Assalammualaikum,
Beberapa
hari yang lalu, Ukhti dan Ibu pergi melawat salah seorang saudara dari ahli
keluarga Ukhti yang Alhamdulillah, melahirkan anak pertama seorang perempuan
yang dinamakan dengan nama Ai’syah yang sangat cantik dan mengemaskan..
terutama sekali Ibu Ukhti yang tersangat kasihkan anak-anak kecil, memang agak
lucu melihat kerenah Ibu yang memegang baby Aisyah yang nampak sangat kecil
apabila didakap oleh Ibu. Sambil-sambil memerhatikan Ai’syah yang nyenyak tidur
sambil didengarkan alunan bacaan ayat Al-Quran yang dipasang dari telefon
bimbit, Ibu pun bercerita-cerita dengan saudara Ukhti yang telahpun selamat
menjadi Ibu baru itu mengenai pengalamannya ketika berada dibilik persalinan..
Ukhti
mengenal saudara Ukhti tersebut sebagai seorang wanita yang sangat mengagumi
ayat-ayat Al-Quran. Do’a-do’a dari surah Al-Quran adalah amalan seharian beliau
dan andaikata Ukhti mempunyai sebarang pertanyaan ataupun soalan mengenai solat
mahupun sekadar Do’a.. beliau adalah salah seorang tempat rujukan Ukhti untuk bertanya-tanya.
Ketika dalam tempoh mengandung, Ukhti pernah bertanya mengenai Do’a-do’a yang
beliau amalkan dan Ukhti tersebut dengan baik hatinya, menunjukkan pelbagai Do’a
dari surah yusof ke surah waqiah yang beliau amalkan untuk persediaan beliau
untuk hari kelahiran anaknya nanti.. Sepanjang tempoh mengandung itu juga,
Ukhti melihat sendiri betapa beliau sangat menjaga suruhan dan hukum Allah
dengan baik.. menutup aurat dengan baik tapi masih mempunyai daya tarikan
sendiri, melaksanakan solat dan membaca Al-Quran Allah.. itulah amalan beliau
selain dari melakukan senaman yang sememangnya harus dilakukan untuk menguatkan
lagi ketahanan badan apabila ingin melahirkan nanti.
Apabila
Ukhti bercerita dengan yang Ukhti-Ukhti yang lain mengenai pengalaman mereka
melahirkan, Ukhti selalu menjadi agak takut bila mengetahui betapa sakitnya melahirkan
sehingga ada yang harus dibius malah dibedah.. tetapi saudara Ukhti tersebut.. bercerita
mengenai bagaimana beliau langsung tidak merasakan sedikitpun kesakitan.. apabila
disuruh untuk ‘menolak’, beliau langsung tidak menyedari bahwa bayi sudahpun
keluar dari rahimnya dan berada ditangan bidan.. lucu.. namun, seperti yang ibu
Ukhti katakan “itu tanda murah beranak”, Ukhti yakin.. kerana kesungguhannya
mendampingi ayat-ayat Al-Quran adalah salah satu kunci yang memudahkan
kelahirannya.. Alhamdulillah.. Mudahan Ai’syah menjadi seorang anak yang
solehah dan mempunyai wajah yang bercahaya seperti ibunya.. Aamiin..
Selain
itu, Ukhti juga ada mengenal sejak Ukhti masih kecil lagi, seorang bapa yang
sangat sentiasa mendampingi Al-Quran. Dianugerahi dengan suara yang merdu,
membuatkan bapa tersebut mampu menggunakan kelebihan itu untuk memperindahkan
lagi bacaan ayat-ayat Al-Quran. Asal saja Ukhti pergi ke rumah beliau,
kebetulan ketika itu juga, bapa tersebut kusyuk membaca Al-Quran.. masih
teringat dengan jelas betapa indahnya suara beliau. Suara beliau yang merdu
tersebut, turut di warisi oleh anak-anak beliau dan disebabkan oleh kesetiaan
beliau mendampingi kitab Allah tersebut, Beliau turut mendaftarkan semua
anak-anak beliau untuk menghadiri tilawah Al-Quran dan Alhamdulillah, semua
terpilih. Beliau menghidupi suasana kekeluargaan dirumah beliau dengan alunan
bacaan Al-Quran dan zikir-zikir Allah selain dari melaksanakan solat fardhu dan
sunat. Asal saja Ukhti melihat keluarga Bapa tersebut, Ukhti sangat merasakan
keberkatan dan ketenangan. Alhamdulillah, semua anak-anak beliau Berjaya memasuki
universiti dan meraih beberapa ijazah yang mana Ukhti yakin, itu berkat dari Usaha,
Do’a dan juga amalan beliau yang sentiasa memuliakan Al-Quran Allah.. Ukhti
yakin itu.. sudah lama Ukhti tidak berjumpa dengan bapa tersebut dan
keluarganya, Ukhti Do’akan beliau dan keluarga sentiasa berada didalam rahmat
dan perlindungan Allah S.W.T.. Aamiin Aamiin Ya Rabb..
