“you
single wah? banar kah inda ni?”
“Katie,
you’re taken.. right? No??
Katie,
you lunch with your BF? Ah, you’re single?
Itulah
soalan-soalan yang hampir-hampir sama, ditanyakan kepada Ukhti dari sejak Ukhti
mula berkerja.. agak lucu Ukhti rasakan sehingga ketahap, adakah Ukhti ini
tidak layak untuk ‘bersendirian’? hehe.. teringat Ukhti akan seorang Akhi
berbangsa Bangladesh yang berkerja sebagai pembersih di tempat kerja Ukhti tapi
sangat baik orangnya.. beliau dikenali sebagai ‘imam’ dikalangan teman-teman
sebangsanya disebabkan oleh ilmunya mengenai Islam.. dipendekkan cerita, suatu
hari ketika Ukhti sedang membersihkan meja kerja Ukhti, beliau menyapa Ukhti
dengan salam dan bertanyakan Ukhti yang datang agak awal dari biasanya.. beliau
lalu bertanya, “Dk sudah ada kawan?”, pada mulanya Ukhti sangka beliau
bertanyakan jika Ukhti sudah biasa dengan orang-orang dipejabat memandangkan
Ukhti masih baru. Ukhti kata, “ya.. sudah biasa, banyak kawan sudah sini”,
Beliau membetulkan Ukhti dengan berkata, “tidak.. Dk ada kawan laki-laki
sudah?”, mendengar soalan tersebut, Ukhti sempat juga diam dan tersenyum
sendiri.. Ukhti kata, “belum..”, beliau bertanya lagi, “kenapa belum?”, sekali
lagi Ukhti terdiam.. ketika itu Ukhti ingin sekali menjawab soalan tersebut
dengan jawaban yang jujur tanpa harus berdalih-dalih.. Ukhti pun berkata,
“Insya Allah, nanti Allah kasih jodoh.. masani mau bahagiakan keluarga dulu,
kesian ibu bapa..”,
Alhamdulillah,
Ukhti bersyukur sebab orang-orang disekeliling Ukhti selalu membuat Ukhti
merasa masih layak untuk disayangi dan dilindungi.. orang-orang disekeliling
Ukhti selalu membuat Ukhti merasa masih layak untuk menjadi wanita yang mampu
menyayangi dan mengasihi.. Syukur Alhamdulillah, terima kasih.. sebenarnya,
walaupun masih bersendirian.. Ukhti bahagia dengan hidup Ukhti.. sebab Ukhti
belajar untuk menjadi lebih kuat dan independent, mampu untuk mengasihi diri
sendiri sebelum nanti Ukhti mula mengasihi seorang Akhi..
mau Akhi Captain America! ^_^
Bila
mengingat akan soalan Akhi diatas, kenapa belum menpunyai teman.. terkadang
Ukhti bingung bagaimana untuk menjawabnya.. sebab Ukhti tahu itu urusan yang
diatas, urusan Allah untuk memperkenankan urusan jodoh Ukhti.. Ukhti memang
bukan jenis yang lekas untuk jatuh cinta.. dan Ukhti selalu yakin, bila kali
pertama Ukhti jatuh cinta dahulu, Ukhti rasa itu juga kali pertama Allah
memperkenankan hati Ukhti untuk dibuka.. dan sekarang, Ukhti tetap yakin, bila
tiba masanya, Allah akan memperkenankan sekali lagi untuk hati Ukhti dibuka dan
mencintai seseorang.. it’s about timing, sekarang pun sejujurnya, Ukhti merasa
seperti selalu diberi isyarat bahwa “Akhi” itu sudah hampir menemui Ukhti..
Cuma Ukhti belum mengenali siapa.. benar ada orang kata, jodoh takkan datang
tanpa usaha.. mungkin ada yang bertanya, adakah Ukhti sudah cukup berusaha..
jujur, Ukhti tidak begitu berusaha.. tidak begitu berusaha untuk ‘mencari’..
Ukhti Cuma berusaha menjadi yang lebih baik dari kemarin dan hanya meminta
kepadaNYA.. sebab Ukhti tahu Allah sudah menjanjikan “lelaki yang baik adalah
untuk perempuan yang baik..”, Ukhti ingin terus belajar untuk menjadi wanita
yang baik dan hanya Allah yang tahu mana lelaki yang baik untuk Ukhti.. dan DIA
yang mempertemukan pasangan untuk hambanya dengan pelbagai cara sekalipun..
