Tuesday, February 26, 2013

Binatang pun pandai sedih..



Assalammualaikum,

Sepatutnya Ukhti sudah fokus membuat thesis Ukhti, namun akhirnya lalai juga membaca beberapa blog.. ketika asyik membaca, tiba-tiba Ukhti terbaca mengenai dengan seorang pakcik dimalaysia yang sebenarnya, hidup pun sederhana, tapi mempunyai hati yang besar untuk menyelamatkan binatang-binatang terbiar, termasuklah anjing.. 






Bila Ukhti melihat video tersebut, sebak juga hati apa lagi melihat kecomelan binatang-binatang yang diselamatkan, diberi makan.. rasa seperti mereka ini diberi kehidupan kedua oleh pakcik tersebut. Ukhti terbaca komen-komen yang dibuat oleh pembaca post mengenai pakcik ini dan banyak yang mempertikaikan sehingga ketahap berkata bahwa pakcik ini akan masuk neraka hanya kerna beliau memelihara anjing. Ilmu Ukhti tidaklah setabal mana untuk bercakap mengenai agama dan Ukhti tahu, anjing adalah salah satu binatang yang kita tidak digalakkan dalam Islam untuk dipelihara (perbetulkan Ukhti jika salah).


Namun, bagi Ukhti.. walaupun Islam tidak mengalakkan.. itu bukan bererti, anjing itu hina mahupun jijik.. mereka itu juga ciptaan Allah.. sama seperti kucing, mereka ini pun mempunyai perasaan ingin disayangi, dilindungi.. bagi kita yang beragama islam, walaupun kita tidak dapat memeliharanya, tapi kita sebagai ciptaan Allah yang paling sempurna diantara semua, yang diberi akal, hati dan perasaan.. tidak boleh sombong mahupun angkuh dengan sesuka hati membiarkan ataupun menyakiti binatang-binatang ini.. sedangkan kita yang sakit, harus mencari ubat.. apalagi binatang-binatang terbiar ini yang tiada ada arah tuju mahupun tempat untuk mengadu bila sakit.. terkadang, bila kita tanpa rasa bersalah menyakiti ataupun membiarkan binatang terbiar ini kelaparan, Ukhti rasa.. itu kerna kita lalai, lalai dengan kesenangan hidup kita.. kita sebenarnya lupa nikmat yang kita rasa adalah dari Allah, bila.. Allah ingin ‘mengetuk’, Allah akan mengetuk sehingga ketahap kita akan menangis disujud kita..



Ukhti harap selepas ini, kita dapat lebih belajar menyayangi, belajar mengasihani binatang-binatang disekeliling kita.. bila ada rezeki, bahagikan rezeki kita kepada binatang-binatang itu, Ukhti ingat pesanan ibu Ukhti.. “kalau ada binatang cari makanan, bagi.. dorang pun pandai mendoakan tani..”. dan Ukhti selalu percaya, rezeki adalah untuk dikongsi..

 
Untuk pakcik yang memelihara binatang-binatang terbiar diatas, semoga Allah sentiasa melindungi dan memberi rahmat diatas kelembutan hatinya menjaga dan menanggung semua binatang-binatang terbiar itu.. apapun dosa yang beliau tanggung untuk membahagiakan binatang-binatang terbiar itu, Ukhti doakan semoga segala dosa-dosanya yang lalu diampunkan dan diberikan keluasan didunia dan Akhirat nanti.. Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin.. T_T orang macam ini Ukhti panggil hero.. tak perlu memakai custom iron man, captain America, superman sekali pun.. tak perlu angkat besi buat muscle dibadan.. cukup melakukan satu perkara kecil tapi mampu membahagiakan banyak orang.. that’s a hero..

Kepada yang berkata-kata, kadang-kadang kita perlu lihat dulu.. kebahagiaan apa yang sudah kita berikan.. sejauh mana hebatnya kita sehingga kita memberi hak kepada diri kita sendiri untuk mengkritik orang lain..














P/s: Angan-angan mau peluk pandaaaa one day! Aamiin!





Cinta,
Katijah Sulaiman

Monday, February 25, 2013

Nanti dia akan datang.. =)


“you single wah? banar kah inda ni?”
“Katie, you’re taken.. right? No??
Katie, you lunch with your BF? Ah, you’re single?


