Friday, January 17, 2014

Insya Allah, Allah Makbulkan..



Assalammualaikum!


It feels nice to be back here! Syukur Alhamdulillah.. Ukhti disini diberkati dengan kemurahan rezeki dan kebahagiaan oleh Allah S.W.T.. dan Alhamdulillah juga, Ukhti baru saja mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan Ukhti yang sebenarnya hanya berbulan Ukhti kenali.. mungkin itu jawapan kecil dari doa-doa Ukhti selama ini, pada ketika Ukhti berada di zaman keruntuhan.. hehe.. Alhamdulillah, sekarang dengan mudah Ukhti berkata, itu masa lalu Ukhti.. sekarang Im ready to move forward, Insya Allah! Ukhti simpan dulu cerita perjuangan Ukhti sebelum mengikat tali pertunangan.. ada beberapa miracle dan juga dugaan tapi Alhamdulillah, Allah maha pengasih lagi maha penyayang kan.. mungkin nanti.. di post yang akan datang =)




Tapi Ukhti ambil sedikit cerita dari kisah pertunangan Ukhti.. soalan yang sekarang di tanyakan oleh orang-orang disekeliling Ukhti, “bila kan kahwin?”, terkadang Ukhti tersenyum sendiri bila memikirkan tentang kahwin.. Al-Maklum, semua seperti berlaku begitu cepat.. tup tup sekarang Ukhti sudah pun menjadi tunang orang.. dan bila berfikir mengenai kahwin.. waaaaaa.. hehe begitu lah expresi hati Ukhti.. susah untuk di terangkan.. okeh, back to reality.. sekarang dipertanya mengenai kahwin.. memang mudah untuk bercakap, merancang pun indah rasanya, namun semua orang tahu.. kahwin bererti duit.. mungkin bagi sesetengah orang akan berkata, kahwin cara sederhana saja, save budget.. memang.. Ukhti pun berkeinginan begitu.. semua orang pun mahu save budget.. tapi ada pepatah berkata, bila kahwin, sebenarnya kita ‘mengahwini keluarga’.. bila sudah bertunang sekarang, Ukhti terpaksa harus akur bahwa, pepatah itu memang benar.. sesederhana pun kita ingin buat untuk perkahwinan kita, tetap duit harus ada sedia ditangan.. 


Walaupun sebenarnya Ukhti masih didalam proses mengumpul duit, tapi Ukhti berharap dan berdoa agar Ukhti tidak harus berlama-lama menjadi seorang tunang.. Ukhti sebenarnya sudah bersedia untuk menjadi seorang Isteri yang halal dan berbakti kepada bakal suami Ukhti..  doa teratas Ukhti sekarang ini adalah mendapat pekerjaan yang stabil dengan gaji yang cukup untuk pembelanjaan sebulan dan dapat membahagiakan orang-orang disekeliling Ukhti. Masih menunggu dan Insya Allah, akan sentiasa sabar menunggu rezeki pekerjaan. Memang, terkadang hati kecil ini seperti terkilan dan sedih memikirkan bila agaknya rezeki pekerjaan yang lebih baik akan datang kepada Ukhti.. Alhamdulillah, Ukhti memang sudah berkerja di satu company, Allah maha pemurah.. mungkin Allah sengaja beri Ukhti rezeki berkerja di company ini supaya Ukhti dapat membantu sedikit sebanyak pembelanjaan keluarga Ukhti, sementara mendapat kerja yang lebih baik.. ini yang selalu Ukhti ingatkan, Ukhti harus sentiasa syukuri rezeki ini.. 


