Assalammualaikum
Ukhti =)
Mula-mula,
Ukhti disini ingin memohon maaf kerana sudah terlalu lama tidak menupdate blog
ini, bukan melupai.. tapi Ukhti ketika ini sedang sibuk.. sangat sibuk
menyiapkan dissertation Ukhti yang Insya Allah akan diserahkan dipenghujung
bulan November nanti.. dan juga, Ukhti dipilih untuk membuat pembentangan di
conference nanti pada bulan December yang juga akan dihadiri oleh pelajar dan
pensyarah dari luar negara.. semangat tapi takut juga.. hehe.. Insya Allah, Ukhti
akan update mengenai ini lagi..
Terbuka
hati Ukhti hari ini untuk menulis kerana sesuatu yang ukhti alami pada hari
kelmarin yang memberi ukhti satu pengetahuan baru dan Ukhti ingin sekali
berkongsi dengan Ukhti-Ukhti yang sedang membaca.. Kelmarin, Ukhti menghabiskan
masa membuat kajian di library UBD.. dari menyeludup makanan secara sembunyi
kedalam library hingga ketahap, computer disana crash kerana Ukhti, memang
macam-macam berlaku, hehe.. kedengaran azan Asar, Ukhti mengambil keputusan
untuk singgah ke masjid UBD sebelum pulang kerumah.. seperti biasa, mengambil
wudhu dan masuk kebilik solat jemaah wanita.. ketika sedang Ukhti memakai
telekung, datang seorang Ukhti yang kebetulan baru datang sama dengan Ukhti,
menegur dan berkata, “Mau sembahyang berjemaah?”, Ukhti terhenti seketika
memikirkan selama ini Ukhti tidak pernah ‘solat berjemaah’ ber-imamkan wanita..
namun mungkin itu peluang yang diberikan Allah agar Ukhti mula belajar mengenai
itu, Ukhti pun kata ‘ok!’, sedang Ukhti menuju ketempat solat, Ukhti tersebut
berkata lagi, “kita jadi imam lah..” terhenti sekali lagi Ukhti ketika itu..
hehe.. bukan apa, itu hal baru bagi Ukhti dan tiba-tiba diminta untuk menjadi
Imam.. agak bingung jugak.. Ukhti pun berterus terang bahwa Ukhti tidak pernah
melakukan solat jemaah berimamkan wanita dan itu adalah kali pertama dan
Alhamdulillah, Ukhti tersebut faham dan kata, “its ok.. let me jadi imam today,
ok?” dan beliau mengajar Ukhti akan cara-cara dan adab berjemaah untuk wanita..
Alhamdulillah, itulah kali pertama Ukhti solat jemaah berimamkan wanita..
Ukhti
terus membuat research mengenainya dan Alhamdulillah mendapat ilmu yang baik..
*walaupun sebenarnya Ukhti lebih suka tengok Akhi-akhi jadi imam, hehe*
mengikut hadith, Aisyah juga pernah menjadi Imam untuk jemaah wanita ketika
dulu.
Beberapa
hal yang harus diketahui bila solat berjemaah berimamkan wanita:
1) Imam
wanita tidak perlu membaca dengan nyaring.. cukup setakat ‘Allahu Akbar’ saja
agar mudah didengar oleh jemaah wanita yang lain
2) Imam
wanita tidak perlu berdiri didepan jemaah wanita.. hanya perlu berdiri didalam
safnya saja (satu baris) beridiri ditengah jika ramai.
3) Wanita
boleh menjadi imam untuk jemaah wanita sahaja
Sebenarnya
terdapat berbalahan mazhab mengenai wanita menjadi imam ini jika Ukhti-Ukhti
membaca website dibawah
Dan
Ukhti setuju dengan kata ustaz tersebut, mungkin lebih baik jika yang menjadi
Imam untuk kita wanita itu adalah seorang Akhi.. kerana memang sudah menjadi
tanggungjawab mereka untuk menjadi Imam keluarga.. Allah
lebih mengetahui.. Allahu Aklam..
No comments:
Post a Comment