Assalammualaikum
Ukhti-Ukhti yang dikasihi,
Sudah
lama Ukhti disini tidak mencoret apa-apa kisah didalam blog ini.. minta maaf..
sejak akhir-akhir ini, Ukhti lebih banyak menghabiskan masa membuat kajian
untuk penulisan dissertation Ukhti yang sudah hampir tempoh, memang lumrah bila
sudah hampir ‘due date’, barulah hati berasa gusar dan menyesal kerana tidak
menyiapkannya lebih awal =) Namun, terbuka hati Ukhti untuk berhenti seketika
dari kerja dan meringankan jari jemari untuk menulis apa yang tersirat dihati..
Terlebih
dahulu, Ukhti ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan.. selamat
menyambut Bulan Ramadhan.. Semoga Bulan Ramadhan pada tahun ini akan lebih membawa
keberkatan kepada kita semua.. dan mampu membuka hati kita untuk terus menjadi
lebih soleh dan solehah dimata Allah..
Secara
jujur, bulan Ramadhan pada tahun ini, barulah Ukhti merasa keindahan sebenar
menjalankannya.. mungkin terdahulu, kebahagiaan yang dirasakan Ukhti
dikeranakan oleh hadirnya orang yang disayangi yang membuatkan Ukhti tersenyum
dan berasa tenang dengan keberadaannya, Alhamdulillah untuk kebahagiaan
tersebut walau hanya seketika tapi banyak mengajar perkara yang mungkin tidak
akan terlintas di hati.. Tahun ini Ukhti merasa lebih kuat dan lebih tenang
menjalankannya kerana sudah sedikit sebanyak faham erti lapar dan dahaga kerana
Allah.. kalau dulu tertidur-tidur menunggu azan solat subuh, sekarang sudah
faham akan solat Tahajjud.. sementara menunggu masuk waktu Dhuha, sudah faham
akan keberadaan kitab suci Al-Quran dan zikir, Alhamdulillah..
Dibulan
yang penuh berkat ini, semoga setiap hari menjadi hari kemenangan untuk kita
semua, Aamiin Ya Rabb.. =)
Assalammualaikum!
No comments:
Post a Comment