Tuesday, October 30, 2012

Ooohh Imam~


Assalammualaikum Ukhti =)

Mula-mula, Ukhti disini ingin memohon maaf kerana sudah terlalu lama tidak menupdate blog ini, bukan melupai.. tapi Ukhti ketika ini sedang sibuk.. sangat sibuk menyiapkan dissertation Ukhti yang Insya Allah akan diserahkan dipenghujung bulan November nanti.. dan juga, Ukhti dipilih untuk membuat pembentangan di conference nanti pada bulan December yang juga akan dihadiri oleh pelajar dan pensyarah dari luar negara.. semangat tapi takut juga.. hehe.. Insya Allah, Ukhti akan update mengenai ini lagi..

Terbuka hati Ukhti hari ini untuk menulis kerana sesuatu yang ukhti alami pada hari kelmarin yang memberi ukhti satu pengetahuan baru dan Ukhti ingin sekali berkongsi dengan Ukhti-Ukhti yang sedang membaca.. Kelmarin, Ukhti menghabiskan masa membuat kajian di library UBD.. dari menyeludup makanan secara sembunyi kedalam library hingga ketahap, computer disana crash kerana Ukhti, memang macam-macam berlaku, hehe.. kedengaran azan Asar, Ukhti mengambil keputusan untuk singgah ke masjid UBD sebelum pulang kerumah.. seperti biasa, mengambil wudhu dan masuk kebilik solat jemaah wanita.. ketika sedang Ukhti memakai telekung, datang seorang Ukhti yang kebetulan baru datang sama dengan Ukhti, menegur dan berkata, “Mau sembahyang berjemaah?”, Ukhti terhenti seketika memikirkan selama ini Ukhti tidak pernah ‘solat berjemaah’ ber-imamkan wanita.. namun mungkin itu peluang yang diberikan Allah agar Ukhti mula belajar mengenai itu, Ukhti pun kata ‘ok!’, sedang Ukhti menuju ketempat solat, Ukhti tersebut berkata lagi, “kita jadi imam lah..” terhenti sekali lagi Ukhti ketika itu.. hehe.. bukan apa, itu hal baru bagi Ukhti dan tiba-tiba diminta untuk menjadi Imam.. agak bingung jugak.. Ukhti pun berterus terang bahwa Ukhti tidak pernah melakukan solat jemaah berimamkan wanita dan itu adalah kali pertama dan Alhamdulillah, Ukhti tersebut faham dan kata, “its ok.. let me jadi imam today, ok?” dan beliau mengajar Ukhti akan cara-cara dan adab berjemaah untuk wanita.. Alhamdulillah, itulah kali pertama Ukhti solat jemaah berimamkan wanita..



Ukhti terus membuat research mengenainya dan Alhamdulillah mendapat ilmu yang baik.. *walaupun sebenarnya Ukhti lebih suka tengok Akhi-akhi jadi imam, hehe* mengikut hadith, Aisyah juga pernah menjadi Imam untuk jemaah wanita ketika dulu.

Beberapa hal yang harus diketahui bila solat berjemaah berimamkan wanita:

1)    Imam wanita tidak perlu membaca dengan nyaring.. cukup setakat ‘Allahu Akbar’ saja agar mudah didengar oleh jemaah wanita yang lain

2)    Imam wanita tidak perlu berdiri didepan jemaah wanita.. hanya perlu berdiri didalam safnya saja (satu baris) beridiri ditengah jika ramai.

3)    Wanita boleh menjadi imam untuk jemaah wanita sahaja

Sebenarnya terdapat berbalahan mazhab mengenai wanita menjadi imam ini jika Ukhti-Ukhti membaca website dibawah

 
Dan Ukhti setuju dengan kata ustaz tersebut, mungkin lebih baik jika yang menjadi Imam untuk kita wanita itu adalah seorang Akhi.. kerana memang sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjadi Imam keluarga.. Allah lebih mengetahui.. Allahu Aklam..