Thursday, May 31, 2012

Wajah Berseri Menjadi Penenang Hati



Assalammualaikun Ukhti-Ukhti,

Hari ini, Ukhti meluangkan masa untuk berjumpa dan bercerita-cerita dengan dua orang teman baik Ukhti ( Hawa dan juga Suzy ) yang mana Hawa dulunya pernah bersama-sama dengan Ukhti berjuang untuk masa depan yang cerah dan suzy adalah teman yang sama-sama dengan Ukhti menuntut di Universiti ketika ini.. Teman yang pertama sudah lama mengenal Ukhti dan kami memang sudah biasa dengan karenah masing-masing.. Suzy adalah teman Ukhti yang bukan beragama Islam (beragama Christian tapi dia lebih selesa menjadi free thinker ) tapi sangat memahami akan tugas dan tanggungjawab Ukhti sebagai seorang Muslimah dimana apabila saja Ukhti dan suzy pergi berjalan bersama, dialah yang selalu mengingatkan Ukhti akan solat dan sangat setia menemani Ukhti solat disurau walapun Ukhti tahu, sebagai orang yang bukan beragama Islam, mungkin ada perasaan gusar didalam hatinya ketika duduk menunggu.. Terima kasih..

Ketika menunggu teman Ukhti suzy menyiapkan kerjanya, Ukhti mengambil keputusan untuk solat Zohor di salah satu surau diMall, Gadong dan ketika berjalan menuju surau.. Ukhti melihat seorang Akhi baru keluar dari bilik berhampiran dengan surau perempuan.. dan berjalan menuju kearah Ukhti.. memandangkan Ukhti selalu berasa malu bila ada Akhi yang bukan Muhrim berjalan didepan, Ukhti mengambil keputusan untuk memandang Karpet lantai sambil meneruskan perjalanan menuju surau.. bila Akhi tersebut mendekati dan sebelum melintasi, Ukhti mendengar suara yang menyapa “Assalammualaikum..”  kerana mendengar salam tersebut, Ukhti terus mengangkat kepala dan melihat Akhi tersebut yang ketika itu tersenyum dan terus terdetik didalam hati Ukhti.. wajah Akhi ini sungguh berseri.. tiba-tiba saja, Ukhti tersenyum.. bukanlah disebabkan adanya perasaan lain tapi lebih kepada kekaguman.. Ukhti hanya melihat wajahnya beberapa detik dan seri wajahnya sepertinya memberi ketenangan didalam hati Ukhti, Masya Allah.. 

Ukhti selalu ingatkan diri Ukhti, bahwa semua orang boleh menjadi cantik, tapi tidak semua orang mempunyai wajah yang berseri dan bercahaya kerana ianya-nya lahir dari hati kita.. bagaimana kita menjaga hati kita untuk sentiasa menjadi cantik agar kecantikan hati itu terserlah diraut wajah kita..  tidak mudah.. ianya-nya memerlukan istiQomah dan keikhlasan untuk terus menuju kearah yang baik.. Ukhti sendiri masih belum mampu untuk sentiasa menjaga hati ini.. Ukhti pernah terbaca, “Jika kita masih merasa tidak Ikhlas, tidak redha, tidak memaafkan, ada perasaan benci dan keegoaan, itu bererti solat kita belum sempurna, bacaan Al-Quran kita belum sempurna”, tapi Ukhti yakin, Allah maha pengampun dan pemaaf hambanya, terutama sekali yang ingin membaiki hati dan diri sendiri. 

Ketika Ukhti menghadiri sesi membaca Al-Quran untuk Khatam sempena majlis konvokesyen tahun lepas dimasjid yang Ukhti panggil masjid putih (sebenarnya Ukhti tidak mengetahui sehingga sekarang nama masjid tersebut), Ukhti beberapa kali mendengar suara seorang pakcik mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.. dengan suasana sejuk didalam masjid tersebut, di iringi dengan bacaan Al-Quran, memang keadaan ketika itu sangat menenangkan.. beberapa kali Ukhti mendengar suara pakcik tersebut tapi tidak pernah Ukhti melihat kalibat empunya suara yang merdu itu sehinggakan suatu hari, Pakcik tersebut berjalan melintasi Ukhti dan wajahnya sangat berseri.. sangat tenang,, sangat manis walaupun rambut hitamnya sudah berubah warna. Ukhti berfikir sejenak, adakah kerana amalan nya membaca ayat Al-Quran dengan sempurna setiap hari, membuatkan Nampak cahaya dan seri diwajahnya yang sudah berumur? Tapi Ukhti yakin, jawapannya adalah Ya.. semua orang yang membaca Al-Quran tahu betapa hebatnya kitab Allah tersebut dalam memberi ketenangan kepada hati, jiwa dan fikiran kita.. Bila hati kita sentiasa tenang, wajah pun akan turut tenang.. bila hati berseri, wajah pun ikut berseri.. semuanya bermula dari hati..

Mengikut beberapa laman web yang sempat Ukhti lawat dan baca, terdapat Dua surah yang sangat baik untuk diamalkan untuk wajah berseri iaitu Surah Yusuf (memang amat diketahui kerana kisah nabi Yusuf yang tampan) dan juga surah Al-Waqiah (yang juga Do’a untuk murah rezeki), Ukhti-Ukhti bolehlah membaca link-link dibawah jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Do’a untuk seri wajah dan agar sentiasa disayangi.. Ukhti yang jahil ilmu agama ini, belumlah begitu hafal dengan surah Yusuf dan surah Waqiah dan hanya berkesempatan untuk membacanya hanya ketika membaca Al-Quran.. Cuma Ukhti hanya mengamalkan satu saja untuk sentiasa tenang.. iaitu “Allahumma Solli Ala Saiyyidina Muhammad”.. Mungkin amalan yang lebih mudah.. kerjakanlah solat, bacalah Al-Quran, minum air yang cukup dan senyum.. Insya Allah.. =)


Amalan zikir untuk awet muda dan cantik berseri

 

Surah yusuf -amalan agar muka berseri


Petua Awet Muda
 


Dibawah adalah gambar Ustazah Fatimah Syarha dan Ustaz Farhan Hadi.. Ukhti suka melihat pasangan suami isteri ini sebab dua-dua nampak tenang dan berseri..

  



Tengok bagaimana Ustazah dan Ustaz ini sama-sama menenangkan hati.. dengan pujian.. comel..





Assalammualaikum..


No comments:

Post a Comment