Assalammualaikum,
Sepatutnya Ukhti sudah fokus membuat
thesis Ukhti, namun akhirnya lalai juga membaca beberapa blog.. ketika asyik
membaca, tiba-tiba Ukhti terbaca mengenai dengan seorang pakcik dimalaysia yang
sebenarnya, hidup pun sederhana, tapi mempunyai hati yang besar untuk
menyelamatkan binatang-binatang terbiar, termasuklah anjing..
Bila Ukhti melihat video tersebut,
sebak juga hati apa lagi melihat kecomelan binatang-binatang yang diselamatkan,
diberi makan.. rasa seperti mereka ini diberi kehidupan kedua oleh pakcik
tersebut. Ukhti terbaca komen-komen yang dibuat oleh pembaca post mengenai
pakcik ini dan banyak yang mempertikaikan sehingga ketahap berkata bahwa pakcik
ini akan masuk neraka hanya kerna beliau memelihara anjing. Ilmu Ukhti tidaklah
setabal mana untuk bercakap mengenai agama dan Ukhti tahu, anjing adalah salah
satu binatang yang kita tidak digalakkan dalam Islam untuk dipelihara
(perbetulkan Ukhti jika salah).
Namun, bagi Ukhti.. walaupun Islam
tidak mengalakkan.. itu bukan bererti, anjing itu hina mahupun jijik.. mereka
itu juga ciptaan Allah.. sama seperti kucing, mereka ini pun mempunyai perasaan
ingin disayangi, dilindungi.. bagi kita yang beragama islam, walaupun kita tidak
dapat memeliharanya, tapi kita sebagai ciptaan Allah yang paling sempurna
diantara semua, yang diberi akal, hati dan perasaan.. tidak boleh sombong
mahupun angkuh dengan sesuka hati membiarkan ataupun menyakiti
binatang-binatang ini.. sedangkan kita yang sakit, harus mencari ubat.. apalagi
binatang-binatang terbiar ini yang tiada ada arah tuju mahupun tempat untuk
mengadu bila sakit.. terkadang, bila kita tanpa rasa bersalah menyakiti ataupun
membiarkan binatang terbiar ini kelaparan, Ukhti rasa.. itu kerna kita lalai,
lalai dengan kesenangan hidup kita.. kita sebenarnya lupa nikmat yang kita rasa
adalah dari Allah, bila.. Allah ingin ‘mengetuk’, Allah akan mengetuk sehingga
ketahap kita akan menangis disujud kita..
Ukhti harap selepas ini, kita dapat
lebih belajar menyayangi, belajar mengasihani binatang-binatang disekeliling
kita.. bila ada rezeki, bahagikan rezeki kita kepada binatang-binatang itu,
Ukhti ingat pesanan ibu Ukhti.. “kalau ada binatang cari makanan, bagi.. dorang
pun pandai mendoakan tani..”. dan Ukhti selalu percaya, rezeki adalah untuk
dikongsi..
Untuk pakcik yang memelihara
binatang-binatang terbiar diatas, semoga Allah sentiasa melindungi dan memberi rahmat
diatas kelembutan hatinya menjaga dan menanggung semua binatang-binatang
terbiar itu.. apapun dosa yang beliau tanggung untuk membahagiakan
binatang-binatang terbiar itu, Ukhti doakan semoga segala dosa-dosanya yang
lalu diampunkan dan diberikan keluasan didunia dan Akhirat nanti.. Aamiin
Aamiin Ya Rabbal Alamin.. T_T orang macam ini Ukhti panggil hero.. tak perlu
memakai custom iron man, captain America, superman sekali pun.. tak perlu
angkat besi buat muscle dibadan.. cukup melakukan satu perkara kecil tapi mampu
membahagiakan banyak orang.. that’s a hero..
Kepada yang berkata-kata, kadang-kadang
kita perlu lihat dulu.. kebahagiaan apa yang sudah kita berikan.. sejauh mana
hebatnya kita sehingga kita memberi hak kepada diri kita sendiri untuk
mengkritik orang lain..
P/s: Angan-angan mau peluk pandaaaa one day! Aamiin!
Cinta,
Katijah Sulaiman
No comments:
Post a Comment