Itulah soalan-soalan yang hampir-hampir sama, ditanyakan kepada Ukhti dari sejak Ukhti mula berkerja.. agak lucu Ukhti rasakan sehingga ketahap, adakah Ukhti ini tidak layak untuk ‘bersendirian’? hehe.. teringat Ukhti akan seorang Akhi berbangsa Bangladesh yang berkerja sebagai pembersih di tempat kerja Ukhti tapi sangat baik orangnya.. beliau dikenali sebagai ‘imam’ dikalangan teman-teman sebangsanya disebabkan oleh ilmunya mengenai Islam.. dipendekkan cerita, suatu hari ketika Ukhti sedang membersihkan meja kerja Ukhti, beliau menyapa Ukhti dengan salam dan bertanyakan Ukhti yang datang agak awal dari biasanya.. beliau lalu bertanya, “Dk sudah ada kawan?”, pada mulanya Ukhti sangka beliau bertanyakan jika Ukhti sudah biasa dengan orang-orang dipejabat memandangkan Ukhti masih baru. Ukhti kata, “ya.. sudah biasa, banyak kawan sudah sini”, Beliau membetulkan Ukhti dengan berkata, “tidak.. Dk ada kawan laki-laki sudah?”, mendengar soalan tersebut, Ukhti sempat juga diam dan tersenyum sendiri.. Ukhti kata, “belum..”, beliau bertanya lagi, “kenapa belum?”, sekali lagi Ukhti terdiam.. ketika itu Ukhti ingin sekali menjawab soalan tersebut dengan jawaban yang jujur tanpa harus berdalih-dalih.. Ukhti pun berkata, “Insya Allah, nanti Allah kasih jodoh.. masani mau bahagiakan keluarga dulu, kesian ibu bapa..”,


Alhamdulillah, Ukhti bersyukur sebab orang-orang disekeliling Ukhti selalu membuat Ukhti merasa masih layak untuk disayangi dan dilindungi.. orang-orang disekeliling Ukhti selalu membuat Ukhti merasa masih layak untuk menjadi wanita yang mampu menyayangi dan mengasihi.. Syukur Alhamdulillah, terima kasih.. sebenarnya, walaupun masih bersendirian.. Ukhti bahagia dengan hidup Ukhti.. sebab Ukhti belajar untuk menjadi lebih kuat dan independent, mampu untuk mengasihi diri sendiri sebelum nanti Ukhti mula mengasihi seorang Akhi.. 

mau Akhi Captain America! ^_^



Bila mengingat akan soalan Akhi diatas, kenapa belum menpunyai teman.. terkadang Ukhti bingung bagaimana untuk menjawabnya.. sebab Ukhti tahu itu urusan yang diatas, urusan Allah untuk memperkenankan urusan jodoh Ukhti.. Ukhti memang bukan jenis yang lekas untuk jatuh cinta.. dan Ukhti selalu yakin, bila kali pertama Ukhti jatuh cinta dahulu, Ukhti rasa itu juga kali pertama Allah memperkenankan hati Ukhti untuk dibuka.. dan sekarang, Ukhti tetap yakin, bila tiba masanya, Allah akan memperkenankan sekali lagi untuk hati Ukhti dibuka dan mencintai seseorang.. it’s about timing, sekarang pun sejujurnya, Ukhti merasa seperti selalu diberi isyarat bahwa “Akhi” itu sudah hampir menemui Ukhti.. Cuma Ukhti belum mengenali siapa.. benar ada orang kata, jodoh takkan datang tanpa usaha.. mungkin ada yang bertanya, adakah Ukhti sudah cukup berusaha.. jujur, Ukhti tidak begitu berusaha.. tidak begitu berusaha untuk ‘mencari’.. Ukhti Cuma berusaha menjadi yang lebih baik dari kemarin dan hanya meminta kepadaNYA.. sebab Ukhti tahu Allah sudah menjanjikan “lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik..”, Ukhti ingin terus belajar untuk menjadi wanita yang baik dan hanya Allah yang tahu mana lelaki yang baik untuk Ukhti.. dan DIA yang mempertemukan pasangan untuk hambanya dengan pelbagai cara sekalipun.. 



