Sebelum menulis panjang, izinkan saya untuk menggunakan ‘Ukhti’ sebagai ganti nama diri saya didalam post pertama blog Emra’a Allah ini dan juga post-post seterusnya nanti. Ukhti diambil dari bahasa Arab yang juga bermaksud ‘my sister’, ‘kakak, ‘adik’ dan ianya biasa digunakan untuk wanita-wanita Islam bila saling sapa menyapa diantara satu sama lain. Panggilan Ukhti *walaupun tidak bersesuaian dengan kata ganti diri* ini sepertinya sangat istimewa bagi saya sebagai seorang wanita kerana ia memberikan pengertian mendalam bahwa kita semua, wanita muslimah adalah sama dan bersaudara, tiada yang lebih baik dari yang lain, tiada yang lebih cantik dari yang lain, tiada yang lebih bijak dari yang lain. Kita semua adalah ‘Ukhti’ yang sama-sama dikurniai hati dan perasaan yang lembut namun mempunyai perasaan tegas oleh Allah S.W.T.
Kenapa blog ini dinamakan Emra’a Allah? Ilham untuk menamakan “Emra’a Allah” yang bererti Wanita Allah, datangnya dari isi hati Ukhti sendiri sebagai seorang wanita. Akhir-akhir ini banyak perkara berlaku didalam hidup Ukhti dan banyak perkara yang Ukhti saksikan dan dengar terutamanya mengenai nasib dan jalan kehidupan Ukhti-Ukhti yang lain yang terkadang membuatkan hati kecil ini terasa sangat pilu, terkadang takut, terkadang tertanya-tanya, kenapa ianya berlaku.. memang panjang untuk dikongsikan jika berjumpa dengan teman-teman yang lain yang terkadang boleh terpesong kearah ‘mengumpat’ tanpa disedari. Kerana itu, Ukhti berniat untuk memulakan penulisan blog ini supaya dapat fokus kepada pengisian cerita, pendapat dan ilmu dan menghindari dosa-dosa yang tidak disedari, Na’uzubillah. Beberapa kali Ukhti mendengar cerita yang menyentuh hati dari Ukhti-Ukhti yang lain membuatkan Ukhti merasa, Ya Allah.. benarlah apa yang di-ingatkan didalam Al-Quran.. tiada yang dapat menolong kita melainkan Allah S.W.T.. tiada yang dapat memberikan ketenangan dan kegembiraan melainkan Allah S.W.T.. Jadi, kenapa Emra’a Allah? Kerana.. perjalanan hidup Ukhti, walaupun baru ‘setahun Jagung’, membuka mata hati Ukhti untuk menyedari.. betapa indahnya menjadi ‘Wanita Allah’.. indahnya menjalani tanggungjawab sebagai Wanita Allah, indahnya ketenangan yang Ukhti dapat darinya.. dan Ukhti ingin sekali berkongsi ketenangan dan kegembiraan ini bersama dengan Ukhti-Ukhti yang lain dan mudahan, jika ada Akhi-akhi budiman yang membaca blog ini, dapat memberi pengertian dan fahaman baik mengenai isi hati kami, Emra’a Allah..
Ukhti bukanlah wanita yang kaya ilmu agama, masih terdapat kejahilan dalam diri Ukhti mengenai hukum-hukum Allah, apalagi dalam mengenal Al-Quran Allah. Jauh sekali.. tapi Ukhti ingin sekali menjadi yang baik, walaupun bukan dimata manusia, asalkan baik dimata Allah.. dan itu bererti mengorbankan beberapa perkara duniawi yang Ukhti gemari sebagai wanita.. tapi tidak apa.. Ukhti selalu yakin, tiada yang lebih indah hidup didunia ini, melainkan mempunyai hati yang tenang dan bahagia. Ukhti bahagia menjadi Wanita Allah.. Ukhti rasa cantik didekatnya..
Ukhti-Ukhti adalah wanita Allah yang Kuat!
Assalammualaikum..
No comments:
Post a Comment