A
simple quote tapi mempunyai mesej yang sangat dalam ertinya.. kadang-kadang
kita terlalu fokus menjalankan hidup kita sehinggakan terkadang kita lupa
orang-orang yang menyayangi kita, yang selalu khuatir dengan keadaan kita, yang
terkadang menangis kerna rindu akan kita.. lucu tapi sebenarnya kita semua
pernah mengalaminya.. terkadang kita rasa terganggu dengan keprihatinan yang
ditunjukkan oleh orang-orang tersebut sehingga ketahap kita tidak memperdulikan
mereka, terkadang kita rasa keputusan yang kita buat adalah lebih baik..
sepanjang
hidup Ukhti, Ukhti baru tersedar.. antara banyak-banyak orang terdekat Ukhti
yang sudah pun dijemput illahi, mereka adalah orang-orang yang bagi Ukhti
mempunyai hati yang penuh dengan kasih sayang, yang sepanjang hidup mereka,
penuh dengan kesabaran, dicintai orang disekeliling terutama sekali ibu bapa
mereka dan cinta mereka kepada Allah.. dan mereka itulah yang sangat awal
diambil oleh Allah S.W.T.. benarlah yang Ukhti selalu dengar.. hanya yang
terbaik yang selalu dijemput awal oleh sang Illahi..
Memang
sebagai manusia, kita tidak akan pernah lepas dari kesalahan.. akan selalu ada
kekesalan hati, akan selalu ada rasa kekecewaan dan kemarahan.. tapi itu
mungkin juga ujian dari Allah untuk kita.. bukan untuk menyalahkan tapi belajar
untuk diri sendiri agar lebih sabar dan menjadi lebih baik agar kemarahan dan
kekecewaan itu dapat ditukar menjadi sesuatu yang indah.. Ajal dan maut ada
ditangan Allah S.W.T.. mungkin hari ini kita bergurau senda dengan mereka,
mungkin besuk kita akan mendengar berita kepergian mereka.. itu adalah pasti..
kita mungkin tidak akan mampu menghalang.. namun kita dapat melakukan satu
perkara.. iaitu menghargai..
walau apapun yang terjadi, jadilah orang yang tahu
menghargai.. supaya nanti suatu hari, bila kita harus kehilangan orang yang
selama ini menyayangi kita tanpa kita sedari.. kita tahu kita sudah sangat
menghargai mereka… sebab tidak semua orang akan menyayangi kita.. Bila kita
tahu ada yang sangat menyayangi kita, itu anugerah dari Allah.. tak kira samaada itu ibu bapa, keluarga, teman-teman.. bukan kerana
kita baik atau tampan atau cantik, atau kaya.. itu kerana ianya anugerah dari
Allah dan bila-bila masa Allah boleh ambil anugerah itu.. jadi, hargailah..
Tak
terasa hari ini sudah masuk raya ke 4.. Ukhti rasa masa agak cepat berlalu..
sekarang benda-benda yang awalnya Ukhti simpan ketepi ketika bulan puasa dan
Syawal, sekarang sudah mula Ukhti fikirkan, terutama sekali hal ehwal
Dissertation Ukhti T_T sekali lagi, masa seperti sungguh cepat berlalu
sehinggakan tidak terasa tinggal sebulan lagi masa yang tinggal untuk Ukhti
menyiapkan Draft pertama Dissertation Ukhti.. Benarlah kata senior-senior
Ukhti, “inda sanang mengambil Master ani” tapi Ukhti yakin, bila Ukhti sudah
ditakdirkan untuk mengambil Master tersebut, itu bererti Allah mempercayai
kemampuan Ukhti untuk melaksanakan.. Insya Allah, mesti semangat! Ukhti memilih
untuk membuat kajian mengenai humanitarian crisis yang ketika ini berlaku di
Burma / Myanmar, Southern Philippines dan Aceh sebagai tiga case studies
pilihan Ukhti, Kenapa? Nantilah Ukhti bercerita mengenainya, hehe.. Insya Allah
bila dissertation Ukhti sudah Berjaya disiapkan dan mampu Ukhti bangga
dengannya, Insya Allah.. Mungkin di post berikutnya.. =)
Ukhti
ingin bercerita mengenai sambutan raya pertama dan kedua Ukhti yang Ukhti rasa
agak menarik untuk dikongsikan bersama dengan Ukhti-Ukhti dan Akhi. Ada
beberapa hal terjadi ketika itu yang membuatkan Ukhti dapat terus belajar untuk
terus bersabar, bersyukur dan membezakan apa yang dituntut oleh Sang pencipta
dan mana yang sekadar menjadi peraturan manusia.
