Assalammualaikum,
Ilham
kali ini Ukhti dapatkan dari pembicaraan Ukhti dengan teman-teman Ukhti yang
berhajat untuk pergi melancong ke.. tak jauh, Miri je.. =) Mereka yang lain
sudahpun bersedia untuk meneruskan pelan tersebut, yang tinggal hanya.. Ukhti..
yang harus meminta kebenaran kepada Ibu Bapa Ukhti untuk pergi.. Sebenarnya
agak berat untuk memberitahu kerana Ukhti faham benar dengan Ibu Ukhti yang
kejarangan untuk melepaskan Anak gadisnya ini apalagi untuk pergi ketempat yang
jauh.. mungkin Bapa Ukhti lebih relax orangnya walaupun beberapa kali teman
Ukhti berbisik kepada Ukhti mengenai wajah bapa Ukhti yang ‘garang’ kerana
kumisnya.. hehe..
Dipendekkan cerita, Ibu Ukhti tidak membenarkan.. keputusan
Ibu Ukhti tersebut seakan-akan mengukuhkan lagi perspektif orang mengenai Ukhti
yang dikatakan “Anak Babu”, hehe.. Di Universiti, Ukhti mempunyai seorang
pensyarah yang mempunyai cara pemikiran yang agar terbuka. Beliau mengetahui akan
cara hidup Ukhti yang menurut Beliau agak ‘terkongkong’ kerana, dalam usia 24
tahun ini, Ukhti masih di-ikat oleh peraturan Ibu.. Beliau turut membandingkan
cara kehidupan orang muda dibarat yang baginya lebih relax. Beliau berkata
kepada Ukhti bahwa Ukhti harus tegas dalam membuat keputusan untuk diri sendiri
dan tidak terlalu terikat oleh kata-kata Ibu Ukhti.. Ukhti Cuma tersenyum dan
terkadang membuat jenaka mengenainya.
Tajuk
diatas, Ukhti menyebut mengenai Do’a.. Mungkin orang-orang yang rapat dengan
Ukhti selama ini pernah mendengar Ukhti beberapa kali menyebut “the power of
Do’a” ketika bercakap-cakap dengan mereka. Bila Ukhti berbincang mengenai
sesuatu yang kurang pasti ataupun sesuatu harapan dengan teman-teman, Ukhti
selalu mengingatkan diri sendiri bahwa Ukhti mesti percaya yang kita dibawah
perlindungan dan jagaan Allah S.W.T.. jadi apa yang tersirat dihati, mintalah
kepadanya, berdo’a lah kepadanya.. always believe in the power of Do’a..
Ingin Ukhti berkongsi sedikit cerita Ukhti bersama Ibu Ukhti yang sangat Ukhti kasihi..
Sejak dari kecil, Ibu Ukhti selalu mengingatkan Ukhti satu pesanan yang
sehingga sekarang masih dilakukannya iaitu, apapun yang terjadi, jangan pernah
lupa untuk berDo’a.. bila ada yang bertanya, Ukhti berkeinginan untuk
mendapatkan apa dari mereka, jawablah.. saya hanya mahu Do’a.. Ibu mengatakan,
jika kita minta wang ringgit ataupun harta benda dari orang lain, ianya-nya
hanya berbentuk sementara.. wang ringgit akan habis dibelanjakan, harta benda
bila cukup masanya, akan rusak.. mintalah sesuatu yang selamanya dapat Ukhti
nikmati kebaikannya.. minta Do’a dari mereka untuk sentiasa dimurahkan rezeki,
minta Do’a dari mereka untuk sentiasa dilapangkan segala urusan.. kerana sekali
Do’a diucapkan, ianya-nya akan berterusan selagi orang yang menDo’akan itu
redha dengan keberadaan kita, Insya Allah..
Bercakap
mengenai Do’a, Ibu Ukhti adalah ‘role model’ untuk Ukhti.. dari dulu sehingga
sekarang, bila saja Ibu mendapat rezeki dari anak-anaknya, ibu akan selalu
berkata “terima kasih lai bagi babu rezeki, mudahan rezekimu selalu ditambahi,
hidupmu berkat selalu”. Itulah yang selalu diucapkannya walaupun hanya sekadar
dibawa makan martabak 60c. Terkadang, tersentuh juga hati kecil ini bila saja
mendengar ibu menberi Do’a kerana kita semua tahu betapa kuatnya Do’a seorang
ibu. Pernah Ukhti membaca didalam satu buku yang bertajuk “wanita Muslimah”,
“Jika semua orang tahu betapa hebatnya kekuatan Do’a seorang ibu terhadap
anaknya, sudah tentu semua orang akan berhabis-habisan walau bergadai nyawa
untuk mendapatkan sedikit saja Do’a ibu..”
