Friday, May 25, 2012

Solat Tajjahud: Kunci Pintu “Happiness”


Assalammualaikum Ukhti-Ukhti,

Dulu, Solat Tajjahud selalu Ukhti dengar samaada di dalam TV, Radio, Facebook dan mulut-mulut ahli ulama dan juga orang-orang tua disekeliling, Namun ianya hanya sebatas masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. tidak pernah ada hasrat dihati untuk membaca dan mengetahui lebih dalam mengenainya.. bagi Ukhti ketika itu, asal kan kita menunaikan solat fardhu 5 waktu, sudah cukup.. *memang keras hati pun*

Namun, baru-baru ini, ketika asyik menyaksikan satu drama series Indonesia, ada satu scenario dalam drama itu dimana ibunya mengucapkan panjat syukur kepada Allah kerana dimurahkan rezeki untuk menunaikan ibadah haji, lalu anak si ibunya pun berkata, “Ibu bisa naik haji sebab ibu nggak pernah putus-putus sedekah, mendoakan orang lain dan nggak pernah meninnggal solat Tahajjud..”, mendengar perkataan solat tahajjud yang diucapkan si anak itu membuatkan Ukhti terus berfikir, solat Tahajjud ini sebenarnya apa?

Alhamdulillah, ketika ‘mengorek-gorek’ koleksi buku-buku ibu Ukhti, terjumpalah buku yang bertajuk ‘Risalah Doa’ yang mengikut cerita ibu Ukhti, buku itu adalah pemberian ayah Ukhti kepada ibu ketika hantaran kahwin dulu.. Ukhti kagum, sangat kagum dan terus memasang angan-angan.. okeh, berbalik kepada cerita Ukhti mengenai solat Tahajjud, dalam buku itu, ada menjelaskan mengenai solat Tahajjud, dari niat, doa dan kelebihannya..

Beberapa penjelasan yang Ukhti dapat kongsikan dari buku ‘Risalah Doa’ mengenai Solat Tahajjud:

1)      Saiyyidina Ali R.A meriwayatkan bahwa Rasullullah S.A.W bersabda: “Pada sepertiga malam yang terakhir Allah berfirman, “Siapa diantara penghuni bumi yang ada permintaan, akan aku beri, siapa yang ingin bertaubat, aku ampuni dan siapa yang mempunyai hajat, akan aku perkenankan”

2)      Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa bersembahyang didalam masjidku (Masjid Nabawi di Madinah) akan diberi pahala kepadanya sepuluh ribu kali. Dan siapa sembahyang didalam masjidil Haram, akan diberi pahala seratus ribu kali”. Salah seorang sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, adakah sembahyang yang lebih bedar lagi pahalanya daripada itu?”, Rasulullah menjawab : “Ada!, iaitu seseorang yang bangun ditengah malam, lalu berwudhu dengan baik kemudian sembahyang dua rakaat dengan hati yang ikhlas (solat Tahajjud)

3)      Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa bersembahyang sunnat dua rakaat diwaktu tengah malam, dibacanya pada rakaat pertama surah Al-Fatihah dan sepuluh kali ayat kursi, begitu juga pada rakaat kedua, ayat A’-ikhlas sepuluh kali, maka Allah menurunkan beberapa orang malaikat untuk menjaga orang itu dari kejahatan”.

4)      Tuhan menerangkan didalam Al-Quran: “sembahyang Tahajjudlah, sebagai ibadah sunnah bagi mu, semoga Allah akan member kedudukan yang terpuji bagimu”.

Untuk mempelajari lebih lanjut mengenai Tahajjud, click this link.. tersangatlah detail info nya, Ukhti pun baru membacanya beberapa hari yang lalu 

 
Bukan senang untuk melaksanakannya, apalagi kita hidup di dunia yang penuh dengan kesibukan disiang hari, membuatkan waktu malam dijadikan kesempatan untuk berehat dan tidur.. jadi tidak mudah untuk bangun malam untuk melaksanakannya, apa lagi kita harus bangun untuk solat subuh lagi. Sebagai manusia, terkadang akan timbul rasa jenuh atau keletihan untuk bangun, apalagi tidur sudah tersangat lena, itu pilihan kita sebagai individu, bagaimana kita hendak me-indahkan kehidupan kita sebagai manusia dan sebagai seorang muslim.. Allah menyediakan beberapa cara untuk kita mendapatkan kebahagiaan, ketenangan dan kegembiraan.. terserah kita untuk melaksanakan atau tidak. Seringkali Ukhti mendengar / membaca rintihan beberapa orang yang mengeluh mengenai rezeki kurang, hati tidak tenang, banyak masalah sehingga kebatas mempertanyakan, mengapa Allah memberi dugaan tersebut kepada mereka, kenapa rezeki mereka selalu kurang dan tidak mencukupi. Ukhti yang sama-sama jahil ini hanya mampu berdiam diri. Namun Ukhti paham, kita tidak akan lulus ujian sekolah kalau hanya duduk dan menatap buku yang ada dihadapan, kita tidak akan mendapat sesuatu jika kita tidak berusaha mendapatkannya, kita tidak akan makan apa-apa kalau kita tidak berusaha mencari ataupun masak, kita tidak akan diberi andai tidak meminta kepada yang memberi rezeki. itulah yang Ukhti rasa dan fikirkan. 


Assalammualaikum.


No comments:

Post a Comment