Sebenarnya, jika difikir-fikirkan, Ukhti mungkin terlalu sibuk untuk berpasangan ketika ini, hehe.. sekarang sudah faham maksud mencari rezeki sendiri.. yupe, Ukhti keluar rumah diawal pagi, pulang kerumah ketika hampir masuk waktu maghrib, disambung dengan kelas tuition samaada dirumah mahupun di sekolah tuition di batu bersurat.. jadual mencari rezeki Ukhti sebenarnya agak penuh, namun Alhamdulillah.. rezeki semakin murah walaupun itu bererti semakin banyak juga waktu Ukhti terpakai.. tapi itu bukanlah menjadi beban untuk Ukhti.. malah ia mengajar Ukhti agar lebih matang, lebih faham akan maksud berdikari sendiri.. bayar kereta sendiri, beli makanan untuk diri sendiri, beli barang keperluan Ukhti sendiri dan yang paling penting, menjadi anak yang mampu memberi kepada ibu bapa, itulah perkara yang paling penting dalam hidup Ukhti.. Insya Allah, bila kita berusaha, tidak sombong dan selalu meng-ikhlaskan apapun yang terjadi, Insya Allah.. Allah akan beri yang lebih baik dari sekarang. Sama juga dengan soal jodoh.. mungkin Ukhti terlalu sibuk untuk memikirkan mengenai jodoh.. namun dalam masa yang sama, Ukhti yakin.. kematangan diri dan fikiran lahir dari pengalaman, dari bagaimana kita merasa sendiri susah senangnya hidup ini.. biarlah Ukhti bersusah dulu mencari rezeki sendiri, mudah-mudahan bila nanti dipertemukan dengan jodoh.. Ukhti dapat memahami bagaimana susahnya seorang Akhi berkerja mencari rezeki untuk Ukhti.. mudah-mudahan Ukhti dapat memahami penat lelahnya nanti.. mungkin sekarang Ukhti sudah faham kenapa seorang isteri yang menyediakan teh / coffee panas  untuk suaminya yang baru selesai berkerja.. di-ibaratkan "hadiah sangat berharga", 





Lagipun, Ukhti sudah memasang target bahwa diumur 29 nanti, Ukhti ingin menjadi seorang wanita yang sudah kukuh berkerjaya, mahu menjadi wanita “anggun” seperti pensyarah Ukhti di UBD, Dr. Nani.. beliau berumur dalam 40-an, tapi penampilannya sangat cantik, anggun.. cantik wajah, apalagi senyumannya tapi baik hati.. Ukhti ingin menjadi seperti beliau.. Dr Nani pernah bercerita mengenai dengan betapa susahnya hidup beliau ketika masih kecil, apalagi mempunyai seorang ibu yang agak garang, susahnya beliau ketika sedang belajar sehinggalah ketahap PHD, namun sekarang beliau menikmati hasil jerih payahnya.. jadi, Ukhti rasa.. jika ingin menjadi seperti beliau, Ukhti haruslah juga merasakan susah payah hidup.. agar nanti-nanti Ukhti dapat menikmati hasilnya.. kan Allah itu maha penyayang dan maha adil.. =) mengenai dengan jodoh itu.. suatu hari nanti, dia akan datang.. lelaki baik itu akan datang.. Insya Allah, Ukhti percaya =) =) =)






Assalammualaikum,

Cinta,

Katijah Sulaiman

Sunday, February 17, 2013

Tentang Ukhti untuk Akhi


Assalammualaikum! =)

beberapa hari yang lalu Ukhti meluangkan masa untuk melawat blog Ukhti yang ada sedikit habuk kerana lama tidak dibuka, Alhamdulillah.. Ukhti mendapat satu comment dari.. biarlah Ukhti "hamba Allah" didalam post "aku berharga sebanyak..", terima kasih kerana sudi 'berborak" dengan Ukhti dan memberi pandangan serta soalan yang agak "comel" dimata Ukhti.. dan minta maaf kerna terlalu lama untuk Ukhti membalas comment hamba Allah, disebabkan oleh kesibukan yang melanda..



“assalamualaikum.
1st of all, would like to applause all of ur posting here. brilliant.

i have a question. jikalau, ada perempuan yang masih mencari lelaki yang "bercinta selepas bernikah". ada kah masih perempuan diluar sana yang masih menerima lelaki yang "ingin bernikah" tanpa kenalan yang masak??

kita hidup di "modern world", mungkin orang orang dahulu, berkahwin terus tanpa berjumpa bakal kekasih nya, hanya ditemukan melalui ibubapa mereka. tetapi sekarang, kita berjumpa, berkenalan, bersuai kenal, ada yang mengenali sehingga 10 tahun, utk mengenali bakal kekasihnya, ada juga berkenalan melebihi 10 tahun akan tetapi jodoh tak sampai.

persoalan kedua.
ada kah masih perempuan diluar sana yang tidak memilih "pangkat" atau "darjat" atau "higher education" atau "posisi kerja" utk bakal suami nya???

kerana, ada sebahagian nya memilih lelaki/bakal suami yang lebih tinggi dari diri nya sendiri(perempuan).

hujarkan persoalan saya. ingin mengetahui lebih lanjut dari sudut penulis ini.

assalamualaikum.”