Masuk
saja bulan syawal, Ukhti sudah berjanji untuk istiqomah menjalankan kewajiban
lima waktu walau dimanapun ketika itu Ukhti dan keluarga sedang beraya, Solat
tetap solatkan walaupun Bulan Ramadhan sudah meninggalkan kita.. namun mungkin
semua Ukhti pun tahu, salah satu dugaan yang harus dilalui Ukhti bila ingin
melakukan solat ketika beraya, berbanding Akhi-Akhi..adalah kita harus terlebih
dahulu menghapuskan segala make-up yang ada di wajah kita sebelum mengambil
wudhu.. Mahu tak mahu, Ukhti pun harus merasakan itu.. dengan masa yang Ukhti
luangkan untuk bermake-up sebelum berjalan, lalu harus dihapuskan untuk solat..
memang terkadang membuatkan Ukhti berfikir, mungkin inilah dugaan yang harus
Ukhti-Ukhti tempuhi.. namun, Ukhti selalu bercakap kepada diri sendiri, jangan
‘mencomplicate’ kan sesuatu bila sebenarnya ada jalan keluar untuknya.. jadi
Ukhti membeli tisu untuk membersihkan make-up secara express brand Nivea..
wallaaa~ hehe..
Pada
Raya pertama, ketika Ukhti ingin melakukan solat Zohor dirumah ditempat ukhti
beraya, Ukhti terlebih dahulu membersihkan wajah dari eye-liner dan mascara..
dan ketika itulah, datang seorang Ukhti lalu menegur Ukhti disini yang sudah
kusyuk dengan tisu basah yang agak harum dicium.. lalu beliau pun berkata,
“sayang jua make-up dilap”, Ukhti lalu berkata, “awu, kan berwudhu..takut inda
masuk air”, lalu dengan tegas, Ukhti tersebut berkata, “eh, nada papa tu eh,
kalau banyak inda dapat, payah tu hidup”, terdiam sejenak Ukhti ketika itu..
Ukhti hanya mampu membalas dengan senyuman.. dan terus mengerjakan solat. Pada
hari kedua, seperti biasa, Ukhti harus membersihkan wajah sebelum mengerjakan
solat dan sekali lagi ditegur oleh seorang lagi Ukhti mengenai make-up yang
Ukhti hapuskan dan juga baju kurung Ukhti yang sedikit basah selepas berwudhu..
banyak teguran Ukhti dapat ketika itu, namun yang sangat Ukhti syukuri, Ukhti
hanya mampu tersenyum dan berkata ‘awu..’ tanpa harus bertelingkah membalas
hujahan mereka.. mungkin, Allah biarkan Ukhti menghadapi situasi sebegitu agar
dapat belajar untuk bersabar, tersenyum dan lebih menerima.. sebenarnya, Ukhti tidak tahu apa nak dijawab kerana Ukhti hanya tahu, sebelum solat, segalanya harus bersih.. make up, kotoran ditangan atau dimana-mana yang menghalang air untuk masuk.. itulah yang Ukhti fahami,
“Allah tidak menerima solat tanpa bersuci (berwudhu’)”. (H/R Muslim, 1/60)
Dan
juga, Pada hari raya pertama, teman baik Ukhti yang berbangsa cina, membawa
Ukhti untuk menemaninya beraya kerumah teman-temannya yang berbangsa islam..
