Saturday, November 17, 2012

Cukup hanya Allah tempatku bergantung



Assalammualaikum!! =)

 
Beberapa minggu terakhir ini, Ukhti ada bertemu dengan beberapa teman Ukhti dan kami meluangkan masa untuk berbincang-bincang mengenai kehidupan masing-masing dari kisah pelajaran, mencari kerja, jodoh, perkahwinan dan hal-hal politik yang banyaknya mengeramkan hati, jiwa dan raga.. al-maklumlah, hidup dizaman moden ini, ada saja yang membuatkan kita terasa tidak puas hati walaupun terkadang ianya seperti luahan tidak bersyukur dan lupa akan nikmat yang sudah banyak dianugerahkan oleh Allah S.W.T.. dan selalunya tajuk cerita yang paling Ukhti gemari ialah mengenai hiking dan apa saja sukan luar yang sepertinya sudah menjadi ‘passion’ Ukhti.. panjanglah cerita Ukhti bila saja teman Ukhti membuka cerita mengenai bukit shahbandar dan tasek lama dan ianya selalu berakhir dengan “lakastah tane hiking!”, hehe.. Alhamdulillah.. Ukhti bersyukur sebab, kegiatan hiking Ukhti yang pada asalnya Ukhti buat hanya untuk menyehatkan diri sendiri, sekarang sudah banyak memberi inspirasi kepada orang lain untuk ikut naik bukit bersama Ukhti.. Alhamdulillah, mudahan akan lebih banyak lagi yang ingin mencuba.. kalau Ukhti mampu, Insya Allah, Ukhti-Ukhti yang lain juga mampu..

Soalan yang selalu ditanyakan kepada Ukhti adalah, “you hiking sorang kah?”, “ke tasek / Shahbandar sorangkah?”, seperti beribu kali sudah soalan tersebut ditanyakan sehinggakan Ukhti hanya mampu mengangguk dan mengatakan ‘yes..’ kepada soalan tersebut.. sebenarnya Ukhti bukanlah seberani yang difikirkan.. orang-orang yang sangat mengenal Ukhti tahu betapa penakutnya Ukhti terutama sekali bab-bab terjumpa cicak.. *pengsan*. 
 
Begini.. pernah satu masa dulu, Ukhti berasa seperti sangat terpuruk, sangat sedih, sangat tak tentu arah.. sangat-sangat lah ceritanya.. dan pada ketika itu, Ukhti ada terdengar perbualan seseorang yang berulangkali berkata “hasbi Allahu Wa Ne’mal Wakil”, Ukhti yang pada ketika itu hanya sekadar mendengar, tiba-tiba terfikir mengenai perkataan tersebut.. Ukhti mulanya tidak mengetahui apa sebenar maksud ayat tersebut.. namun, bila Ukhti sebut ayat tersebut, Ukhti terasa seperti ada ketenangan didalam hati Ukhti.. mungkin kerna terlalu curious, Ukhti mengambil keputusan untuk mengoogle ayat tersebut dan akhirnya Ukhti faham, kenapa Ukhti tiba-tiba merasa tenang bila menyebutnya.. “Cukup hanya Allah tempatku bergantung”..

Bila Ukhti fikirkan balik, mungkin kesedihan yang Ukhti rasakan ketika itu, disebabkan oleh ‘over-reliance’ Ukhti kepada orang-orang disekeliling Ukhti terutama sekali orang-orang yang Ukhti kasihi.. Ukhti terus sedar bahwa, Ukhti mengantungkan sendiri kebahagiaan Ukhti kepada orang lain dan berharap mereka akan membawa kebahagiaan tersebut kepada Ukhti bila saja Ukhti menginginkan.. itulah mungkin kedukaan Ukhti yang sebenarnya.. Ukhti lupa bahwa orang-orang disekeliling Ukhti juga hamba Allah, pinjaman dari Allah yang bila-bila masa dapat diambil.. dan jika mereka diambil, maka akan hilanglah satu kebahagiaan Ukhti.. Bila Ukhti baca balik ayat tersebut, Ukhti sedar, mungkin itu adalah usapan lembut dari Allah S.W.T untuk mengingatkan Ukhti bahwa, orang-orang disekeliling Ukhti adalah kebahagiaan berupa ‘anugerah’, namun yang memberi kebahagiaan sebenarnya adalah dari Allah..  Dia yang memberi kebahagiaan, kemudahan dan kelapangan.. tidak lama untuk Ukhti cuba memahami ayat tersebut, Ukhti cuba belajar untuk bergantung diri kepada Allah.. dan lama kelamaan Ukhti rasa, bukan saja Ukhti belajar untuk bergantung kepadaNYA, Ukhti juga belajar untuk meng-ikhlaskan sesuatu yang tidak bertepatan dengan keinginan Ukhti dan bila saja ada sesuatu terjadi yang menyedihkan ataupun menyakitkan hati, perlahan-lahan Ukhti belajar untuk berkata, ‘Ya Allah.. hanya engkau yang lebih mengetahui..”. Mungkin ini lah sebab kenapa Ukhti tidak lagi berasa janggal bila harus berseorangan.. kerana Ukhti ada Allah.. Dialah tempat Ukhti bergantung.. tempat Ukhti berlindung.. 



