Saturday, January 19, 2013

Saya belajar bahwa..

Sejak-sejak Ukhti berkerja, ada beberapa perkara yang Ukhti alami, macam-macam perkara.. ada yang mengembirakan.. ada juga menyedihkan, kata orang suka duka ketika berkerja memang ada.. tapi ada beberapa perkara yang Ukhti pelajari..
1)      Bila ada yang marah pada kita dan berkata kasar, kita berkatalah dengan lembut.. Insya Allah.. Ini ada kena mengena dengan pekerjaan Ukhti ketika ini, sebagai seorang “customer relation management officer”, memerlukan Ukhti untuk berkomunikasi dengan pelanggan melalui telefon.. dan sejujurnya, tidak mudah.. sepanjang Ukhti berkerja.. macam-macam karenah pelanggan Ukhti temui. Ada yang baik, ada juga yang sebaliknya.. seringkali Ukhti bertemu dengan pelanggan yang agak emosi dan kurang sensitif jadi dengan ringannya, mereka mengeluarkan kata-kata kesat.. sepanjang Ukhti berkerja itu juga, Ukhti belajar maksud sabar dan tenang.. pernah sekali Ukhti betemu dengan seorang pelanggan lelaki yang memang sudah dalam keadaan marah dan tanpa ‘berlapik2’ berkata yang kurang enak didengar.. Ukhti hanya mampu mendengar dan mengangguk kepala. Tidak mudah.. memerlukan beberapa hari untuk Ukhti bangkit dari perasaan terpuruk ketika itu mungkin kerana ‘kekajutan’, namun sekarang Ukhti seperti sudah ‘immune’ walaupun baru 2 minggu berkerja.. seperti diberi tanda, Ukhti terbaca di satu laman web, “bersabarlah dan sentiasalah berlembut”. Akhir-akhir ini, sesuatu yang agak lucu berlaku.. bila saja Ukhti berbual dengan pelanggan ditelefon dan pelanggan tersebut marah, Ukhti mencuba untuk terus bercakap dengan nada yang lembut dan tiba-tiba saja, semua pelanggan yang pada mulanya agak ‘ganas’ dengan berkata ‘kamu ani aa babal bah, sudah digitau….”, berubah menjadi “inda bah lai, atu saja masalahnya lai..”, bukan seorang tapi hampir semua pelanggan seperti berubah apabila dilayan dengan lembut. Mungkin itulah sebabnya, kenapa Allah mengajar kita untuk sentiasa melapangkan hati bila berdepanan dengan orang yang sedang marah ataupun sedang berfikiran negatif.. kata orang, api yang merak jangan ditambah dengan minyak, simbahlah dengan air sebagai penyejuk. Itulah yang sentiasa Ukhti ingatkan, ingin belajar menjadi ‘air’ bukan saja ditempat kerja, tapi jua dimana-mana pun Ukhti berada..


 
2)      Rezeki untuk orang yang bersabar.. ini bermula bila Ukhti berbual-bual dengan beberapa orang staff ditempat Ukhti berkerja dimana mereka memberitahu Ukhti bahwa bulan depan mereka akan mula berkerja disektor kerajaan, Alhamdulillah.. apa yang menjadi inspirasi untuk Ukhti adalah tempoh mereka menunggu hingga pada akhirnya diterima untuk berkerja dengan pihak kerajaan. Seorang teman sekerja Ukhti yang bakal berpindah kerja memberitahu Ukhti bahwa beliau harus menunggu selama 3 tahun dan harus mencari kerja disektor swasta sehingga pada akhirnya, beliau mendapat surat tawaran dari pihak kerajaan. Seorang lagi memberitahu Ukhti bahwa beliau menunggu selama 2 tahun. Memang lain orang lain rezeki namun yang pasti rezeki itu akan tetap dating bila kita bersedia untuk berusaha dan bersabar. Jadi mungkin selepas ini Ukhti mesti berusaha lebih dan bersabar lebih, semangat!



3)      Kasih sayang yang sebenar adalah apabila kita mengetahui kelebihan kekurangan orang yang kita kasihi namun walau seteruk manapun kita rasa, kita tetap menyayangi, kita tetap mengingati, kita tetap mengharap perkara-perkara baik untuk mereka. Itulah yang Ukhti sedar baru-baru ini.. sejak-sejak berkerja, banyak kali Ukhti terlihat nama-nama pelanggan yang sama seperti dengan nama jejaka yang dulu pernah hadir dalam hidup Ukhti. Memang pada mulanya, agak janggal.. namun akhir-akhir ini, Ukhti seperti sudah selesa melihat nama-nama tersebut.  Sesekali kali Ukhti melihat terus nama tersebut dan tertanya sendiri, bagaimana keadaan nya ketika ini, dimana dia ketika ini, bagaimana kehidupnya ketika ini. Sudah lama Ukhti tidak mengikuti perkembangan beliau, tidak dari facebook mahupun twitter. Namun benarlah kata orang, walaupun jauh dimata, bila kasih sayang dihati itu benar, ianya akan tetap ada dihati walaupun tidak ada satu benda pun yang tinggal untuk diingati atau dikenang. Ukhti berharap beliau sentiasa dalam keadaan yang sihat dan sentiasa dilindungi Allah. Ukhti tahu beliau memandu kereta lama manual dan Ukhti teringat pada ketika Ukhti terpaksa menahan panik bila berada dikereta yang dipandu beliau.. terlalu cemas akan keselamatannya, Ukhti seringkali merungut kepada beliau untuk suatu hari nanti membeli kereta baru. Lucu.. Tolong sampaikan kepada beliau, jaga diri selalu, jangan lupa selalu lawat rumah Allah.. tolong jangan lupa akan saya..


Akan bersambung................ =)


Cinta,
Katijah Sulaiman

2 comments:

  1. baca lah sebelum berkerja,

    surah al fatihah = memulakan kerja,

    5 ayat pertama al bakarah (alif lam mim) = membuka segala rahsia.

    ayat kursi = perlindungan di waktu kerja

    3 kali al ikhlas = khatam al quran sewaktu bekerja

    al falaq = Allah taala Maha Berkuasa utk membalas balik kejahatan yg diterima.

    an nas = tiada ragu2

    amal kan nya selalu.



    ReplyDelete
  2. assalammualaikum,

    terima kasih.. selalu baca Al-Fatihah saja sebelum mula kerja dan bila mahu bercakap dengan orang ditelepon, dibaca selawat keatas nabi tiga kali dan ditiup ketelepon tersebut, hehe.. nasihat dari seorang kawan.. Alhamdulillah, hati pun selalu tenang bila berkomunikasi.. terima kasih, Insya Allah, akan cuba mengamalkannya.. =)

    ReplyDelete