Monday, August 13, 2012

Jadilah Muhammad Untuk Siti Khadijah



Assalammualaikum Ukhti-Ukhti!

First of all, Selamat berpuasa! Sebenarnya Ukhti disini agak terkejut bila mengetahui bahwa bulan Ramadhan hanya tinggal beberapa hari lagi. Tidak seperti tahun-tahun lalu, mungkin kerana Ukhti agak sibuk dengan kajian Dissertation Ukhti membuatkan Ukhti lupa sejenak untuk mengira.. hehe.. Tak apalah, mungkin itu juga bererti, Ukhti sangat menikmati bulan puasa tahun ini, lapar dahaga tidak begitu terasa membuatkan Ukhti berasa selesa dengan kehadiran bulan yang penuh berkat ini, Alhamdulillah.. memang diakui, Puasa tahun ini agak lain bagi Ukhti, mungkin kerana dahulu.. Ukhti mempunyai ‘teman yang disayangi’ untuk saling bercerita mengenai puasa dan mengambil masa terluang untuk Iftar sama.. namun dibulan puasa ini juga, Ukhti boleh katakan rezeki Ukhti melimpah ruah dan yang paling penting, Ukhti bertemu dengan sahabat-sahabat baru dan mengeratkan persahabatan yang dulunya sempat ‘hibernate’.. betulkan kata orang, disebalik kekurangan, selalu ada kelebihan dan kelebihan itu hanya mampu kita rasa jika kita mahu membuka mata hati kita untuk melihatnya.. Alhamdulillah.. =)

Beberapa hari yang lalu, Ukhti mempunyai beberapa urusan yang mengharuskan Ukhti untuk pergi ke-sebuah kementerian yang mana ketika itu, Ukhti juga ditemani oleh sahabat Ukhti *seorang Akhi* yang juga mempunyai urusan yang sama ditempat yang sama. Ketika menuju ketempat urusan, kami pun berbual mengenai banyak isu dari hal pekerjaan, master, baju raya hinggalah ke isu mengapa ‘temple’ yang terletak dibandar dipanggil ‘tapikong’ oleh orang-orang Brunei.. jadi banyaklah assumption yang kurang bernas dikeluarkan..hehe..

Ketika asyik memikirkan jawaban untuk soalan diatas, tiba-tiba Sahabat Akhi dengan suara yang agak serius, bertanya kepada ukhti, “macammana kan bimbing girlfriend supaya mau belajar agama?”. Uhkti ketika itu, terdiam sejenak mendengar soalan tersebut. Oleh kerana Ukhti tidak mahu menjawab soalan tersebut terburu-buru tanpa mendengar terlebih dahulu maksud sahabat Akhi itu, Ukhti pun menjawab, “cuba cerita sikit..”

Beliau pun bercerita mengenai bagaimana Akhi tersebut ingin melihat teman wanitanya menjadi lebih baik dari segi agama, mengerjakan solat dan membaca Al-Quran sehingga ketahap beliau bertanya kepada Ukhti dimana dia boleh membeli telekung untuk teman wanitanya. Beliau juga memberitahu bahwa dia mengambil masa kira-kira setahun lebih bagi teman wanitanya untuk mendengar nasihat beliau. Terdengar juga seperti perasaan kesal dari suara Akhi tersebut bila beliau memberitahu Ukhti mengenai Teman wanita yang mempertanyakan mengenai beberapa hukum solat.

Sebenarnya, Ukhti bukanlah orang yang tepat untuk dijadikan tempat untuk bertanya mengenai mendidik mahupun membimbing orang kerana Ukhti sendiri masih didalam proses ‘IstiQomah’, namun bila seorang Akhi membuka soalan tersebut, mungkin itu ‘peluang’ dari Allah untuk Ukhti berbagi cerita dengan Ukhti-Ukhti dan juga Akhi disini.

Teringat Ukhti ketika pertama kali Ukhti melihat gambar teman wanita Akhi tersebut tahun lalu, Ukhti secara jujur merasa teman wanita Akhi tersebut sangat cantik.. penglihatan Ukhti wajahnya seperti lisa suriani *sp?* hehe.. cantik.. jadi tak hairanlah bagi Akhi tersebut sanggup menunggu si wanita tersebut walau berpanas berhujan.. Alhamdulillah, mungkin itu anugerah Allah untuk si teman wanita. Namun sekarang, yang berada dihadapan Ukhti ketika itu adalah seorang Akhi yang merasa kesal.. sebenarnya kesal hingga tahap ingin beralih ke wanita lain.. 

