Assalammualaikum,
Macam bertahun-tahun sudah rasanya Ukhti tidak meng-update blog ini, bukan malas atau kehabisan idea.. sebenarnya banyak yang hendak dikongsi kan dan sebenarnya sudah ada beberapa ‘draft’ yang Ukhti buat, hanya tinggal dipost ke dalam blog ini. Alhamdulillah, Ukhti sudah mula berkerja sejak dari awal bulan Januari ini, walaupun hanyalah part-time dan gaji pun tidak setinggi mana tapi, Ukhti tetap bersyukur dengan rezeki yang diberikan sebab Ukhti yakin Allah mendengarkan doa Ukhti supaya rezeki Ukhti untuk dapat membantu ibu bapa Ukhti dan tidak membebankan mereka, tidak diputuskan.. Alhamdulillah, Allah beri sedikit dan Insya Allah, kalau kita terus berdoa dan berusaha, surely nanti-nanti akan dapat lebih daripada sekarang, yang penting apa yang kita belajar ketika masih dibawah supaya bila sudah sampai diatas, kita faham bagaimana susahnya berkerja dibawah, bagaimana rasanya berusaha sendiri mencari rezeki untuk keluarga dan bagaimana hidup kita akan lebih bermakna sebab kita tahu tujuan sebenar mencari rezeki.. Alhamdulillah… =)
Mengenai dengan tajuk post ukhti hari ini, agak ganjil bukan namanya tapi ianya ada kena mengena dengan hal ehwal perkahwinan. semalam Ukhti bercerita dengan ibu Ukhti mengenai dengan belanja perkahwinan adik Ukhti Insya Allah akan berlangsung tahun depan, jadi ketika ini, ibu dan adik Ukhti sudah sibuk merancang. Ketika bercerita, tersebutlah juga mengenai dengan mas kahwin dan juga hantaran yang sekarang menjadi isu semasa. Banyak bakal-bakal raja sehari yang merungut akan wang hantaran yang mencecah ribuan ringgit.
Memang Ukhti akui, banyak juga teman-teman Ukhti yang merungut mengenai itu.. pernah Ukhti bertanya kepada nenek Ukhti mengenai dengan bagaimana wang hantaran dan mas kahwin itu ada dan akhirnya dicampur adukkan. Ukhti memberitahu nenek Ukhti bahwa ada sesetengah orang berkata, menaruh wang hantaran terlalu tinggi ibaratkan menjual anak sendiri kepada orang lain. Nenek Ukhti berkata, sebenarnya tidak ada seorang ibu bapa pun yang ingin ‘menaruh harga mahal’ mahupun ‘menjual’ anak perempuan mereka, terkadang hati dan perasaan ibu bapa yang pada zahirnya Nampak bahagia, sebenarnya didalam hati ada perasaan kesedihan yang mendalam kerana harus ‘melepas’ anak mereka untuk dijaga oleh seorang lelaki. Anak perempuan yang mereka jaga dari masih merah, mereka belai dengan penuh kasih sayang, mereka didik ilmu dunia dan akhirat agar bila dewasa, anak mereka faham akan maksud hidup.. walaupun si anak menyakiti hati, mereka tetap menyayangi.. bila ada ibu bapa yang inginkan wang hantaran dan mas kahwin tertentu untuk anak mereka.. itu kerana mereka ingin anak mereka terus dilimpahi kesenangan dan kasih sayang. Buktinya, belum ada ibu bapa yang mengatakan 25% wang hantaran untuk mereka.. Nenek Ukhti adalah seorang yang sangat tenang dan bila beliau bercerita mengenai itu, Ukhti rasa nenek Ukhti sedang bercerita mengenai perasaan hatinya sendiri yang baru saja melepaskan satu-satu anak perempuannya kepada suami anaknya.
Berbalik kepada cerita Ukhti dengan ibu ukhti.. Ukhti bertanya kepada ibu Ukhti jika Ukhti dapat menyampaikan hasrat Ukhti mengenai wang hantaran dan mas kahwin Ukhti bila masa Ukhti sudah tiba untuk bernikah.. Ibu Ukhti bertanya, berapa Ukhti mahu sebagai hantaran dan mas kahwin, lalu Ukhti pun memberitahu beliau akan hasrat Ukhti itu.. terdiam sejenak ibu Ukhti ketika itu tapi selepas itu ibu Ukhti berkata, “niat yang baik mesti selalu dipermudahkan, mudahan hasratmu tu dipermudahkan..” Ukhti hanya mampu meng-aminkan sebab Ukhti tahu bukan mudah untuk mencapainya tapi Insya Allah, Ukhti tahu itu yang terbaik dan Ukhti akan berjuang untuk sesuatu yang baik. Mudah-mudahan, Ukhti dapat menjadi isteri yang soleha untuk bakal suami Ukhti nanti, dapat sentiasa membahagiakan dan menjaga, menyenangkan dan terus dapat menjadi makmum yang setia mengikuti bakal suami ukhti, Insya Allah..
Bakal Suamiku,
Nikahi aku dengan Al-Quran yang kau perolehi dari tanah suci mekah dan yang sudah kau Khatamkan dengan baik sebagai Hantaran ku dan bawa aku ke tanah suci mekah sebagai mas kahwin ku.. Insya Allah, saya Ikhlas..
cinta,
Katijah Sulaiman
assalamualaikum.
ReplyDelete1st of all, would like to applause all of ur posting here. brilliant.
i have a question. jikalau, ada perempuan yang masih mencari lelaki yang "bercinta selepas bernikah". ada kah masih perempuan diluar sana yang masih menerima lelaki yang "ingin bernikah" tanpa kenalan yang masak??
kita hidup di "modern world", mungkin orang orang dahulu, berkahwin terus tanpa berjumpa bakal kekasih nya, hanya ditemukan melalui ibubapa mereka. tetapi sekarang, kita berjumpa, berkenalan, bersuai kenal, ada yang mengenali sehingga 10 tahun, utk mengenali bakal kekasihnya, ada juga berkenalan melebihi 10 tahun akan tetapi jodoh tak sampai.
persoalan kedua.
ada kah masih perempuan diluar sana yang tidak memilih "pangkat" atau "darjat" atau "higher education" atau "posisi kerja" utk bakal suami nya???
kerana, ada sebahagian nya memilih lelaki/bakal suami yang lebih tinggi dari diri nya sendiri(perempuan).
hujarkan persoalan saya. ingin mengetahui lebih lanjut dari sudut penulis ini.
assalamualaikum.