tidak ingin menghampakan, Ukhti pun menemani beliau.. kebanyakan teman-teman
beliau terdiri daripada Akhi-Akhi dan disinilah cabaran sebenar Ukhti.. Raya
tahun ini, Ukhti sudah istiqomah untuk tidak akan bersentuh tangan dengan
mana-mana Akhi yang tiada talian darah dengan Ukhti.. Mulanya, Ukhti berfikir..
senang saja.. namun hakikatnya tidak.. sekarang, bila tiba hari raya.. salam
dan berjabat tangan adalah tanda sapaan, tidak kira lelaki atau wanita.. bila
sampai saja di rumah pertama, Ukhti dan teman Ukhti disapa oleh seorang Akhi..
beliau bersalaman dengan teman Ukhti dan bila Akhi tersebut menghulurkan
tangannya kepada Ukhti untuk bersalaman, Ukhti tersenyum dan menungkupkan
tangan Ukhti sebagai tanda cukuplah sekadar ‘Assalammualaikum’ sebagai tanda
sapaan,
pada mulanya, Akhi tersebut nampak bingung namun pada akhirnya beliau
dengan wajah yang sedikit ‘bengang’ *hehe*, berkata “oh, can not.. can not..”,
pada rumah yang kedua, hal yang sama turut berlaku, namun reaksi Akhi tersebut
berbeza dari Akhi yang pertama, jika yang pertama lebih ‘memahami’, yang kedua
dengan terangan berkata, “eh, inda dapat.. fine.. ambong..” dengan suara berjenakanya.. Ukhti hanya tersenyum saja.. dan
begitulah seterusnya..
Memandangkan
situasi-situasi diatas yang harus Ukhti lalui, Ukhti baru sedar.. bukan mudah
untuk cuba istiqomah dalam menjalankan apa yang diperintahkan.. melaksanakan
solat.. tidak bersalaman dengan mana-mana Akhi.. kerana sesetengah kita sudah
biasa ‘meringan’kan apa yang di arahkan.. sehingga ketahap membuat andaian
bahwa its ok to do this and that, Allah will understand.. termasuklah Ukhti
sendiri.. kadang-kadang bila hati sudah ikhlas ingin menjalankannya, selalu akan
ada dugaan yang datang, samaada dari orang sekeliling mahupun keadaan.. tapi
Ukhti yakin, setiap kesabaran akan dibalas dengan hikmah yang terbaik.. hari
raya ke-tiga, Ukhti mengambil keputusan untuk tidak menggunakan make-up, hanya
lipstick saja dan dengan senang, Ukhti dapat menunaikan solat tanpa harus
memikirkan membersih wajah.. memang jauh bezanya wajah bila menggunakan make-up
dengan yang tidak.. namun, Ukhti rasa tidak kisahlah jika itu bererti Allah
redha dengan keputusan yang Ukhti buat.. tak apa jika ada yang merasa Ukhti
tidak cantik tanpa make-up.. jika itu bererti, Ukhti dapat sujud dihadapanNYA..
Memang banyak hikmah yang Ukhti rasakan.. bila yang lain masih beralaskan
make-up dari pagi kemalam, Ukhti rasa wajah Ukhti jauh lebih ‘fresh’ dan selesa
setiap kali mengambil wudhu dan solat.. bila letih, wudhu dan solat itu ibarat
‘charger’ untuk Ukhti.. lebih bersemangat dan lebih ‘lapar’, hehe.. bila Ukhti
berniat untuk tidak bersentuh tangan dengan mana-mana Akhi.. Ukhti rasa lebih
terlindungi, Ukhti rasa lebih yakin sebab Ukhti mampu menjadi tegas dengan
keputusan Ukhti sendiri jika dibandingkan dengan dulu.. dan Ukhti rasa bahagia
sebab dapat melindungi satu lagi hak bakal pendamping hidup Ukhti.. Alhamdulillah..