Mungkin inilah sebabnya kenapa Allah beri kita empat pilihan dalam mencari pasangan hidup.. kerana kecantikannya, kerana keturunannya, kerana hartanya dan kerana agamanya.. namun, Ukhti yakin semua pun tahu, diantara empat, Allah suruh kita cari kerana agamanya.. pernah Ukhti mendengar satu ceramah dari seorang ustaz yang mengatakan, kerana agama mampu buat kita cantik, kaya dan baik keturunan insya Allah..Ukhti rasa, bila Allah suruh kita nilai agama seseorang yang ingin kita jadikan teman hidup, itu sebab.. hidup dan mati kita, semua atas pertolongan dan izin Allah.. bila hidup, agama ajar kita untuk hidup lebih baik dari hari kemarin.. bila mati, surah Al-Fatihah dan Yasin lah Doa terakhir yang kita minta untuk dibacakan.. bukan pujian kerana kecantikan kita, bukan berapa banyaknya harta kita, bukan hebatnya keturunan kita.. jadi mengapa menolak belakang aspek agama hanya kerana kita lihat seseorang itu hebat penampilannya atau lantang kata-katanya.. inilah yang selalu Ukhti terapkan didalam hati Ukhti, inginkan bukan seorang teman lelaki yang kacak mahupun berharta, hanya seorang Akhi yang mampu menjadi Imam untuk Ukhti.. yang mampu melihat kecantikan Ukhti disebalik kedegilan Ukhti sebagai seorang wanita.. itulah Do’a Ukhti disetiap sujud Ukhti dan mudahan Ukhti-Ukhti lain juga dianugerahkan imam-imam yang terbaik.. aamiin.. Insya Allah..

Berbalik kepada sahabat Akhi tadi, Ukhti hanya menjawab, “semuanya bermula dari diri sendiri”, jika ingin melihat teman wanitanya menjadi lebih solehah, Ukhti berkata kepada Akhi tersebut yang beliau harus terlebih dahulu menjadi soleh.. kerana itu didalam Al-Quran ada mengingatkan bahwa lelaki adalah pembimbing untuk wanita yang bakal menjadi isterinya.. Jangan marah jika teman wanita tidak solat, jika Akhi sendiri belum istiQomah untuk menjadi Imam yang baik.. Akhi mesti sabar dalam membimbing dan kesabaran itu hanya akan Akhi perolehi jika hati Akhi sendiri tenang dan Ikhlas.. semua bermula dari hati kita sendiri.. Ukhti selalu yakin, walaupun hidup kita tak sebahagia mana, jika kita terus ingin menjadi baik, Insya Allah itu akan membuka hati orang lain untuk menjadi baik.. itulah yang terpenting, kerana apa? Bila kita dijemput Allah nanti, kita ada meninggalkan sesuatu.. iaitu amalan orang-orang disekeliling kita yang seawalnya terbuka hati kerana kita.. jika kita ingin pasangan yang baik, kita mesti terlebih dahulu menjadi seorang yang baik, jika kita inginkan isteri / suami yang soleha, kita terlebih dahulu harus menjadi soleha, jika ingin anak yang baik dunia akhirat, kita sebagai orang tua mesti terlebih dahulu menjadi yang terbaik untuk mereka duniawi dan akhirat.. itu yang juga Ukhti selalu ingat, Ukhti tidaklah secantik atau sehebat wanita-wanita lain, namun Ukhti selalu berharap, akan ada sesuatu yag dapat Ukhti berikan kepada orang lain yang mampu membuatkan mereka untuk ingat akan Ukhti.. dan Ukhti kata, “jadilah Muhammad untuk siti Khadijah” yang tidak pernah putus menyayangi dan dimasa yang sama, sabar mengajarkan tentang erti solat, erti soleh dan solehah.. inilah jawaban yang Ukhti berikan kepada sahabat Akhi tersebut.. “its alright, both of you will be fine, suka duka bersama..” kata terakhir yang Ukhti katakan kepada beliau sebelum menutup cerita diatas.


Video dibawah adalah paparan kisah bekas president Indonesia, BJ Habibie yang baru saja kehilangan isteri beliau yang sudah bersamanya hampir 48 tahun, beberapa bulan yang lalu.. bila Ukhti menyaksikan tayangan ini, memang deras juga airmata Ukhti, bukan kerana Ukhti seorang ‘puteri airmata’ seperti yang dikatakan oleh teman-teman Ukhti, hehe.. tapi Ukhti merasa cinta dan kasih sayang yang teramat mendalam yang dirasakan oleh Habibie terhadap Al-marhummah isterinya.. Bila kita yang masih muda ini, terkadang hanya memikirkan kepentingan dan kebahagiaan diri sendiri, pasangan yang sudah lama ini, hanya ingin satu saja, selalu bersama.. Mudahan suatu hari nanti, Ukhti dan juga Ukhti-Ukhti yang lain, mampu menjadi isteri yang solehah dan mampu menjadi ‘jiwa’ untuk imam-imam kita nanti, aamiin! 

"Separuh Jiwaku Pergi" 






“Bila hati kita sudah yakin bahwa seseorang itu adalah pasangan hidup kita, kita mesti yakin bahwa setiap kelemahannya adalah kelebihan kita dan setiap kelemahan kita adalah kelebihannya.. tidak ada yang lebih baik, sebab itu kita dijadikan untuk berpasangan untuk menyempurnakan satu sama lain..”
 










Assalammualaikum! ^_^

No comments:

Post a Comment