Assalammualaikum
Ukhti-Ukhti,
Alhamdulillah,
elaun Ukhti sudah pun dikeluarkan dan Ukhti berhasrat untuk berbagi rezeki
dengan ibu Ukhti, jadi tadi siang, sehari suntuk Ukhti menemani ibu Ukhti pergi
membeli belah barang-barang yang di-inginkannya. Sepanjang menemani ibu, Ukhti
perhatikan.. barang-barang yang dibelinya lebih kepada barang-barang makanan
dan keperluan dapur seperti minyak, bawang-bawang, beras, ayam dan sebagainya..
Ukhti sebenarnya berhajat ingin membelikan sesuatu yang dapat ibu Ukhti pakai
untuk diri sendiri namun duit yang diberikan, digunakan untuk barang-barang
yang sebenarnya memang sudah tertulis didalam list yang Ukhti hendak belikan.
Ukhti pun terus bertanya kepada ibu Ukhti, “mengapa bali barang dapur, cuba
bali something useful untuk babu, tudung.. bag..”. Ibu Ukhti dengan selamba
menjawab bahwa semua barang yang dibelinya, adalah penting untuknya.. asal
suami dan anak-anaknya dapat makan setiap hari, itu lebih penting.. Ukhti
terdiam sejenak mendengar jawapan ibu Ukhti yang terus menerus bertengkar
dengan penjual india gara-gara harga telur yang mahal 40c.. Ukhti terfikir,
begitu kuatkan naluri seorang ibu kepada anak-anaknya dan isteri kepada
suaminya sehinggakan sanggup mengetepikan keperluan sendiri untuk kegembiraan
keluarganya..
Ibu Ukhti selalu berkata, seseorang tidak akan
faham bagaimana rasanya menjadi seorang isteri dan juga ibu, selagi orang itu
belum mengalaminya.. bagaimana pahit manisnya hidup berumahtangga dan mempunyai
tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak.. dan itulah yang selalu ibu
Ukhti ingatkan kepada Ukhti.. walaupun Ukhti belum lagi berumahtangga, Ukhti masih
dapat belajar untuk menyiapkan diri untuk menuju ke-arah itu dan hal pertama
dan yang paling penting untuk dipelajari, iaitu Sabar.. kata ibu, sabar adalah
salah satu kunci dalam berumahtangga.. semakin umur Ukhti meningkat, semakin
Ukhti faham maksud Ibu Ukhti tersebut..
Ukhti
dibesarkan didalam keadaan keluarga yang serba sederhana.. tiada ada kata mewah
atau pun ‘didulur’ didalam kamus keluarga Ukhti. Sebagai anak tertua, Ukhti
membesar bersama dengan ibu bapa Ukhti sebelum adik perempuan Ukhti lahir
selepas 3 tahun.. dan Ukhti menyaksikan sendiri bagaimana Ibu dan Bapa Ukhti
berkerja keras untuk membesarkan Ukhti dan adik-beradik ketika kecil. Ibu ukhti
terutamanya.. mungkin terlalu sayang dengan anak-anaknya, sanggup meredah hutan
mencari rezeki alam yang dapat dijadikan makanan seharian walaupun mengikut
cerita pernah terserempak dengan ular besar mahupun khinzir liar.. berdagang
kueh, satay, nasi malah ikan-ikanan dan menelan sakit pahitnya menjadi seorang
penjual selama 20 tahun. Adakala, hidup terlalu sempit sehinggakan ibu terpaksa
mengikat perut untuk makan anak-anaknya.. Cuma, yang ajaibnya Ibu tidak
pernah menunjukkan kesusahan yang dipikul dihadapan anak-anaknya.. memang
seorang yang ceria.. namun kadangkala, mata seorang wanita tidak akan dapat
berbohong.. Ukhti mampu melihat dan merasa tapi Ibu tetap dengan senyumannya
yang manis. Alhamdulillah, sekarang anak-anaknya sudah besar dan mampu untuk mengurangi
beban ibu dan juga bapa seharian.. tidak perlu lagi berkerja keras walaupun berjual-jual
sepertinya sudah menjadi hobi mereka. Ibu memang seorang yang sangat sabar..
sangat sabar..
Melihat
betapa sabarnya ibu selama ini, membuatkan Ukhti berfikir.. mampukan Ukhti
menjadi sesabar ibu apalagi nanti bila Ukhti sudah mendirikan rumahtangga
dengan jodoh Ukhti dan menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anak Ukhti? Pernah
sekali Ukhti betanya kepada ibu mengenainya, bagaimana Ukhti berfikir
mengenai..adakah Ukhti bersedia untuk menjadi isteri dan ibu yang baik.. Ibu
Ukhti dengan senyumannya berkata, baiknya seorang gadis yang belum
ber-rumahtangga, dilihat bagaimana dia membahagiakan kedua ibu bapanya.. andai
dia baik dan dapat membahagiakan ibu bapanya, hati ibu dan bapa akan sentiasa
redha dan akan selalu mendoakan kebaikan anak gadis mereka.. dan Insya Allah,
kepada bakal suaminya juga nanti, anak itu akan mampu berbakti.. tanggungjawab
seorang ibu akan dirasa bila wanita itu memahami betapa susahnya mengandung 9
bulan.. rasa sabar seorang wanita akan meningkat dengan kehadiran anak-anaknya.
Yang perlu Ukhti lakukan masa ini, ialah terus berbakti kepada ibu dan bapa
agar jodoh dimudahkan dengan adanya Doa dari ibu bapa yang redha akan bakti
anaknya.. itu pesan ibu Ukhti.. Insya Allah.. Insya Allah..
Ukhti
juga mempunyai beberapa ibu saudara yang jika dilihat lebih dalam akan raut
wajah mereka, akan terserlah kesabaran yang sangat hebat diwajah mereka. Walapun
dihiasi dengan makeup, masih terpancar cahaya kesabaran diwajah ibu-ibu saudara
Ukhti tersebut… membuatkan Ukhti merasa, indahnya menjadi seorang ibu.. mungkin
dugaan itu tidak dapat dinafikan.. tapi bila menatap wajah mereka, Ukhti tahu,
mereka adalah ibu-ibu yang banyak berkorban untuk keluarga mereka dan Ukhti
yakin, mereka mempunyai martabat yang tinggi disisi Allah S.W.T.. dari
mengandung 9 bulan, melahirkan dengan beberapa urat terputus dan kulit
terkoyak, menjaga dan membesarkan dan dimasa yang sama, terus berbakti kepada suami..
memang banyak tanggungjawab seorang ibu dan mungkin hanya kesabaran saja yang
menguatkan ibu-ibu tersebut.. Ukhti bangga menjadi seorang wanita..
Ukhti
pernah membaca, “Syurga isteri dibawah tapak kaki suami, namun syurga suami
masih berada ditapak kaki ibu.. “, dan ustazah tersebut berkata, isteri yang
baik, akan sentiasa membantu suaminya untuk membahagiakan ibunya, kerana itulah
jalan syurga untuk suaminya.. isteri yang baik, akan turut membahagiakan dan
menyayangi ibu suaminya seperti ibu sendiri, kerana ibu yang redha dengan
wanita yang dikahwini anak lelakinya, akan memberi syurga kepada anak lelaki /
suaminya.. Insya Allah..
Martabat
seorang Ibu dan keindahan yang dimilikinya
Ketahui
betapa istimewanya kita Ukhti sebagai Wanita dimata Allah..
Assalammualaikum.
entry menarik. teringat dkt ibu plak :)
ReplyDeleteentry menarik. teringat dkt ibu plak :)
ReplyDelete