Assalammualaikum,
Bila
membaca tajuk post kali ini, mungkin ada yang terasa meremang membacanya =)
Bila Ukhti cuba untuk mencari tajuk untuk post kali ini, itulah yang pertama
timbul didalam fikiran Ukhti dan disebabkan oleh, akhir-akhir ini, Ukhti ingin
sekali untuk mencuba mengikut firasat pertama, jadi Ukhti mengambil keputusan
untuk menggunakannya. Mungkin dengan membaca lebih lanjut, Ukhti-Ukhti akan
faham akan maksud tajuk diatas.
Ilham
untuk post kali ini, Ukhti mendapatkannya baru semalam dari membaca beberapa
komen yang dibuat oleh beberapa orang Akhi yang secara bergurau, berjenaka
mengenai kecantikan seorang wanita dan bagaimana mereka ingin mendapat wanita
tersebut. Ketika membacanya, terasa sedikit kekecewaan didalam hati Ukhti,
mengetahui kaum wanita, termasuk Ukhti sendiri dijadikan bahan gurauan oleh
Akhi-Akhi tersebut yang sepatutnya menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Namun,
itu bukanlah yang ingin Ukhti perbincangkan disini, apapun pandangan kaum adam
sekarang mengenai kita kaum hawa, biarlah diketahui oleh Allah S.W.T.
Gurauan
mengenai kecantikan wanita tersebut membuatkan Ukhti berfikir, apakah yang
menjadi ukuran kecantikan seseorang itu? Tidaklah terhad samaada wanita ataupun
lelaki, apakah sebenarnya kecantikan
itu? Ukhti ada mengenal seorang muslimah yang sudah lama pergi meninggalkan
kita untuk menghadap Allah S.W.T dan ketika pengurusan jenazahnya, Ukhti berada
disana untuk ‘menemani’nya untuk kali terakhir. Ukhti mengenal Almarhummah dari
sejak Ukhti masih kecil sehingga Ukhti berumur 20an. Almarhummah datang dari
keluarga yang mempunyai rezeki yang sangat luas, sangat cantik dan anggun dari
pandangan Ukhti. Mempunyai kulit yang putih dan sangat halus. Badan yang tinggi
dan langsing sehingga ramai yang memuji kecantikannya walaupun umurnya sudah
menjangkau 40an. Bila saja Ukhti berjumpa dengannya, Ukhti selalu kagum dengan
penampilannya yang sangat anggun sehingga Ukhti terasa ingin menjadi sepertinya
suatu hari nanti bila Ukhti sudah mempunyai pendapatan sendiri. Mungkin kerana
rezekinya yang luas, kemampuan untuk mendapatkan barang atau benda yang mahal
bukanlah masalah bagi Almarhummah ketika itu, apalagi untuk penjagaan kulit dan
badan, memang bukan halangan. Sudah ditakdirkan Illahi, beberapa tahun yang
lalu, Almarhummah disahkan mengidap penyakit yang memerlukannya untuk menjalani
terapi darah dan sel didalam badannya. Sepanjang menjalani terapi, Almarhummah
berubah menjadi sangat kurus, wajahnya Nampak ke-40an dan Ukhti sendiri
hampir-hampir tidak mengenalinya ketika beberapa lama tidak berjumpa
sehinggakan Ukhti hanya melintasi Al-marhummah ketika itu kerana Ukhti fikir
beliau adalah orang lain. Pada akhirnya, Al-marhummah pun dipanggil oleh Allah
S.W.T.
Ketika
datang menhadiri pengurusan jenazahnya, Ukhti duduk berhampiran dengan
saudara-saudara terdekat dan teman-teman Al-marhummah dan disana, Ukhti
mendengar mereka-mereka bercerita mengenai Al-marhummah semasa hidupnya.