Banyak
perkara berlaku dalam hidup Ukhti yang mana bila Ukhti fikirkan lebih dalam,
semuanya berkat dari Do’a ibu Ukhti.. Ukhti teringat.. ketika Ukhti berada
dimenengah enam atas, Ukhti menghadapi kesukaran untuk cuba lulus didalam
peperiksaan A’level Ukhti.. ketika peperiksaan percubaan, Ukhti hanya mampu
mendapat E untuk subjek Ukhti.. walau sekuat mana Ukhti cuba untuk memahami,
keputusan masih menhampakan.. Ukhti menyampaikan kehampaan itu kepada Ibu
Ukhti.. Ibu memang seorang yang sangat positif.. ibu akan selalu membuat Do’a
dihadapan Ukhti dan Ukhti ingat satu Do’a yang pernah beliau sebut.. “Ya Allah,
Izinkan anakku untuk menjejakkan kaki ke universiti..”, apabila keputusan
peperiksaan dikeluarkan, Ukhti layak untuk memohon dan mendapatkan biasiswa
untuk masuk ke-universiti.. Alhamdulillah..
pada tahun lepas, sebelum classification
Degree Ukhti keluar, Ukhti seringkali bercerita dengan Ibu mengenai bagaimana
classification dibuat dan bagaimana ia dibahagikan kepada empat bahagian. Ibu
Ukhti bertanya, apa yang Ukhti harapkan dari classification Ukhti.. Ukhti kata,
“it would be nice to get atleast 2.1..”, tetapi Ukhti juga menerangkan
kepada ibu bahwa, jika dilihat dari gred-gred yang Ukhti dapat dari tahun 1
yang majoritinya adalah gred C, jika hanya mendapat 2.2, Ukhti akan tetap
bersyukur.. Ukhti juga memberitahu Ibu bahwa, sedangkan pensyarah Ukhti dan
juga staf HRD sendiri mengatakan, dengan gred yang Ukhti ada, kemungkinan besar
Ukhti hanya akan mendapat 2.2. Tapi Ibu tetap seorang Ibu yang sentiasa
inginkan yang terbaik untuk anaknya.. apabila ibu mendengar cerita tersebut..
Ukhti masih ingat apa yang Ibu katakan selepas itu. Ibu berkata, “Dengan berkat
Do’a Babu.. hati Babu selalu redha, Insya Allah.. kau kan dapat lebih dari 2.2”
dan itu yang selalu diucapkan acapkali Ukhti menyampaikan perasaan hampa Ukhti
kepadanya mengenai classification yang terlalu akhir keluarnya.. Bila
classification akhirnya dikeluarkan.. sahabat baik Ukhti menelefon Ukhti tepat
pukul 5 subuh dan memberitahu bahwa Ukhti mendapat kelas Dua atas.. itulah
hebatnya Do’a seorang Ibu, Alhamdulillah..
Al-Kisah,
dengan classification yang Ukhti perolehi, membolehkan Ukhti untuk memohon
biasiswa keluar Negara, namun keputusan itu ditentang oleh Ibu Ukhti yang
merasa belajar di Universiti tempatan sudah cukup.. Mungkin tidak biasa
berjauhan dengan Ukhti membuatkan ibu berasa begitu, Ukhti faham.. Ukhti
mencuba nasib untuk memohon dan menguruskan permohonan tanpa sepegetahuan Ibu..
namun, seperti yang Ukhti pernah katakan di post sebelumnya, Redha seorang Ibu
itu penting.. sangat penting jika ingin hidup yang baik.. tiada izin dan redha
dari Ibu, bermacam-macam masalah Ukhti hadapi ketika menguruskan permohonan
tersebut dan ianya-nya disaksikan oleh teman-teman Ukhti sendiri. Bermacam-macam
halangan sehingga pada akhirnya, Ukhti tidak sampai bertolak walaupun pada
akhirnya biasiswa diberikan kepada Ukhti dimana Ukhti mengambil keputusan untuk
menolak biasiswa tersebut kerana didalam hati Ukhti juga takut dengan ketidakan
redhaan Ibu.