Namun, Ukhti tidak menafikan, sekuat-kuat manusia, ada juga sisi lemahnya.. even superman falls to his knees, even US, ‘the most powerful nation in the world’ as claimed by Obama sekarang sudah dikalahkan oleh Israel.. apalagi kita manusia, sebab itu Allah takdirkan hamba-hambanya berpasangan.. untuk saling melindungi dan menjaga.. Insya Allah, mungkin sekuat-kuat Ukhti, Allah akan hantarkan seseorang untuk terus membuatkan Ukhti semakin kuat.. Ukhti yakin itu.. Ukhti ingat akan pesan seseorang, “jangan terlalu sombong dengan kelebihan diri sendiri sehingga berfikiran bahwa kita hanya berhak untuk orang yang hebat, kerana Allah tidak akan membiarkan orang yang sombong mendapat yang lebih baik dari orang yang rendah diri seperti halnya kisah Firaun..”. 





Love,

Tuesday, October 30, 2012

Ooohh Imam~


Assalammualaikum Ukhti =)

Mula-mula, Ukhti disini ingin memohon maaf kerana sudah terlalu lama tidak menupdate blog ini, bukan melupai.. tapi Ukhti ketika ini sedang sibuk.. sangat sibuk menyiapkan dissertation Ukhti yang Insya Allah akan diserahkan dipenghujung bulan November nanti.. dan juga, Ukhti dipilih untuk membuat pembentangan di conference nanti pada bulan December yang juga akan dihadiri oleh pelajar dan pensyarah dari luar negara.. semangat tapi takut juga.. hehe.. Insya Allah, Ukhti akan update mengenai ini lagi..

Terbuka hati Ukhti hari ini untuk menulis kerana sesuatu yang ukhti alami pada hari kelmarin yang memberi ukhti satu pengetahuan baru dan Ukhti ingin sekali berkongsi dengan Ukhti-Ukhti yang sedang membaca.. Kelmarin, Ukhti menghabiskan masa membuat kajian di library UBD.. dari menyeludup makanan secara sembunyi kedalam library hingga ketahap, computer disana crash kerana Ukhti, memang macam-macam berlaku, hehe.. kedengaran azan Asar, Ukhti mengambil keputusan untuk singgah ke masjid UBD sebelum pulang kerumah.. seperti biasa, mengambil wudhu dan masuk kebilik solat jemaah wanita.. ketika sedang Ukhti memakai telekung, datang seorang Ukhti yang kebetulan baru datang sama dengan Ukhti, menegur dan berkata, “Mau sembahyang berjemaah?”, Ukhti terhenti seketika memikirkan selama ini Ukhti tidak pernah ‘solat berjemaah’ ber-imamkan wanita.. namun mungkin itu peluang yang diberikan Allah agar Ukhti mula belajar mengenai itu, Ukhti pun kata ‘ok!’, sedang Ukhti menuju ketempat solat, Ukhti tersebut berkata lagi, “kita jadi imam lah..” terhenti sekali lagi Ukhti ketika itu.. hehe.. bukan apa, itu hal baru bagi Ukhti dan tiba-tiba diminta untuk menjadi Imam.. agak bingung jugak.. Ukhti pun berterus terang bahwa Ukhti tidak pernah melakukan solat jemaah berimamkan wanita dan itu adalah kali pertama dan Alhamdulillah, Ukhti tersebut faham dan kata, “its ok.. let me jadi imam today, ok?” dan beliau mengajar Ukhti akan cara-cara dan adab berjemaah untuk wanita.. Alhamdulillah, itulah kali pertama Ukhti solat jemaah berimamkan wanita..



Ukhti terus membuat research mengenainya dan Alhamdulillah mendapat ilmu yang baik.. *walaupun sebenarnya Ukhti lebih suka tengok Akhi-akhi jadi imam, hehe* mengikut hadith, Aisyah juga pernah menjadi Imam untuk jemaah wanita ketika dulu.

Beberapa hal yang harus diketahui bila solat berjemaah berimamkan wanita:

1)    Imam wanita tidak perlu membaca dengan nyaring.. cukup setakat ‘Allahu Akbar’ saja agar mudah didengar oleh jemaah wanita yang lain

2)    Imam wanita tidak perlu berdiri didepan jemaah wanita.. hanya perlu berdiri didalam safnya saja (satu baris) beridiri ditengah jika ramai.