Pernah beberapa hari, Ukhti merasa seperti give up dalam mencari rezeki pekerjaan, Ukhti sehingga sampai ketahap terfikir, mungkin Ukhti akan selamanya berkerja di company tersebut.. sedih juga.. Ukhti mengadu didalam hati kepada Allah, dengan harapan.. kegelisahan Ukhti tersebut didengar oleh Allah.. terasa seperti Doa Ukhti tidak terjawab walaupun terasa seperti sudah beribu-ribu kali diluahkan.. Alhamdulillah, Allah dengar suara hati Ukhti.. ketika Ukhti bercerita dengan teman-teman sekerja Ukhti, seorang teman Ukhti yang baru saja melahirkan anak pertamanya, membuka cerita mengenai kisahnya sebelum lahirnya anak pertamanya.. teman Ukhti tersebut bercerita mengenai bagaimana beliau dan suami menunggu selama 5 tahun hanya untuk mendapatkan zuriat.. teman Ukhti yang lain turut berkongsi tentang saudaranya yang menunggu 13 tahun untuk akhirnya mendapatkan anak. Banyak usaha yang sudah mereka cuba selama bertahun-tahun, seringkali gagal.. namun mereka sentiasa sabar dan kuat.. sentiasa memanjatkan doa agar dikurnia zuriat.. Alhamdulillah, doa mereka dimakbulkan oleh Allah jua.. 



Bila mendengar cerita mereka, Ukhti seperti terpegun sendiri.. wanita-wanita dihadapan Ukhti itu, mengharapkan sesuatu yang tidak dapat dicari dimana-mana, yang tidak dapat dibeli dimana-mana.. mereka mengharapkan sesuatu yang hanya dapat diberi dengan oleh Allah, melalui doa dan usaha mereka sendiri.. namun mereka seperti tidak pernah putus asa, masih tetap kuat.. dan Alhamdulillah, suami mereka adalah penghibur setia mereka..*respect* yang paling bahagia, setelah bertahun-tahun, doa mereka dimakbulkan.. mereka dikurniakan zuriat yang teramaaat comel.. Ukhti terfikir.. jika mereka ini, mampu terus berdiri, masih kuat, masih percaya bahwa keajaiban akan datang kepada mereka dengan doa dan keyakinan kepada Allah.. mengapa Ukhti, yang hanya berharapkan satu pekerjaan yang kukuh yang sebenarnya dapat Ukhti cari dimana-mana, tidak dapat sekuat mereka.. tidak dapat berdiri tegak seperti mereka.. tidak dapat seyakin mereka.. tiba-tba saja Ukhti merasa seperti hambaNYA  yang tidak bersyukur akan nikmat yang diberi..


Bila Ukhti lihat disekeliling Ukhti, Ukhti sedar.. bukan Ukhti sahaja yang mengharapkan sesuatu.. ada yang berdoa sekian lama untuk mendapatkan zuriat, ada yang berdoa untuk mendapatkan jodoh yang baik, ada yang berdoa untuk mendapatkan kehidupan atau keluarga bahagia.. kita akan sentiasa berdoa dan mengharap akan sesuatu.. memang, selagi hajat tersebut belum kita dapati, memang terasa seperti ada yang kurang..  tapi Allah juga pernah berfirman dalam Surah Al-Ghaafir ayat 60 yang tafsirannya:

 "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. Bila? Hanya Allah yang menentukan.. kita hanya perlu terus yakin bahwa Allah akan memakbulkan doa kita. Dialah sebaik-baik penentu arah hidup kita.. 

Ukhti pernah bercerita dengan seorang teman baik Ukhti dan beliau ada berkata “maybe rezeki kerja belum sampai masane, tapi rezeki lain datang sudah.. berjumpa dengan jodoh yang baik and penyayang”, Alhamdulillah.. sedikit sebanyak, ayat itu juga membuka mata hati Ukhti.. memang betul kata teman Ukhti tersebut, terkadang kita terlalu berfokus kepada sesuatu sehingga kita lupa akan rezeki lain.. Alhamdulillah.. yang belum mempunyai zuriat tapi mempunyai seorang suami yang penyayang, itu rezeki.. yang belum bertemu jodoh tapi mempunyai keluarga yang super duper awesome, itu rezeki..  yang belum bekerja tapi mempunyai masa yang sangat lapang.. itu rezeki..

Insya Allah, Allah akan memakbulkan Doa kita.. 




Cinta,
KatijahSulaiman