memang betul, tiada apa yang diarahkan oleh Allah S.W.T yang tidak baik untuk
kita.. semuanya baik, Cuma kita tidak mengetahuinya.. Ukhti rasa Raya tahun ini sungguh indah, lebih meaningful.. bila ditahun-tahun lepas, Ukhti menghabiskan masa dengan makan-makan.. tahun ini, Ukhti mampu membuat sesuatu yang lebih lain.. lebih di ingati.. yang lebih baik =)
I really love the video below.. mereka berbincang mengenai bagaimana usaha mereka untuk terus menegakan hukum Allah yang tidak membolehkan Ukhti dan Akhi dari bersentuhan mahupun bersalaman.. agak lucu juga mendengar cerita mereka, Alhamdulillah, bukan Ukhti saja yang harus melalui pengalaman berkata 'Nda', hehe.. Alhamdulillah! I think we can be good friends!
Apa
yang lebih istimewa pada raya tahun ini adalah bila Ukhti terus dihujani dengan
pertanyaan mengenai jodoh.. Alhamdulillah, hati Ukhti terasa lebih ringan dan
Ikhlas untuk membalas setiap pertanyaan dengan, “Insya Allah.. nanti Allah bagi
jodoh”, dan selalunya di-ikuti dengan Do’a agar cepat dipertemukan jodoh..
aamiin, Insya Allah.. pada hari Ukhti dilihat didampingi oleh seorang Akhi..
Akhi itu adalah suami Ukhti.. pendamping hidup Ukhti.. pelindung Ukhti yang
sah, Insya Allah..
Dear Bakal Pendamping hidup Ukhti, Bakal Imam Ukhti.. dimana pun Akhi..
Jaga Diri baik-baik.. Insya Allah, satu hari nanti, bila Allah sudah meredhaikan.. Kita akan berjumpa dan Ukhti akan jaga Akhi baik-baik, Insya Allah.. =)
First
of all, Selamat berpuasa! Sebenarnya Ukhti disini agak terkejut bila mengetahui
bahwa bulan Ramadhan hanya tinggal beberapa hari lagi. Tidak seperti
tahun-tahun lalu, mungkin kerana Ukhti agak sibuk dengan kajian Dissertation
Ukhti membuatkan Ukhti lupa sejenak untuk mengira.. hehe.. Tak apalah, mungkin
itu juga bererti, Ukhti sangat menikmati bulan puasa tahun ini, lapar dahaga
tidak begitu terasa membuatkan Ukhti berasa selesa dengan kehadiran bulan yang
penuh berkat ini, Alhamdulillah.. memang diakui, Puasa tahun ini agak lain bagi
Ukhti, mungkin kerana dahulu.. Ukhti mempunyai ‘teman yang disayangi’ untuk
saling bercerita mengenai puasa dan mengambil masa terluang untuk Iftar sama..
namun dibulan puasa ini juga, Ukhti boleh katakan rezeki Ukhti melimpah ruah
dan yang paling penting, Ukhti bertemu dengan sahabat-sahabat baru dan
mengeratkan persahabatan yang dulunya sempat ‘hibernate’.. betulkan kata orang,
disebalik kekurangan, selalu ada kelebihan dan kelebihan itu hanya mampu kita
rasa jika kita mahu membuka mata hati kita untuk melihatnya.. Alhamdulillah..
=)
Beberapa
hari yang lalu, Ukhti mempunyai beberapa urusan yang mengharuskan Ukhti untuk
pergi ke-sebuah kementerian yang mana ketika itu, Ukhti juga ditemani oleh
sahabat Ukhti *seorang Akhi* yang juga mempunyai urusan yang sama ditempat yang
sama. Ketika menuju ketempat urusan, kami pun berbual mengenai banyak isu dari
hal pekerjaan, master, baju raya hinggalah ke isu mengapa ‘temple’ yang
terletak dibandar dipanggil ‘tapikong’ oleh orang-orang Brunei.. jadi banyaklah
assumption yang kurang bernas dikeluarkan..hehe..