Ukhti
masih ingat.. guru mengaji Ukhti dulu pernah berpesan kepada Ukhti, “kalau mahu
senang didunia dan diakhirat.. bacalah Al-Quran selalu.. jadikan Al-Quran
boyfriendmu”. Ukhti yang ketika itu masih kecil hanya tetawa mendengar pesanan
itu, namun sekarang ia menjadi salah satu pesanan yang paling berharga dalam
hidup Ukhti. Sebagai wanita biasa.. sama seperti yang lain, Ukhti juga pernah
berteman dengan seorang Akhi yang sangat Ukhti muliakan dan mampu untuk menjadi
seorang Imam yang baik. Beliau mendampingi Ukhti untuk mengerjakan suruhan
Allah dan sama-sama cuba untuk mempelajari kitab Allah ketika berjumpa untuk
makan tengah hari atau petang. Namun, mungkin Allah berkata lain dan mungkin
tiada jodoh diantara Ukhti dan Akhi tersebut, sekarang masing-masing mengikut
jalan sendiri dan masing-masing terus memperjuangkan ilmu dan hukum Allah.
Sebagai seorang Ukhti yang biasa, memang kesedihan sangat terasa terutama
sekali bila hajat sebenar ingin menjadikan beliau sebagai Imam disolat Ukhti
suatu hari nanti. Teman-teman Ukhti sangat berbaik hati untuk sentiasa menemani
Ukhti ketika tempoh ‘recovery’ tersebut sehingga ada yang berkata kepada Ukhti,
sesetengah wanita mengambil masa setahun dua untuk betul-betul mampu menjalani
hidup mereka seperti biasa tanpa harus mengenang balik kisah lama mereka.
Terkadang Ukhti berfikir.. adakan Ukhti akan menjadi seperti mereka?
Ukhti
mengambil masa sendiri untuk memusabahkan diri dan terus terdetik didalam hati
Ukhti.. Ukhti tidak perlu menjadi seperti mereka yang lain kerana Ukhti ada
Allah.. pilihan bagaimana Ukhti ingin menjalankan hidup Ukhti berada ditangan
Ukhti sendiri dan Ukhti tahu Ukhti tidak perlu mengikut langkah-langkah orang
lain jika Ukhti rasa ada cara yang lebih baik dan mulia.. Ukhti mempunyai satu
benda yang akan sentiasa mendampingi Ukhti walau dikala sunyi Ukhti dan tidak
akan pernah pergi meninggalkan Ukhti seorang diri.. iaitu Al-Quran.. Ukhti
dinasihati oleh beberapa teman untuk pergi melapangkan fikiran dengan pergi
kepantai ataupun ketempat-tempat hiburan yang mampu membuat Ukhti melupakan
sementara perasaan kehilangan tersebut.. namun, Ukhti mengambil keputusan untuk
melakukan terapi hati untuk menghilangkan kesedihan dan mencari kegembiraan,
dengan bacaan Al-Quran.. Sepanjang tempoh terapi tersbut.. Al-Quran buat Ukhti
menjadi lebih Ikhlas dan redha, membuatkan Ukhti merasa seperti ada perubahan
didalam hati Ukhti setiap kali membaca ayat-ayat Allah tersebut.. hati yang
mulanya lemah, sekarang berubah menjadi lebih kuat.. lebih memahami bahwa Allah
lebih mengetahui setiap yang berlaku.. dan Ukhti tidak lagi merasa keseorangan
kerana Ukhti tahu Ukhti mempunyai pendamping yang baik.. Al-Quran..
Ukhti
Yakin, walaupun kelebihan Al-Quran banyak diterangkan dimana-mana laman web
atau dibuku atau pun oleh alim ulama, namun rahsia kelebihan Al-Quran hanya
akan mampu dirasakan oleh orang-orang yang mengamalkan dan tidak ada satu ayat
pun yang cukup kuat untuk menerangkan kehebatan kitab Allah tersebut.
P/s: Harap-harap satu hari nanti dapat kitab Al-Quran berwarna pink =)
Assalammualaikum.
No comments:
Post a Comment