Assalammunalaikum,
Tiba-tiba saja hati Ukhti rindu untuk menulis, teringat terus akan blog Ukhti ini yang mungkin, kalaulah ia-nya adalah benda, mungkin habuk nya sudah dapat disukat dengan garisan, hehe.. ketika ini Ukhti sebenarnya sedang berkejaran dengan due date thesis Ukhti.. memang sejak dua minggu terakhir ini, Ukhti terpaksa berkorban rehat dan tidur Ukhti hanya untuk menyiapkan thesis Ukhti kerna harus diserahkan minggu ini.. banyak juga yang menegur mata Ukhti yang mungkin lebih hitam dan bulat dari mata panda, tapi tak apa.. cabaran adalah pelajaran terpenting dalam hidup, tanpa cabaran.. kita takkan kenal erti lelah, erti susah.. Ukhti hanya mampu tidur dalam 2 ke 3 jam kerna waktu siang Ukhti berlalu dengan mencari rezeki ditempat kerja Ukhti yang tidak memungkinkan Ukhti untuk fokus membuat thesis Ukhti, jadi waktu malam saja masa yang ada untuk Ukhti berjuang.. mungkin cabaran terberat adalah mungkin kerna Ukhti bukanlah seorang "night" person.. tidak biasa berjaga malam, jadi mencuba untuk "stay awake" memang dugaan yang agak berat, hehe.. tapi alhamdulillah.. setakat ini, Ukhti masih mampu tersenyum diwaktu siang walaupun sebenarnya, keletihan physically dan emotionally mungkin hanya Allah yang lebih tahu..
Baru-baru ini Ukhti mengalami sesuatu yang agak menyedihkan hati dan membuat Ukhti terfikir sendiri mengenainya. Beberapa hari yang lalu, ketika Ukhti sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerja Ukhti, Ukhti menerima satu mesej dari seorang teman lama, memberitahu Ukhti bahwa ibu saudara beliau telah pun pergi kerahmatullah, Al-fatihah.. Ukhti tidak dekat dengan ibu saudara beliau.. namun, Ukhti selalu mendengar akan kebaikan ibu saudara beliau dan bagaimana kasihnya ibu saudara beliau kepada teman Ukhti tersebut, membuatkan Ukhti merasa seperti ingin sekali, pada suatu hari nanti dapat berjumpa dengan Allahyarhumah.. walaupun mungkin hajat itu tidak akan kesampaian.. kerana sedih mendengar berita tersebut, Ukhti terpaksa mengunci diri di tandas untuk beberapa minit dan orang diluar terpaksa bebaris menunggu Ukhti keluar, hehe.. Ukhti belum ada kesempatan untuk bertanya khabar akan teman Ukhti tersebut, tapi Ukhti yakin.. beliau seorang yang kuat, seorang yang tabah..
sepanjang Ukhti berkerja dan harus berkomunikasi dengan pelanggan melalui telefon, Ukhti beberapa kali harus mengalami 'saat-saat sedih' juga. Baru-baru ini, bila Ukhti berbual dengan seorang Pak cik, Ukhti bertanya, jika Ukhti boleh bercakap dengan pelanggan yang namanya tertulis didalam sistem PC, pak cik tersebut memberitahu bahwa pelanggan yang Ukhti sebut namanya itu adalah Isteri beliau dan betanya hajat Ukhti ingin bercakap dengan isteri beliau.. Ukhti pun bercerita panjang lebar dengan Pak cik tersebut.. setelah selesai, Pak cik tersebut pun memberitahu Ukhti bahwa isteri beliau sebenarnya sudah pun meninggal dunia..
sebenarnya, itu bukan kali pertama Ukhti mengalami saat begitu, sudah beberapa kali.. ada yang memberitahu Ukhti bahwa pelanggan yang Ukhti cari adalah ibu mereka dan sudah pun pergi.. terkadang, Ukhti terasa agak bersalah sebab Ukhti takut, disebabkan Ukhti, keluarga yang ditinggalkan terkenang dan rindu akan Allahyarham dan Allahyarhammullah.. namun apa daya Ukhti, memang sudah tugas Ukhti untuk bertanya..
Ukhti terus terfikir.. bagaimana jika hal yang sama berlaku kepada Ukhti.. bila
masa Ukhti sudah sampai dan harus pergi menghadap Sang Illahi.. apa saja harta benda yang Ukhti akan tinggalkan nanti, siapa yang akan Ukhti tinggalkan, siapa yang akan mencari dan ingat akan Ukhti.. siapa yang akan selalu mendoakan Ukhti dan menghadiahkan surah Al-fatihah setiap hari untuk Ukhti.. Bila Ukhti tengok telefon bimbit Ukhti, Ukhti terfikir.. mungkin benda ini akan Ukhti tinggalkan.. mungkin bila Ukhti tidak ada lagi, telefon bimbit ini lah mungkin menjadi kenangan untuk orang-oran yang Ukhti tinggalkan.. semua baju, barang-barang berharga Ukhti.. mungkin nanti hanya akan menjadi kenangan..
kadang-kadang kita lupa, suatu hari nanti kita akan pergi juga..
Cinta,
Katijah Sulaiman
No comments:
Post a Comment