Thursday, May 31, 2012

Al-Quran sebagai Mas Kahwin







Assalammualaikum..

Beberapa kali Ukhti mendengar cerita nenek-nenek dan Datuk Ukhti mengenai kisah cinta mereka terdahulu.. memang susah untuk dibayangkan tapi memang kisah cinta mereka agar unik jika dibanding dengan kisah-kisah cinta sekarang yang lebih ‘moden’. Jika sekarang, pasangan-pasangan yang sedang berkasih sayang, dengan senangnya datang kerumah pasangan untuk berjumpa dan mengeratkan silaturahim, nenek dan Datuk Ukhti dulu hanya mengharapkan surat menjadi penganti diri untuk meluahkan perasaan cinta dan kasih terhadap pasangan masing-masing. Ukhti pernah bertanya, mengapa tidak pergi terus berjumpa saja.. tulis dalam surat, berjanji dimana-mana, pukul berapa.. seperti yang biasa dibuat pada masa sekarang.. nenek dan Datuk Ukhti menjawab, sebab.. mereka malu dan takut akan dosa.. lagipun, mereka juga takut akan ‘kebengisan’ wajah ayah mereka jika mengetahui anak dara mereka berjumpa dengan si anak teruna.. begitulah kecantikan ‘percintaan’ zaman dahulu.. tidak terlalu mengeluarkan wang ringgit, tidak terlalu banyak dugaan, tidak terlalu banyak permintaan.. cantik.. kebanyakan percintaan zaman dahulu lebih kepada percintaan sebenar selepas kahwin.. hanya selepas di-ijabkabul kan pasangan yang pada mulanya hanya menyayangi berlandaskan surat-menyurat, sekarang akan lebih mengenali satu sama lain.. dan Alhamdulillah.. majoriti pasangan nenek-nenek kita berakhir dengan “perpisahan menghadap Allah S.W.T”, Datuk Ukhti pernah memberitahu, ketika kahwin, mereka hanya tahu untuk membahagiakan satu sama lain.. tidak mementingkan perasaan dan ego sendiri.. sama-sama berusaha untuk mengembirakan satu sama lain walaupun hanya sekadar, membawa setangkai bunga yang dicuri dari taman orang lain.. hehe..

Yang menarik perhatian Ukhti adalah apabila mereka melangsungkan walimatul-Urus dimana kebanyakan mereka hanya menggunakan kitab suci Al-Quran, sejadah dan juga telekung sebagai mas kahwin mereka. Mereka berkata, mas kahwin yang berbentuk kitab Allah, sejadah dan telekung adalah sangat penting dalam seharian mereka kerana itulah yang mereka baca dan hadap sebelum memulakan hari-hari mereka dan tanpanya, sepertinya sukar bagi mereka untuk menjalankan kegiatan seharian mereka.. seperti kosong. Pernah Ukhti mendengar cerita bapa saudara Ukhti mengenai Al-Quran sebagai Mas Kahwin dimana beliau berkata, menjadikan Al-Quran sebagai mas kahwin jika tidak ingin bergantung kepada wang ringgit, buka perkara main-main.. kerana dengan pemberian Al-Quran sebagai Mas Kahwin, si bakal suami harus terlebih dahulu mengetahui adakah si wanita yang bakal di nikahi tersebut, akan selalu membaca Al-Quran yang diberikan.. Ianya bukan sekadar menjadi perhiasan ketika pernikahan dan akhirnya diletakkan di Almari dan menjadi lambang kenangan ketika hari berbahagia. Si bakal suami harus terlebih dahulu menyelidiki.. adakah si wanita yang bakal menjadi isteri, mampu menjadikan Al-Quran yang diberikan sebagai pendamping hidupnya selain berbakti kepada suaminya.. itulah yang dikatakan bapa saudara Ukhti.. memang ada betulnya.. Kitab Allah adalah kitab suci kita.. bukan sesuatu untuk dipermainkan atau digunakan untuk kepentingan sendiri.. tapi untuk dihayati dan diamalkan.. 

Mengetahui akan fakta tersebut, ia terus membuka hati dan mata Ukhti, untuk lebih mendalami dan menghayati ayat-ayat suci Al-Quran agar kelak Ukhti dapat menjadi layak untuk menerima kitab suci Al-Quran sebagai Mas Kahwin bila melangsungkan walimatul-Urus Ukhti dengan bakal suami Ukhti nanti.. dan Ukhti harap penulisan kali ini turut dapat sedikit sebanyak membuka hati dan mata Ukhti-Ukhti dan juga Akhi-Akhi budiman seperti mana ianya menyedarkan Ukhti sendiri.. Insya Allah..


Assalammualaikum =)

No comments:

Post a Comment