Selesai saja Ukhti membaca comment Hamba Allah, Ukhti berasa lega kerana isu yang hamba Allah hujahkan memang sudah ada didalam list perbincangan yang ingin Ukhti tulis didalam blog ini.. namun seringkali Ukhti terlupa, Alhamdulillah.. terima kasih kerana mengingati dan memberi kesempatan untuk Ukhti menulis mengenainya.

Bila bercakap mengenai dengan bercinta selepas bernikah, masing-masing mempunyai perspektif dan pandangan masing-masing.. ada yang berkata “No dating, if suka terus pinang..”, bagi Ukhti, bercakap mengenai hati wanita.. akan selalu timbul persoalan didalam fikiran kami samaada jejaka itu baik untuk kami atau sebaliknya.. bukanlah bermaksud kami jenis yang tidak berpendirian.. tidak, sama seperti Akhi.. kami ingin sekali memilih kepala keluarga yang terbaik untuk kami.. untuk anak-anak kami.. sebagaimana Akhi ingin sekali mendapatkan seorang isteri yang baik untuk Akhi.



Agama Islam bukanlah agama yang menyusahkan umatnya.. kerana itu kita dibolehkan untuk ber ‘ta’aruf’, bermaksud mengenali seseorang itu tanpa melebihi batas yang dihadkan oleh agama.. dan inilah jalan yang Ukhti ingin pilih bila suatu hari nanti Ukhti ditemukan dengan seorang Akhi yang ikhlas untuk mengenali Ukhti lebih dalam sebagai cerita “bercinta selepas bernikah” Ukhti.. memang, lama beteman tidak menjamin jodoh seseorang itu.. Ukhti sendiri sudah merasakannya.. orang-orang yang pernah merasakan, tentu faham rasanya.. kerana pengalaman itu, terkadang kita akan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.. Bagi Ukhti, kita berhak untuk memberi siapa pun dia yang berkenan dihati, masa untuk mengenali isi hati dan budi kita dan kita beri masa untuk kita sendiri untuk mengenal dia dan tunjukkan bahwa kita adalah sebaik-baik lelaki atau wanita untuknya. lelaki mahupun wanita yang kita pilih bukan saja untuk dijadikan pasangan, tapi bestfriend kita.. dan bila bercakap mengenai bestfriend, tidak semestinya cara fikiran adalah sama.bestfriend adalah orang yang terkadang mempunyai cara fikiran yang berlainan tapi mampu mendengar dan menerima fikiran kita.



Mungkin dapat Ukhti katakan, hanya wanita-wanita terpilih yang mungkin akan menerima pinangan Akhi walaupun tidak terlalu mengenali.. tapi Insya Allah, siapapun wanita-wanita tersebut, mereka mungkin wanita-wanita yang dianugerahkan oleh Allah dengan cinta yang terbaik. Sedangkan Ukhti disini, bila Ukhti sudah cukup membahagiakan keluarga Ukhti dan bersedia untuk "settle down" suatu hari nanti, Insya Allah.. Ukhti akan terima cinta yang datang dan menjadikannya halal walaupun hanya sebulan dua mengenalnya, dengan kehendak Allah jua.. Insya Allah..