Ketika
asyik memikirkan jawaban untuk soalan diatas, tiba-tiba Sahabat Akhi dengan suara
yang agak serius, bertanya kepada ukhti, “macammana kan bimbing girlfriend
supaya mau belajar agama?”. Uhkti ketika itu, terdiam sejenak mendengar soalan
tersebut. Oleh kerana Ukhti tidak mahu menjawab soalan tersebut terburu-buru
tanpa mendengar terlebih dahulu maksud sahabat Akhi itu, Ukhti pun menjawab, “cuba
cerita sikit..”
Beliau
pun bercerita mengenai bagaimana Akhi tersebut ingin melihat teman wanitanya
menjadi lebih baik dari segi agama, mengerjakan solat dan membaca Al-Quran
sehingga ketahap beliau bertanya kepada Ukhti dimana dia boleh membeli telekung
untuk teman wanitanya. Beliau juga memberitahu bahwa dia mengambil masa
kira-kira setahun lebih bagi teman wanitanya untuk mendengar nasihat beliau.
Terdengar juga seperti perasaan kesal dari suara Akhi tersebut bila beliau memberitahu
Ukhti mengenai Teman wanita yang mempertanyakan mengenai beberapa hukum solat.
Sebenarnya,
Ukhti bukanlah orang yang tepat untuk dijadikan tempat untuk bertanya mengenai
mendidik mahupun membimbing orang kerana Ukhti sendiri masih didalam proses ‘IstiQomah’,
namun bila seorang Akhi membuka soalan tersebut, mungkin itu ‘peluang’ dari
Allah untuk Ukhti berbagi cerita dengan Ukhti-Ukhti dan juga Akhi disini.
Teringat
Ukhti ketika pertama kali Ukhti melihat gambar teman wanita Akhi tersebut tahun
lalu, Ukhti secara jujur merasa teman wanita Akhi tersebut sangat cantik..
penglihatan Ukhti wajahnya seperti lisa suriani *sp?* hehe.. cantik.. jadi tak
hairanlah bagi Akhi tersebut sanggup menunggu si wanita tersebut walau berpanas
berhujan.. Alhamdulillah, mungkin itu anugerah Allah untuk si teman wanita.
Namun sekarang, yang berada dihadapan Ukhti ketika itu adalah seorang Akhi yang
merasa kesal.. sebenarnya kesal hingga tahap ingin beralih ke wanita lain..
Mungkin
inilah sebabnya kenapa Allah beri kita empat pilihan dalam mencari pasangan
hidup.. kerana kecantikannya, kerana keturunannya, kerana hartanya dan kerana
agamanya.. namun, Ukhti yakin semua pun tahu, diantara empat, Allah suruh kita
cari kerana agamanya.. pernah Ukhti mendengar satu ceramah dari seorang ustaz
yang mengatakan, kerana agama mampu buat kita cantik, kaya dan baik keturunan
insya Allah..Ukhti rasa, bila Allah suruh kita nilai agama seseorang yang ingin
kita jadikan teman hidup, itu sebab.. hidup dan mati kita, semua atas
pertolongan dan izin Allah.. bila hidup, agama ajar kita untuk hidup lebih baik
dari hari kemarin.. bila mati, surah Al-Fatihah dan Yasin lah Doa terakhir yang
kita minta untuk dibacakan.. bukan pujian kerana kecantikan kita, bukan berapa
banyaknya harta kita, bukan hebatnya keturunan kita.. jadi mengapa menolak
belakang aspek agama hanya kerana kita lihat seseorang itu hebat penampilannya
atau lantang kata-katanya.. inilah yang selalu Ukhti terapkan didalam hati
Ukhti, inginkan bukan seorang teman lelaki yang kacak mahupun berharta, hanya
seorang Akhi yang mampu menjadi Imam untuk Ukhti.. yang mampu melihat
kecantikan Ukhti disebalik kedegilan Ukhti sebagai seorang wanita.. itulah Do’a
Ukhti disetiap sujud Ukhti dan mudahan Ukhti-Ukhti lain juga dianugerahkan
imam-imam yang terbaik.. aamiin.. Insya Allah..