3)    Wanita boleh menjadi imam untuk jemaah wanita sahaja

Sebenarnya terdapat berbalahan mazhab mengenai wanita menjadi imam ini jika Ukhti-Ukhti membaca website dibawah

 
Dan Ukhti setuju dengan kata ustaz tersebut, mungkin lebih baik jika yang menjadi Imam untuk kita wanita itu adalah seorang Akhi.. kerana memang sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjadi Imam keluarga.. Allah lebih mengetahui.. Allahu Aklam..





Friday, August 24, 2012

Appreciate your loved ones


Assalammualaikum..







A simple quote tapi mempunyai mesej yang sangat dalam ertinya.. kadang-kadang kita terlalu fokus menjalankan hidup kita sehinggakan terkadang kita lupa orang-orang yang menyayangi kita, yang selalu khuatir dengan keadaan kita, yang terkadang menangis kerna rindu akan kita.. lucu tapi sebenarnya kita semua pernah mengalaminya.. terkadang kita rasa terganggu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh orang-orang tersebut sehingga ketahap kita tidak memperdulikan mereka, terkadang kita rasa keputusan yang kita buat adalah lebih baik..

sepanjang hidup Ukhti, Ukhti baru tersedar.. antara banyak-banyak orang terdekat Ukhti yang sudah pun dijemput illahi, mereka adalah orang-orang yang bagi Ukhti mempunyai hati yang penuh dengan kasih sayang, yang sepanjang hidup mereka, penuh dengan kesabaran, dicintai orang disekeliling terutama sekali ibu bapa mereka dan cinta mereka kepada Allah.. dan mereka itulah yang sangat awal diambil oleh Allah S.W.T.. benarlah yang Ukhti selalu dengar.. hanya yang terbaik yang selalu dijemput awal oleh sang Illahi.. 



Memang sebagai manusia, kita tidak akan pernah lepas dari kesalahan.. akan selalu ada kekesalan hati, akan selalu ada rasa kekecewaan dan kemarahan.. tapi itu mungkin juga ujian dari Allah untuk kita.. bukan untuk menyalahkan tapi belajar untuk diri sendiri agar lebih sabar dan menjadi lebih baik agar kemarahan dan kekecewaan itu dapat ditukar menjadi sesuatu yang indah.. Ajal dan maut ada ditangan Allah S.W.T.. mungkin hari ini kita bergurau senda dengan mereka, mungkin besuk kita akan mendengar berita kepergian mereka.. itu adalah pasti.. kita mungkin tidak akan mampu menghalang.. namun kita dapat melakukan satu perkara.. iaitu menghargai.. 

walau apapun yang terjadi, jadilah orang yang tahu menghargai.. supaya nanti suatu hari, bila kita harus kehilangan orang yang selama ini menyayangi kita tanpa kita sedari.. kita tahu kita sudah sangat menghargai mereka… sebab tidak semua orang akan menyayangi kita.. Bila kita tahu ada yang sangat menyayangi kita, itu anugerah dari Allah.. tak kira samaada itu ibu bapa, keluarga, teman-teman.. bukan kerana kita baik atau tampan atau cantik, atau kaya.. itu kerana ianya anugerah dari Allah dan bila-bila masa Allah boleh ambil anugerah itu.. jadi, hargailah..

Al-Fatihah..


 
 p/s: wish me luck for tomorrow's test! =D


Assalammualaikum..=)



Wednesday, August 22, 2012

Indahnyee Raya!


Assalammualaikum!



Tak terasa hari ini sudah masuk raya ke 4.. Ukhti rasa masa agak cepat berlalu.. sekarang benda-benda yang awalnya Ukhti simpan ketepi ketika bulan puasa dan Syawal, sekarang sudah mula Ukhti fikirkan, terutama sekali hal ehwal Dissertation Ukhti T_T sekali lagi, masa seperti sungguh cepat berlalu sehinggakan tidak terasa tinggal sebulan lagi masa yang tinggal untuk Ukhti menyiapkan Draft pertama Dissertation Ukhti.. Benarlah kata senior-senior Ukhti, “inda sanang mengambil Master ani” tapi Ukhti yakin, bila Ukhti sudah ditakdirkan untuk mengambil Master tersebut, itu bererti Allah mempercayai kemampuan Ukhti untuk melaksanakan.. Insya Allah, mesti semangat! Ukhti memilih untuk membuat kajian mengenai humanitarian crisis yang ketika ini berlaku di Burma / Myanmar, Southern Philippines dan Aceh sebagai tiga case studies pilihan Ukhti, Kenapa? Nantilah Ukhti bercerita mengenainya, hehe.. Insya Allah bila dissertation Ukhti sudah Berjaya disiapkan dan mampu Ukhti bangga dengannya, Insya Allah.. Mungkin di post berikutnya.. =)

Ukhti ingin bercerita mengenai sambutan raya pertama dan kedua Ukhti yang Ukhti rasa agak menarik untuk dikongsikan bersama dengan Ukhti-Ukhti dan Akhi. Ada beberapa hal terjadi ketika itu yang membuatkan Ukhti dapat terus belajar untuk terus bersabar, bersyukur dan membezakan apa yang dituntut oleh Sang pencipta dan mana yang sekadar menjadi peraturan manusia.

