tersebut.. sebenarnya Ukhti bukanlah seberani yang difikirkan.. orang-orang yang sangat mengenal Ukhti tahu betapa penakutnya Ukhti terutama sekali bab-bab terjumpa cicak.. *pengsan*. 
 
Begini.. pernah satu masa dulu, Ukhti berasa seperti sangat terpuruk, sangat sedih, sangat tak tentu arah.. sangat-sangat lah ceritanya.. dan pada ketika itu, Ukhti ada terdengar perbualan seseorang yang berulangkali berkata “hasbi Allahu Wa Ne’mal Wakil”, Ukhti yang pada ketika itu hanya sekadar mendengar, tiba-tiba terfikir mengenai perkataan tersebut.. Ukhti mulanya tidak mengetahui apa sebenar maksud ayat tersebut.. namun, bila Ukhti sebut ayat tersebut, Ukhti terasa seperti ada ketenangan didalam hati Ukhti.. mungkin kerna terlalu curious, Ukhti mengambil keputusan untuk mengoogle ayat tersebut dan akhirnya Ukhti faham, kenapa Ukhti tiba-tiba merasa tenang bila menyebutnya.. “Cukup hanya Allah tempatku bergantung”..

Bila Ukhti fikirkan balik, mungkin kesedihan yang Ukhti rasakan ketika itu, disebabkan oleh ‘over-reliance’ Ukhti kepada orang-orang disekeliling Ukhti terutama sekali orang-orang yang Ukhti kasihi.. Ukhti terus sedar bahwa, Ukhti mengantungkan sendiri kebahagiaan Ukhti kepada orang lain dan berharap mereka akan membawa kebahagiaan tersebut kepada Ukhti bila saja Ukhti menginginkan.. itulah mungkin kedukaan Ukhti yang sebenarnya.. Ukhti lupa bahwa orang-orang disekeliling Ukhti juga hamba Allah, pinjaman dari Allah yang bila-bila masa dapat diambil.. dan jika mereka diambil, maka akan hilanglah satu kebahagiaan Ukhti.. Bila Ukhti baca balik ayat tersebut, Ukhti sedar, mungkin itu adalah usapan lembut dari Allah S.W.T untuk mengingatkan Ukhti bahwa, orang-orang disekeliling Ukhti adalah kebahagiaan berupa ‘anugerah’, namun yang memberi kebahagiaan sebenarnya adalah dari Allah..  Dia yang memberi kebahagiaan, kemudahan dan kelapangan.. tidak lama untuk Ukhti cuba memahami ayat tersebut, Ukhti cuba belajar untuk bergantung diri kepada Allah.. dan lama kelamaan Ukhti rasa, bukan saja Ukhti belajar untuk bergantung kepadaNYA, Ukhti juga belajar untuk meng-ikhlaskan sesuatu yang tidak bertepatan dengan keinginan Ukhti dan bila saja ada sesuatu terjadi yang menyedihkan ataupun menyakitkan hati, perlahan-lahan Ukhti belajar untuk berkata, ‘Ya Allah.. hanya engkau yang lebih mengetahui..”. Mungkin ini lah sebab kenapa Ukhti tidak lagi berasa janggal bila harus berseorangan.. kerana Ukhti ada Allah.. Dialah tempat Ukhti bergantung.. tempat Ukhti berlindung.. 



Namun, Ukhti tidak menafikan, sekuat-kuat manusia, ada juga sisi lemahnya.. even superman falls to his knees, even US, ‘the most powerful nation in the world’ as claimed by Obama sekarang sudah dikalahkan oleh Israel.. apalagi kita manusia, sebab itu Allah takdirkan hamba-hambanya berpasangan.. untuk saling melindungi dan menjaga.. Insya Allah, mungkin sekuat-kuat Ukhti, Allah akan hantarkan seseorang untuk terus membuatkan Ukhti semakin kuat.. Ukhti yakin itu.. Ukhti ingat akan pesan seseorang, “jangan terlalu sombong dengan kelebihan diri sendiri sehingga berfikiran bahwa kita hanya berhak untuk orang yang hebat, kerana Allah tidak akan membiarkan orang yang sombong mendapat yang lebih baik dari orang yang rendah diri seperti halnya kisah Firaun..”. 





Love,

Tuesday, October 30, 2012

Ooohh Imam~


Assalammualaikum Ukhti =)

Mula-mula, Ukhti disini ingin memohon maaf kerana sudah terlalu lama tidak menupdate blog ini, bukan melupai.. tapi Ukhti ketika ini sedang sibuk.. sangat sibuk menyiapkan dissertation Ukhti yang Insya Allah akan diserahkan dipenghujung bulan November nanti.. dan juga, Ukhti dipilih untuk membuat pembentangan di conference nanti pada bulan December yang juga akan dihadiri oleh pelajar dan pensyarah dari luar negara.. semangat tapi takut juga.. hehe.. Insya Allah, Ukhti akan update mengenai ini lagi..