Adakah masih perempuan diluar sana yang tidak memilih “pangkat” ataupun “posisi kerja” untuk bakal suaminya.. Ukhti faham mengapa Hamba Allah bertanyakan soalan itu.. memang, kerjaya seorang Akhi adalah daya tarikan untuk kami wanita. Bukanlah bererti kami kaum wanita jenis yang materialistik.. ketahuilah, Allah menaikkan kedudukan Akhi sebagai kepala keluarga yang memberi nafkah untuk keluarga.. yang kami harapkan untuk menjadi pelindung dan penjaga.  Ingin Ukhti berkongsi sedikit dengan Hamba Allah mengenai kisah lalu Ukhti ketika masih berteman dengan Akhi yang Ukhti kasihi. Mempunyai latar belakang keluarga berpangkatkan “pengiran” dan dengan menggunakan nama “Dk” dinama depan Ukhti, pangkat memang terkadang menjadi satu isu dikeluarga besar Ukhti apalagi bila menyentuh mengenai jodoh. Alkisah, Akhi Ukhti tersebut tidak mempunyai apa-apa gelaran.. kerana itu, terdengar juga bisikan-bisikan mengenai, jika Ukhti berkahwin dengan Akhi tersebut, maka akan terlucut lah gelaran tersebut dan kemungkinan besar, selepas berkahwin, Ukhti tidak akan lagi boleh menghadiri mana-mana jemputan mahupun santap di-istana.. ada yang berkata, bila kahwin nanti, anak-anak Ukhti pun akan turut kehilangan keistimewaan yang Ukhti nikmati ketika ini.



Ukhti teringat ketika classification ijazah Ukhti keluar, Alhamdulillah.. Ukhti mendapat keputusan yang bagi Ukhti sangat diluar jangkaan, namun untuk Akhi Ukhti mungkin tidak mempunyai rezeki yang sama dengan Ukhti, mendapat setapak rendah dari Ukhti. Kerana itu, banyak suara-suara yang berkata bahwa, Ukhti tidak sebanding dengan Akhi tersebut, ada yang memberi respon dengan mimik muka seolah-olah memberitahu Ukhti bahwa ada jejaka yang mendapat keputusan yang lebih baik dari Akhi Ukhti tersebut, ada yang berkata kemungkinan Ukhti terpaksa menunggu lama untuk dipinang oleh Akhi Ukhti tersebut memandangkan jarak keputusan Ukhti dan Akhi tersebut dan macam-macam lagi. Teringat Ukhti akan kata seorang Akhi yang bertanyakan mengenai latar belakang pendidikan Akhi Ukhti tersebut. Ketika itu Ukhti sedang sibuk membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran keperingkat Master. Bila ditanya samaada Akhi Ukhti tersebut juga turut melanjutkan pelajaran keperingkat master, Ukhti kata “masani inda, Insya Allah mungkin nanti bila ada rezeki”, lalu beliau berkata “inda ngam tu eh, kalau bini saja ambil master, laki inda.. cuba cari yang bermaster jua”, Sedih? Memang.. hati wanita mana yang tidak sedih mendengar kata-kata sebegitu.. apalagi ianya ditujukan kepada lelaki yang sangat disayangi.

Selepas dipertikaikan mengenai pangkat dan juga latar pendidikan, jika Hamba Allah ingin bertanya, adakah Ukhti berubah hati selepas itu? Jawapan Ukhti adalah tidak.. ketika itu, tidak terlintas langsung difikiran Ukhti untuk meninggalkan Akhi Ukhti itu hanya kerana perbezaan-perbezaan tersebut. Seringkali juga Ukhti menangis seorang, bukan kerana menyesal, tapi kerana kasih sayang Uhkti terhadap Akhi tersebut, Ukhti sudah ditahap meng-ikhlaskan jika harus hidup dengan Akhi tersebut dengan gaji yang tidak seberapa, Ukhti sudah ditahap meng-ikhlaskan untuk melepaskan semua keistimewaan kerana Ukhti tahu, rezeki itu ditangan Allah.. Allah yang mengatur setiap rezeki hamba-hambanya, mungkin tidak sekarang, mungkin nanti Allah beri..

Bila Hamba Allah bertanya, adakah masih perempuan diluar sana yang tidak mengukur tinggi pangkat atau posisi kerja.. samalah seperti Ukhti bertanya kepada hamba Allah balik, adakah masih jejaka diluar sana yang tidak mengukur paras muka atau bentuk badan sebagai aspek penting dalam memilih wanita sebagai teman hidupnya? Jika hamba Allah merasa, Ya.. masih ada jejaka diluar sana yang lebih menilai seorang wanita itu dari hatinya berbanding kecantikan luarannya, maka Insya Allah Ukhti dengan yakin akan menjawab, Ya.. masih ada wanita-wanita yang tidak akan mempertikaikan pangkat ataupun posisi kerja Akhi.. Insya Allah, masih ada.. wang ringgit dapat dicari, berpangkat pun tidak dibawa mati, yang dicari adalah kebahagiaan hidup bersama yang disayang..

p/s: I hope you won't be a zombie.. we'll be "resident Evil"!


Cinta,

katijah Sulaiman