Sebenarnya,
jika difikir-fikirkan, Ukhti mungkin terlalu sibuk untuk berpasangan ketika
ini, hehe.. sekarang sudah faham maksud mencari rezeki sendiri.. yupe, Ukhti
keluar rumah diawal pagi, pulang kerumah ketika hampir masuk waktu maghrib,
disambung dengan kelas tuition samaada dirumah mahupun di sekolah tuition di
batu bersurat.. jadual mencari rezeki Ukhti sebenarnya agak penuh, namun
Alhamdulillah.. rezeki semakin murah walaupun itu bererti semakin banyak juga
waktu Ukhti terpakai.. tapi itu bukanlah menjadi beban untuk Ukhti.. malah ia
mengajar Ukhti agar lebih matang, lebih faham akan maksud berdikari sendiri..
bayar kereta sendiri, beli makanan untuk diri sendiri, beli barang keperluan
Ukhti sendiri dan yang paling penting, menjadi anak yang mampu memberi kepada
ibu bapa, itulah perkara yang paling penting dalam hidup Ukhti.. Insya Allah,
bila kita berusaha, tidak sombong dan selalu meng-ikhlaskan apapun yang
terjadi, Insya Allah.. Allah akan beri yang lebih baik dari sekarang. Sama juga
dengan soal jodoh.. mungkin Ukhti terlalu sibuk untuk memikirkan mengenai
jodoh.. namun dalam masa yang sama, Ukhti yakin.. kematangan diri dan fikiran
lahir dari pengalaman, dari bagaimana kita merasa sendiri susah senangnya hidup
ini.. biarlah Ukhti bersusah dulu mencari rezeki sendiri, mudah-mudahan bila
nanti dipertemukan dengan jodoh.. Ukhti dapat memahami bagaimana susahnya
seorang Akhi berkerja mencari rezeki untuk Ukhti.. mudah-mudahan Ukhti dapat
memahami penat lelahnya nanti.. mungkin sekarang Ukhti sudah faham kenapa seorang isteri yang menyediakan teh / coffee panas untuk suaminya yang baru selesai berkerja.. di-ibaratkan "hadiah sangat berharga",
Lagipun,
Ukhti sudah memasang target bahwa diumur 29 nanti, Ukhti ingin menjadi seorang
wanita yang sudah kukuh berkerjaya, mahu menjadi wanita “anggun” seperti
pensyarah Ukhti di UBD, Dr. Nani.. beliau berumur dalam 40-an, tapi
penampilannya sangat cantik, anggun.. cantik wajah, apalagi senyumannya tapi
baik hati.. Ukhti ingin menjadi seperti beliau.. Dr Nani pernah bercerita
mengenai dengan betapa susahnya hidup beliau ketika masih kecil, apalagi
mempunyai seorang ibu yang agak garang, susahnya beliau ketika sedang belajar
sehinggalah ketahap PHD, namun sekarang beliau menikmati hasil jerih payahnya..
jadi, Ukhti rasa.. jika ingin menjadi seperti beliau, Ukhti haruslah juga merasakan
susah payah hidup.. agar nanti-nanti Ukhti dapat menikmati hasilnya.. kan Allah
itu maha penyayang dan maha adil.. =) mengenai dengan jodoh itu.. suatu hari
nanti, dia akan datang.. lelaki baik itu akan datang.. Insya Allah, Ukhti
percaya =) =) =)
Assalammualaikum,
Cinta,
Katijah Sulaiman
Pilihan adalah di hati, semua nya tergantung atas pilihan, jika memilih utk mempunyai pasangan pada ketika ini, maka terjadi lah, jika tidak, maka tidak lah berlaku. Terdapat pelbagai tanggungjawap dimasa akan datang, selain daripada mempunyai kekasih, harus diingat, ibubapa mertua adalah termasuk daripadanya, apatah lagi jika mempunyai anak, begitu juga mempunyai "anak buah", juga saudara mertua. dimasa akan datang, sudah pasti, tanggungjawap akan bertambah selain daripada commitment kepada kerja, ibubapa, kerja lebih masa, perbelanjaan untuk rumahtangga dan sebagai. diketika itu, "sibuk" adalah sudah menjadi lumrah kehidupan seharian.
ReplyDeleteapabila ukhti terbuka hati untuk seorang akhi, maka bersiap sedia lah untuk menghadapi nya. mungkin kali ini mempunyai pilihan akan tetapi masa akan datang takkan sama. ada yang berkata "i've found the right one at the wrong time" dan "i should have made decision no matter what time it is". tapi tak semua menghadapi nasib begitu, mungkin ada yang berkata semua menghadapi nasib itu, tak tahu awal ataupun akhir.
"Adakah kamu mengaku beriman? sedangkan kamu belum diuji" MasyaAllah, walaupun kita taat menurut perintahNya, masih juga akan diuji, apatah lagi orang2 yang mengingkari perintahNya. bersabarlah untuk menghadapinya.
akan tetapi, mungkin masih dalam pembelajaran (growing up). kita akan belajar setiap hari, dimana sahaja. hanya, bersedialah untuk menghadapinya, ingin mendoakan agar ukhti mempunyai kekasih pilihan seperti terkandung didalam doa. takdir sudah tertulis dan kita akan mengetahuinya, Allah akan menentukan segala nya. dan juga tak terlupa, semoga mendapat rezeki untuk menanggung keluarga untuk kesenangan ahli keluarga. terlihat betapa susah nya usaha ukhti sebelum ini. semoga juga dipermudahkan segala urusan dibidang pekerjaan mahupun pembelajaran.