Assalammualaikum Ukhti-Ukhti,
Hari kemarin, hati Ukhti berasa kurang gembira
disebabkan oleh sesuatu yang membuatkan mata Ukhti yang kusam ini mengalirkan
sedikit airmata.. Namun Ukhti memilih untuk berdiam diri dan bertawakal kepada
Allah mengenainya.. Hari ini, Ukhti tinggalkan kisah sedih semalam walaupun
masih terasa didalam hati kecil ini dan menjalankan hari ini dengan senyuman
dan keikhlasan hati.
Ketika
Ukhti sedang leka mencari video untuk dilihat.. seperti ditarik-tarik.. mata
Ukhti tefokus kepada satu video yang bertajuk “jangan bersedih, sesungguhnya
Allah bersama kita!”.. seperti memahami perasaan Ukhti ketika itu, video
tersebut seperti mengamit hati Ukhti untuk melihatnya..
Alhamdulillah.. Video diatas menghapuskan semua kesedihan hati Ukhti.. Ukhti belajar, Bila kita sedih, jika nak menangis.. kita menangislah, tapi selepas itu, marilah kita berDo’a.. berDo’alah kepada Allah dengan sepenuh hati, supaya kita tidak berubah menjadi hambanya yang tidak bersyukur kerana terlalu leka dengan kesedihan hati sama ada kerana seseorang yang kita cinta ataupun kehilangannya, dihina mahupun difitnah.. apalagi kita wanita, hati ini memang agak lembut.. itulah kita wanita.. namun Ukhti selalu percaya, yang membedakan satu wanita dengan wanita yang lain.. adalah bagaimana kita menjaga hati kita yang lembut ini.. sekarang, Ukhti cuba untuk belajar untuk menjaga hati dengan diam, berDo’a dan meng-Ikhlaskan.. Mungkin ada yang kata, kalau terus menerus diam dan simpan dalam hati, nanti hati jadi sedih sendiri.. jika terdetik didalam hati kita tentang itu, katakanlah.. Jangan bersedih, Allah ada bersama kita”. Always believe in the power of Do’a..
Assalammualaikum.
No comments:
Post a Comment