Wednesday, June 6, 2012

Dapatkan Gred A+ untuk Bacaan Surah Al-Fatihah!



Assalammualaikum Ukhti-Ukhti!

 

Pagi ini, Ukhti meluangkan sedikit masa Ukhti melawat facebook Ukhti kerana akhir-akhir ini Ukhti menjadi agak jarang untuk membukanya pada waktu pagi jika dibandingkan dulu. Alhamdulillah, baru buka saja, Ukhti mendapat banyak ilmu baru dari sahabat-sahabat Ukhti yang ada didalam facebook.. dan salah satunya mengenai bila harus berhenti ketika membaca Al-Quran. Memang terdapat sedikit kemusykilan dihati Ukhti ketika membaca Ql-Quran beberapa hari yang lalu dan Alhamdulillah, Allah mendengar keraguan Ukhti dan membuka hati Ukhti untuk membuka facebook Ukhti pagi-pagi buta.. =) 

Teringat Ukhti beberapa hari yang lalu, adik bongsu Ukhti membaca surah Al-fatihah di hadapan Ukhti dan ada beberapa sebutannya yang kurang betul. Ketika itu, Ukhti dan adik pun belajar membetulkan bacaan surah Al-Fatihah kerana kita semua tahu betapa pentingnya bacaan surah itu didalam solat kita. Surah Al-fatihah adalah syarat untuk sah solat.. jika mahu solat kita sempurna, kita kenalah sempurnakan bacaan surah tersebut..

Ukhti pernah belajar mengenai surah Al-Fatihah dari video Ustaz Don.. sangat senang untuk membetulkan bacaan dan tajuid surah tersebut..

 
Video dibawah adalah mengenai jika kita salah menyebutkan tajuid surah Al-Fatihah, boleh mengubah makna surah tersebut?



Video satu ini, Ustaz Don mengajar membaca surah Al-Fatihah dengan betul~





Sebenarnya, memang sengaja Ukhti membuat tajuk post hari ini sebegitu.. kerana itu teguran tesendiri untuk Ukhti. Beberapa hari yang lalu, Ukhti baru mendapat keputusan peperiksaan Ukhti dan Alhamdulillah, Ukhti bahagia dengan keputusan tersebut.. Namun, bila Ukhti menyaksikan video diatas, terdetik didalam hati Ukhti.. Ukhti berusaha keras untuk mendapatkan keputusan yang baik untuk peperiksaan Ukhti, tapi bagaimana dengan Ilmu akhirat Ukhti? adakah grednya sebaik gred yang Ukhti dapat untuk ilmu duniawi Ukhti.. itu yang perlu Ukhti dan mungkin juga, Ukhti-Ukhti yang lain harus renungkan. Menjadi seorang yang bijaksana dan lantang berkata-kata didunia bukan bererti kita hebat.. kita belum hebat.. =)


Assalammualaikum!


No comments:

Post a Comment