Bagaimana Al-marhummah seorang yang baik hati, suka menghidangkan makanan dan kueh
untuk sesiapa saja yang datang walaupun hanya sekadar penjual tong gas,
bagaimana Al-marhummah seorang yang penyayang akan cucunya, bagaimana
Al-marhummah seorang yang tidak suka membezakan orang-orang yang berkerja
dibawahnya, bila memberi sesuatu, diberinya sama rata tanpa memandang siapa
pekerja itu. Ukhti hanya mengenal Al-marhummah dari segi penampilannya dan itu
saja yang Ukhti ingat mengenainya, namun ketika berada disana, tidak ada satu
pun pujian diberikan untuk wajah dan kulitnya yang putih dan halus atau pun
penampilannya yang selalu anggun. Satu-satunya cerita yang Ukhti dengar
mengenainya ialah, “sudah ia sakit, kurus cha ia banar-banar..”, itu saja. Bila
jenazah diturunkan, yang Ukhti Nampak adalah sekujur tubuh yang ditutupi dengan
kain kafan, dimasukkan didalam keranda kayu dan akhirnya dibawa masuk ke kerita
van Jenazah untuk dikebumikan. Ya Allah.. terkedu Ukhti ketika itu, perasaan
sedih dan takut menyelubungi hati Ukhti, mengingatkan bila kita sudah tidak
bernafas lagi, hanya kain berwarna putih dan van biasa yang akan membawa kita
ketempat rehat kita. Bila Ukhti mendengar cerita-cerita akan kebaikan
Al-marhummah tersebut, Ukhti sedar.. itulah kecantikan yang sebenar! Kecantikan
yang dibawa sampai ajal menjemput.. kecantikan yang akan diingat dan akan
dikenang oleh semua orang walaupun berapa lama kita meninggalkan dunia ini.
Memang
tidak dinafikan, Ukhti sendiri sebagai seorang wanita memang suka akan sesuatu
yang cantik, al-maklumlah naluri seorang wanita, kita Ukhti ingin sentiasa
merasa cantik untuk keselesaan dan keyakinan diri sendiri. Tapi Ukhti juga
tahu, kecantikan kita wanita bukan dinilai oleh para Akhi semata. Ukhti
teringat akan ucapan artis Wardina yang sekarang sudah menjadi seorang
penceramah untuk wanita, dimana beliau berkata, kerana penilaian para lelaki
lah, terkadang wanita menjadi merasa sangat terdesak untuk cantik sehingga
sanggup mencuba apa saja asal cantik, kerana mereka takut dinilai oleh lelaki”.
Kita Ukhti mesti selalu ingat bahwa kita semua adalah cantik kerana Allah
menciptakan kita dengan ciptaan yang sempurna. Dengan segala ubat-ubatan dan
teknologi sekarang, memang senang untuk kita lebih cantik, tapi apa yang dapat
kita buat untuk mencantikkan hati kita? Kecantikan apa yang dapat kita
serlahkan agar suatu hari nanti, bila kita dipanggil Allah, kita akan tetap
cantik dimataNYA dan dimata Manusia?
Dan
untuk Akhi-Akhi, kami Ukhti hanyalah manusia biasa, bila cukup waktunya akan
timbul juga kedut-kedut diwajah, sama seperti Akhi-Akhi juga.. kita sama-sama
adalah manusia biasa yang diciptakan Allah.. yang membezakan kita adalah hati
masing-masing. Kami Ukhti-Ukhti ingin sekali menjadi wanita yang solehah untuk
Allah, untuk Akhi-Akhi yang bakal menjadi pemimpin kami, bagaimana dengan
Akhi-Akhi? Ketampanan apa yang Akhi ingin serlahkan kepada Allah dan kami
Ukhti-ukhti?
video dibawah ini juga Ukhti anggap juga sebagai pesanan yang sangat teramat 'nyaring' untuk Ukhti dan juga diharapkan, untuk Ukhti-Ukhti yang lain, mengenai dengan kecantikan seorang wanita.
video yang satu ini, yang sangat berkesan bagi Ukhti adalah apabila si penceramah berkata, "what legacy you will leave behind in the world.."
Assalammualaikum.
No comments:
Post a Comment