Assalammualaikum Ukhti ^_^
Alhamdulillah, beberapa hari yang
lalu Ukhti mendapat email dari HOD yang bertanggungjawab dalam menguruskan
thesis master Ukhti dimana beliau memberitahu Ukhti bahwa keputusan grade
thesis akan dikeluarkan awal bulan julai nanti dan Ukhti tidak perlu risau
tentang itu. Setelah berbulan-bulan berkerja keras untuk menyiapkan thesis,
sekarang Ukhti mampu menarik nafas lega.. mungkin tidak sepenuhnya selagi
official grade belum lagi dikeluarkan, namun mungkin sekarang Ukhti dapat mula focus
kepada hal lain terutama sekali dalam mencari pekerjaan tetap, Insya Allah..
hati tetap yakin rezeki itu ada, Cuma menunggu masa lagi.. sekarang orang
sekeliling Ukhti pun mula ‘excited’ bercerita mengenai graduation. Kemungkinan besar,
graduation Ukhti akan berlangsung bulan September nanti, mudahan ketika itu,
rezeki dimurahkan dan dilapangkan masa agar dapat berkongsi kebahagiaan dengan
orang-orang yang selama ini sudah banyak memberi sokongan kepada Ukhti dalam
pembelajaran dan menyiapkan thesis Ukhti, Insya Allah..
Ukhti terjumpa akan satu video yang
dibuat ketika graduation, seperti tahu akan mood Ukhti yang sebenarnya juga excited
hendak graduate. Video itu berkenaan dengan seorang graduan bernama Hamza
Sadique yang diminta untuk memberi ucapan mengenai dengan pengalaman beliau
sepanjang belajar selama 4 tahun di universiti beliau.. hati Ukhti seperti tersentuh
dan ter-inspirasi dengan ucapan yang beliau buat..
“No matter how busy you get, stay in touch with your friends, be
there for them and they will be there for you”
Memang benar yang dikatakan beliau,
terkadang bila kita sudah graduated dan mula fokus ‘membina’ kehidupan baru
selepas selesai belajar, terkadang kita lupa orang-orang yang selama ini bersama
kita berjuang, bersama kita disaat suka dan duka, orang-orang yang selalu
menjadi tempat kite bercurhat.. hanya kerna kita terlalu sibuk menguruskan
kehidupan baru kita. Sebenarnya, ini juga terjadi kepada Ukhti akhir-akhir ini..
terkadang bila sudah terlalu sibuk mencari rezeki, Ukhti terasa seperti tidak
ada masa untuk bertanya khabar akan teman-teman Ukhti, apalagi membuat
temujanji untuk berjumpa. Beberapa hari yang lalu Ukhti bercerita dengan salah
seorang teman baik Ukhti dan dipenghujung cerita, teman Ukhti tersebut berkata “hopefully
we won’t lose contact once you’re married”. Insya Allah.. Teman karib Ukhti juga beberapa
kali menegur Ukhti dalam whatsapp, bertanyakan bila Ukhti free untuk hi-tea
dengan beliau.. terdetik dihati Ukhti, Alhamdulillah.. teman-teman yang selama
ini berjuang dengan Ukhti, masih ingat akan Ukhti dan seharusnya Ukhti lebih
menghargai.
Ukhti yakin ini mungkin teguran lembut dari Allah untuk Ukhti agar
tidak lupa akan silaturahim yang harusnya Ukhti terus eratkan.. Sebenarnya,
memang seperti orang lain, ada beberapa persahabatan Ukhti yang renggang hanya
kerana hal-hal yang sebenarnya kecil.. didalam hati, ingin sekali Ukhti
bertanya khabar kepada mereka, ingin sekali meminta maaf jika hal terdahulu ada
menyakiti hati.. namun yang lebih penting, Ukhti ingin sekali memberitahu
mereka bahwa Ukhti rindu akan sahabat-sahabat Ukhti tersebut.. namun, mungkin
rasa takut Ukhti lebih besar jika dibandingkan dengan keinginan Ukhti untuk
menyapa mereka.. mungkin hanya Allah yang lebih memahami akan isi hati
hamba-hambaNYA.
Insya Allah.. semoga
nanti rezeki dimurahkan dan Ukhti dapat meluangkan masa dengan teman-teman yang
Ukhti kasihi..
Cinta,
Katijah Sulaiman
No comments:
Post a Comment