Assalammualaikum
Ukhti-Ukhti,
Tiga
hari yang lalu, kita semua dikejutkan dengan kemalangan yang menyebabkan
kematian 12 orang penumpangnya.. Innalillah Wainnalillahirohi’un.. Ukhti mula
mengikuti berita kemalangan tersebut dari facebook pada waktu petang dan bila
mengetahui mangsa-mangsa terdiri dari pegawai-pegawai kadet dari OCS, Ukhti
terus merasa gusar kerana banyak teman-teman Ukhti juga baru saja selesai dari
tempoh latihan mereka disana.. Ukhti terus memeriksa satu persatu facebook
teman-teman Ukhti tersebut untuk memastikan mereka berada didalam keadaan yang
baik dan Alhamdulillah, mereka tidak terlibat.. tenang seketika hati Ukhti
walaupun ketika itu seperti ada sesuatu yang membuatkan hati Ukhti berasa
sangat sedih, tapi Ukhti belum mengetahui sebabnya..
Pukul
9 malam, sesampai saja dirumah selesai melaksanakan solat terawih, Ayah Ukhti
menerima panggilan dari nenek Ukhti.. sebenarnya agak kejarangan nenek Ukhti
untuk menelipon selepas pukul 9 malam jadi ketika itulah Ukhti dapat merasakan
seperti ada sesuatu.. bila ayah selesai berbicara dengan nenek, ayah
pun berjalan menuju kearah Ukhti dan ibu lalu memberitahu bahwa abang sepupu
yang selama ini sangat Ukhti kagumi adalah salah seorang dari mangsa yang
terlibat didalam kemalangan tersebut dan antara mangsa yang awal ditemui
sudahpun dijemput Allah.. terdiam sejenak semua penghuni rumah ketika itu,
termasuk Ukhti sendiri..
Teruslah
bergegas kerumah Al-marhum untuk sama-sama mengurus dan ‘menemani’ untuk kali
terakhir.. sesampai disana, kesayuan hati Ukhti bertambah kuat bila mengingati
Al-marhum yang baru saja mempunyai seorang anak yang berumur setahun lebih dan
meninggalkan seorang isteri yang ketika ini sedang sarat mengandung.. melihat
gambar-gambar yang tergantung di dinding-dinding rumahnya, memperlihatkan
kejayaan Al-marhum, kebanggaan ibu bapanya, kasihnya Al-marhum kepada keluarga
kecilnya.. Al-marhum memang dikenali sebagai seorang yang sangat peramah,
sangat peneguran dan murah senyum.. dan sangat tampan.. pernah sekali Ukhti
berjenaka dengan ibu ketika Al-Marhum melangsungkan perkahwinannya dimana Ibu
mengatakan, “inda sempat meminang ia, kahwin cha.. sayang eh..” tersenyum juga
bila saja teringat tentang itu..
Namun,
kesedihan Ukhti tidak terhenti disitu.. ketika berada dirumah Al-Marhum,
sedang-sedang menunggu kedatangan jenazah.. saudara Ukhti menunjukkan name list
mangsa-mangsa yang terlibat didalam kemalangan itu.. apabila Ukhti memeriksanya,
mata Ukhti terhenti melihat satu lagi nama yang agak biasa Ukhti lihat dan dengar..
Dk Nurazimah Bte Pg Hassanan.. Ajim, begitulah nama yang biasa Ukhti guna untuk menyapanya.. Ketika itulah air mata Ukhti yang sebelum ini Ukhti cuba tahan sepanjang berada
dirumah Al-marhum, akhirnya terjatuh juga..
Assalammualaikum
Ajim,
Kita
mungkin tidak selalu berjumpa dan berbual-bual, tapi kita tahu bila saja kita
bertemu, selalu banyak cerita yang kita kongsi dan bagaimana kita sudahi setiap
perjumpaan kita dengan Do’a dan pelukan untuk masing-masing, Ukhti sayang akan
keberadaan ajim.. Apabila saja Ukhti mengingati ajim, Ukhti selalu teringatkan
dua perkataan yang selalu ajim ucapkan.. Alhamdulillah.. Insya Allah.. begitu
senang bagi ajim untuk mengucapkan dua perkataan tersebut ibarat ianya sudah
sebati dengan diri ajim.. Dari ajim lah, Ukhti belajar erti hidup sebagai
seorang wanita yang kuat dan tidak terlalu bergantung kepada cinta seorang Akhi
untuk memberi kebahagiaan.. beberapa hari sebelum, Ukhti memang acap kali
teringatkan ajim dan sebenarnya sudah memasang niat untuk berjumpa ajim dan
teman-teman yang lain untuk berbuka puasa bersama.. tak apalah, you’re in a
better place now..
I will always remember your smile, your words and cherish your guidance..
Insya
Allah, hilangnya mereka menemui Allah S.W.T ketika menjalankan tugas mereka,
pada hari jumaat ketika hendak masuk kebulan Ramadhan.. Insya Allah, mereka
termasuk didalam golongan Jihad dan Ukhti Yakin, mereka tergolong dalam
golongan yang beriman disisi Allah S.W.T.. semoga Allah mencucuri roh mereka..
menjaga mereka sehingga pada hari kebangkitan nanti.. Pg. Arif Iskandar Bin Pg
Haji Shabudin.. Dk Nurazimah Bte Pg Hassanan.. I will see you one day..
Al-Fatihah..
Assalammualaikum..
No comments:
Post a Comment