Benarlah kata orang.. akan ada hikmah disebalik yang berlaku.. ada
hikmahnya menurut kata Ibu.. pada hari Ukhti menolak biasiswa keluar Negara,
Ukhti mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Brunei
Darussalam dan program yang Ukhti dapat memang bertepatan dengan keinginan
Ukhti dan sepanjang belajar disana, Ukhti merasa sangat seronok..
Alhamdulillah..
Jika
Ukhti fikirkan balik hujahan pensyarah Ukhti yang mengatakan hidup Ukhti
terikat.. Alhamdulillah, Ukhti bahagia dengan cara hidup Ukhti sebab Ukhti
tahu, walaupun ada beberapa perkara yang disekat, Ukhti tahu Ukhti hidup
dibawah Redha dan Do’a Ibu Ukhti.. Bagi Ukhti, itu lebih penting.. Ibu Ukhti
lah yang membesarkan Ukhti dan adik-adik, beliau lah yang menyuap dan menadah
makanan ke-mulut Ukhti ketika sihat dan sakit.. Ibulah yang menDo’akan kebaikan
untuk Ukhti bila orang lain mencaci dan menghina..
Ukhti
Yakin.. Ukhti-Ukhti dan Akhi lain juga dibesarkan oleh Ibu-Ibu yang hebat dan
tegas kerana kehebatan seorang anak dilihat dari kehebatan Ibunya yang
membesarkan.. pepatah orang putih mengatakan, “A man who treats his woman like a
PRINCESS is a proof that he has been born and raised in the arms of a QUEEN”, intipati yang Ukhti ingin perlihatankan disini
adalah.. selagi kita masih mempunyai Ibu.. mintalah Do’a dari mereka.. carilah
keredhaan Ibu.. pengalaman Ukhti sendiri sudah cukup untuk membuktikan betapa
hebatnya Do’a seorang Ibu.. dan Ukhti yakin, Ukhti-Ukhti dan Akhi juga
mempunyai pengalaman sendiri bersama Ibu masing-masing.. jika yang belum
mendapat rezeki dalam pekerjaan, mintalah Do’a dari Ibu setiap hari.. jika yang
belum mendapat rezeki dalam mencari pasangan, mintalah Do’a dari Ibu setiap
hari.. jika yang belum mendapat ketenangan dan kebahagiaan, mintalah Do’a dari
Ibu..
“Hadis Sahih
Bukhari menjelaskan, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, maksudnya :
'Siapakah yang wajib kita hotmati dan kasihani selepas Allah SWT dan Nabi'?
Jawab Nabi, Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Selepas itu? Ibu
kamu. Dan kali keempat lelaki itu betanya 'selepas itu'? Jawab Nabi, ayah kamu.”
“Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Redha
Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka
kedua-dua ibu bapa"
“Dari kitab Mujab ad-Da’wah yang ditulis
oleh Imam al-Hafizh Ibnu Abi ad-Dunya rahimahullah.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu anhu ,
dia bercerita:
Suatu hari kami menjenguk seorang anak muda dari
Anshar (Madinah) yang sedang sakit berat. Kami tidak beranjak dari sisinya
sampai ajal menjemputnya. Lalu kamipun membentangkan kain untuk menuntupi
wajahnya. Ibunya yang sudah lemah dan tua berada di samping kepalanya. Lalu
kami menoleh kepadanya sambil menghiburnya dengan berkata, ‘Berharaplah pahala
dari Allah atas musibah yang menimpamu’.
‘Apakah anakku sudah mati?’, tanya wanita tua
itu.
‘Ya’, jawab kami.
‘Benarkah apa yang kalian katakan?’, tanyanya
lagi.
‘Ya, benar’, jawab kami.
Lalu wanita tua itu mengulurkan tangannya ke
langit sambil berkata, ‘Ya Allah, Engkau tahu bahwa aku pasrah kepada-Mu dan
berhijrah kepada Rasul-Mu, dengan harapan agar Engkau berkenan menolongku dalam
tiap kesulitan. Ya Allah, janganlah Engkau timpakan kepadaku musibah ini pada
hari ini’.
Kemudian dibukalah penutup wajah yang telah kami
tutupkan kepada anak muda itu. Tidak berapa lama kemudian, kami menyantap
makanan bersamanya.
Ajaib, anak muda itu hidup kembali.”
Assalammualaikum =)
p/s: Terima kasih kepada Ukhti / Akhi yang memberi peringatan kepada Ukhti disalah satu post Ukhti.. nasihat dan peringatan adalah rezeki dari Allah.. semoga Ukhti / Akhi diberi kemudahan dan rezeki yang luas.. Aamiin Aamiin Ya Rabb..