Berbalik
kepada sahabat Akhi tadi, Ukhti hanya menjawab, “semuanya bermula dari diri
sendiri”, jika ingin melihat teman wanitanya menjadi lebih solehah, Ukhti
berkata kepada Akhi tersebut yang beliau harus terlebih dahulu menjadi soleh..
kerana itu didalam Al-Quran ada mengingatkan bahwa lelaki adalah pembimbing
untuk wanita yang bakal menjadi isterinya.. Jangan marah jika teman wanita
tidak solat, jika Akhi sendiri belum istiQomah untuk menjadi Imam yang baik..
Akhi mesti sabar dalam membimbing dan kesabaran itu hanya akan Akhi perolehi
jika hati Akhi sendiri tenang dan Ikhlas.. semua bermula dari hati kita
sendiri.. Ukhti selalu yakin, walaupun hidup kita tak sebahagia mana, jika kita
terus ingin menjadi baik, Insya Allah itu akan membuka hati orang lain untuk
menjadi baik.. itulah yang terpenting, kerana apa? Bila kita dijemput Allah
nanti, kita ada meninggalkan sesuatu.. iaitu amalan orang-orang disekeliling
kita yang seawalnya terbuka hati kerana kita.. jika kita ingin pasangan yang
baik, kita mesti terlebih dahulu menjadi seorang yang baik, jika kita inginkan
isteri / suami yang soleha, kita terlebih dahulu harus menjadi soleha, jika
ingin anak yang baik dunia akhirat, kita sebagai orang tua mesti terlebih
dahulu menjadi yang terbaik untuk mereka duniawi dan akhirat.. itu yang juga
Ukhti selalu ingat, Ukhti tidaklah secantik atau sehebat wanita-wanita lain,
namun Ukhti selalu berharap, akan ada sesuatu yag dapat Ukhti berikan kepada
orang lain yang mampu membuatkan mereka untuk ingat akan Ukhti.. dan Ukhti
kata, “jadilah Muhammad untuk siti Khadijah” yang tidak pernah putus menyayangi
dan dimasa yang sama, sabar mengajarkan tentang erti solat, erti soleh dan
solehah.. inilah jawaban yang Ukhti berikan kepada sahabat Akhi tersebut.. “its
alright, both of you will be fine, suka duka bersama..” kata terakhir yang
Ukhti katakan kepada beliau sebelum menutup cerita diatas.
Video
dibawah adalah paparan kisah bekas president Indonesia, BJ Habibie yang baru
saja kehilangan isteri beliau yang sudah bersamanya hampir 48 tahun, beberapa
bulan yang lalu.. bila Ukhti menyaksikan tayangan ini, memang deras juga
airmata Ukhti, bukan kerana Ukhti seorang ‘puteri airmata’ seperti yang
dikatakan oleh teman-teman Ukhti, hehe.. tapi Ukhti merasa cinta dan kasih
sayang yang teramat mendalam yang dirasakan oleh Habibie terhadap Al-marhummah
isterinya.. Bila kita yang masih muda ini, terkadang hanya memikirkan kepentingan
dan kebahagiaan diri sendiri, pasangan yang sudah lama ini, hanya ingin satu
saja, selalu bersama.. Mudahan suatu hari nanti, Ukhti dan juga Ukhti-Ukhti
yang lain, mampu menjadi isteri yang solehah dan mampu menjadi ‘jiwa’ untuk
imam-imam kita nanti, aamiin!
"Separuh Jiwaku Pergi"
“Bila
hati kita sudah yakin bahwa seseorang itu adalah pasangan hidup kita, kita
mesti yakin bahwa setiap kelemahannya adalah kelebihan kita dan setiap kelemahan
kita adalah kelebihannya.. tidak ada yang lebih baik, sebab itu kita dijadikan
untuk berpasangan untuk menyempurnakan satu sama lain..”