Assalammualaikum,
Beberapa
kali Ukhti menyaksikan rancangan yang memperlihatkan muslimin / Muslimah
terpilih untuk mengerjakan ibadah Umrah. Ditambah lagi dengan orang-orang
terdekat Ukhti yang juga bakal mengerjakan ibadah Umrah.. Alhamdulillah,
mudahan sentiasa dilancarkan segala urusan dan ibadahnya disana, aamiin aamiin
Ya Rabb.. Terdetik didalam hati kecil Ukhti, bilakah Ukhti dapat menjadi
Muslimah terpilih seperti mereka yang lain.. bilakah Ukhti dapat menjejakkan
kaki dan menatap Makam Nabi Muhammad S.A.W dan Ka’abah. Pertanyaan itu kini
berubah menjadi satu hajat yang ingin dicapai satu hari nanti.
Mungkin
kerana Ukhti masih jahil dalam segala ilmu agama, Mungkin Allah ingin memberi
peluang kepada Ukhti dan juga Ukhti-Ukhti yang lain yang mempunyai keinginan
yang sama tapi belum mempunyai rezeki yang lebih, untuk terlebih dahulu
mempelajari dan mendalami apa maksud dan erti ibadah Umrah yang sebenarnya.
Ukhti yakin ada sebab kenapa kita yang masih ‘menunggu giliran’ ini belum
‘disampaikan’ untuk pergi kesana. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk
hamba-hambanya. Mari belajar mengenai Umrah!
Alhamdulillah,
Ukhti mempunyai beberapa teman dan saudara yang sangat baik hati untuk
berkongsi cerita dan pengalaman mereka ketika berada disana. Dari mereka itulah
Ukhti cuba untuk mempelajari susah senangnya ketika berada disana agar nanti
bila Ukhti sudah dipanggil untuk pergi kesana, Ukhti sudah bersedia zahir dan
batin untuk mengerjakan ibadah disana.
Insya
Allah, kalau bukan sekarang atau dimasa terdekat.. Insya Allah.. Ukhti ingin
sekali untuk mengerjakan ibadah umrah nanti bersama dengan bakal suami Ukhti
selepas selesai Walimatul Urus, mungkin itu akan lebih bermakna dengan adanya
si suami yang akan dapat membimbing Ukhti lebih mendalam tentang ilmu agama
ketika disana dan seterusnya menjadi pelindung dan peneman Ukhti nanti, Insya
Allah, aamiin aamiin Ya Rabb. Semoga Allah S.W.T mendengar do’a kita yang ingin
terus mencintaiNYA.
No comments:
Post a Comment