Terbuka hati Ukhti hari ini untuk menulis kerana sesuatu yang ukhti alami pada hari kelmarin yang memberi ukhti satu pengetahuan baru dan Ukhti ingin sekali berkongsi dengan Ukhti-Ukhti yang sedang membaca.. Kelmarin, Ukhti menghabiskan masa membuat kajian di library UBD.. dari menyeludup makanan secara sembunyi kedalam library hingga ketahap, computer disana crash kerana Ukhti, memang macam-macam berlaku, hehe.. kedengaran azan Asar, Ukhti mengambil keputusan untuk singgah ke masjid UBD sebelum pulang kerumah.. seperti biasa, mengambil wudhu dan masuk kebilik solat jemaah wanita.. ketika sedang Ukhti memakai telekung, datang seorang Ukhti yang kebetulan baru datang sama dengan Ukhti, menegur dan berkata, “Mau sembahyang berjemaah?”, Ukhti terhenti seketika memikirkan selama ini Ukhti tidak pernah ‘solat berjemaah’ ber-imamkan wanita.. namun mungkin itu peluang yang diberikan Allah agar Ukhti mula belajar mengenai itu, Ukhti pun kata ‘ok!’, sedang Ukhti menuju ketempat solat, Ukhti tersebut berkata lagi, “kita jadi imam lah..” terhenti sekali lagi Ukhti ketika itu.. hehe.. bukan apa, itu hal baru bagi Ukhti dan tiba-tiba diminta untuk menjadi Imam.. agak bingung jugak.. Ukhti pun berterus terang bahwa Ukhti tidak pernah melakukan solat jemaah berimamkan wanita dan itu adalah kali pertama dan Alhamdulillah, Ukhti tersebut faham dan kata, “its ok.. let me jadi imam today, ok?” dan beliau mengajar Ukhti akan cara-cara dan adab berjemaah untuk wanita.. Alhamdulillah, itulah kali pertama Ukhti solat jemaah berimamkan wanita..



Ukhti terus membuat research mengenainya dan Alhamdulillah mendapat ilmu yang baik.. *walaupun sebenarnya Ukhti lebih suka tengok Akhi-akhi jadi imam, hehe* mengikut hadith, Aisyah juga pernah menjadi Imam untuk jemaah wanita ketika dulu.

Beberapa hal yang harus diketahui bila solat berjemaah berimamkan wanita:

1)    Imam wanita tidak perlu membaca dengan nyaring.. cukup setakat ‘Allahu Akbar’ saja agar mudah didengar oleh jemaah wanita yang lain

2)    Imam wanita tidak perlu berdiri didepan jemaah wanita.. hanya perlu berdiri didalam safnya saja (satu baris) beridiri ditengah jika ramai.

3)    Wanita boleh menjadi imam untuk jemaah wanita sahaja

Sebenarnya terdapat berbalahan mazhab mengenai wanita menjadi imam ini jika Ukhti-Ukhti membaca website dibawah

 
Dan Ukhti setuju dengan kata ustaz tersebut, mungkin lebih baik jika yang menjadi Imam untuk kita wanita itu adalah seorang Akhi.. kerana memang sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjadi Imam keluarga.. Allah lebih mengetahui.. Allahu Aklam..





Friday, August 24, 2012

Appreciate your loved ones


Assalammualaikum..







A simple quote tapi mempunyai mesej yang sangat dalam ertinya.. kadang-kadang kita terlalu fokus menjalankan hidup kita sehinggakan terkadang kita lupa orang-orang yang menyayangi kita, yang selalu khuatir dengan keadaan kita, yang terkadang menangis kerna rindu akan kita.. lucu tapi sebenarnya kita semua pernah mengalaminya.. terkadang kita rasa terganggu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh orang-orang tersebut sehingga ketahap kita tidak memperdulikan mereka, terkadang kita rasa keputusan yang kita buat adalah lebih baik..

sepanjang hidup Ukhti, Ukhti baru tersedar.. antara banyak-banyak orang terdekat Ukhti yang sudah pun dijemput illahi, mereka adalah orang-orang yang bagi Ukhti mempunyai hati yang penuh dengan kasih sayang, yang sepanjang hidup mereka, penuh dengan kesabaran, dicintai orang disekeliling terutama sekali ibu bapa mereka dan cinta mereka kepada Allah.. dan mereka itulah yang sangat awal diambil oleh Allah S.W.T.. benarlah yang Ukhti selalu dengar.. hanya yang terbaik yang selalu dijemput awal oleh sang Illahi.. 



Memang sebagai manusia, kita tidak akan pernah lepas dari kesalahan.. akan selalu ada kekesalan hati, akan selalu ada rasa kekecewaan dan kemarahan.. tapi itu mungkin juga ujian dari Allah untuk kita.. bukan untuk menyalahkan tapi belajar untuk diri sendiri agar lebih sabar dan menjadi lebih baik agar kemarahan dan kekecewaan itu dapat ditukar menjadi sesuatu yang indah.. Ajal dan maut ada ditangan Allah S.W.T.. mungkin hari ini kita bergurau senda dengan mereka, mungkin besuk kita akan mendengar berita kepergian mereka.. itu adalah pasti.. kita mungkin tidak akan mampu menghalang.. namun kita dapat melakukan satu perkara.. iaitu menghargai.. 

walau apapun yang terjadi, jadilah orang yang tahu menghargai.. supaya nanti suatu hari, bila kita harus kehilangan orang yang selama ini menyayangi kita tanpa kita sedari.. kita tahu kita sudah sangat menghargai mereka… sebab tidak semua orang akan menyayangi kita.. Bila kita tahu ada yang sangat menyayangi kita, itu anugerah dari Allah.. tak kira samaada itu ibu bapa, keluarga, teman-teman.. bukan kerana kita baik atau tampan atau cantik, atau kaya.. itu kerana ianya anugerah dari Allah dan bila-bila masa Allah boleh ambil anugerah itu.. jadi, hargailah..

Al-Fatihah..


 
 p/s: wish me luck for tomorrow's test! =D


Assalammualaikum..=)