Masuk saja bulan syawal, Ukhti sudah berjanji untuk istiqomah menjalankan kewajiban lima waktu walau dimanapun ketika itu Ukhti dan keluarga sedang beraya, Solat tetap solatkan walaupun Bulan Ramadhan sudah meninggalkan kita.. namun mungkin semua Ukhti pun tahu, salah satu dugaan yang harus dilalui Ukhti bila ingin melakukan solat ketika beraya, berbanding Akhi-Akhi..adalah kita harus terlebih dahulu menghapuskan segala make-up yang ada di wajah kita sebelum mengambil wudhu.. Mahu tak mahu, Ukhti pun harus merasakan itu.. dengan masa yang Ukhti luangkan untuk bermake-up sebelum berjalan, lalu harus dihapuskan untuk solat.. memang terkadang membuatkan Ukhti berfikir, mungkin inilah dugaan yang harus Ukhti-Ukhti tempuhi.. namun, Ukhti selalu bercakap kepada diri sendiri, jangan ‘mencomplicate’ kan sesuatu bila sebenarnya ada jalan keluar untuknya.. jadi Ukhti membeli tisu untuk membersihkan make-up secara express brand Nivea.. wallaaa~ hehe.. 




Pada Raya pertama, ketika Ukhti ingin melakukan solat Zohor dirumah ditempat ukhti beraya, Ukhti terlebih dahulu membersihkan wajah dari eye-liner dan mascara.. dan ketika itulah, datang seorang Ukhti lalu menegur Ukhti disini yang sudah kusyuk dengan tisu basah yang agak harum dicium.. lalu beliau pun berkata, “sayang jua make-up dilap”, Ukhti lalu berkata, “awu, kan berwudhu..takut inda masuk air”, lalu dengan tegas, Ukhti tersebut berkata, “eh, nada papa tu eh, kalau banyak inda dapat, payah tu hidup”, terdiam sejenak Ukhti ketika itu.. Ukhti hanya mampu membalas dengan senyuman.. dan terus mengerjakan solat. Pada hari kedua, seperti biasa, Ukhti harus membersihkan wajah sebelum mengerjakan solat dan sekali lagi ditegur oleh seorang lagi Ukhti mengenai make-up yang Ukhti hapuskan dan juga baju kurung Ukhti yang sedikit basah selepas berwudhu.. banyak teguran Ukhti dapat ketika itu, namun yang sangat Ukhti syukuri, Ukhti hanya mampu tersenyum dan berkata ‘awu..’ tanpa harus bertelingkah membalas hujahan mereka.. mungkin, Allah biarkan Ukhti menghadapi situasi sebegitu agar dapat belajar untuk bersabar, tersenyum dan lebih menerima.. sebenarnya, Ukhti tidak tahu apa nak dijawab kerana Ukhti hanya tahu, sebelum solat, segalanya harus bersih.. make up, kotoran ditangan atau dimana-mana yang menghalang air untuk masuk.. itulah yang Ukhti fahami,



“Allah tidak menerima solat tanpa bersuci (berwudhu’)”. (H/R Muslim, 1/60)

Dan juga, Pada hari raya pertama, teman baik Ukhti yang berbangsa cina, membawa Ukhti untuk menemaninya beraya kerumah teman-temannya yang berbangsa islam.. tidak ingin menghampakan, Ukhti pun menemani beliau.. kebanyakan teman-teman beliau terdiri daripada Akhi-Akhi dan disinilah cabaran sebenar Ukhti.. Raya tahun ini, Ukhti sudah istiqomah untuk tidak akan bersentuh tangan dengan mana-mana Akhi yang tiada talian darah dengan Ukhti.. Mulanya, Ukhti berfikir.. senang saja.. namun hakikatnya tidak.. sekarang, bila tiba hari raya.. salam dan berjabat tangan adalah tanda sapaan, tidak kira lelaki atau wanita.. bila sampai saja di rumah pertama, Ukhti dan teman Ukhti disapa oleh seorang Akhi.. beliau bersalaman dengan teman Ukhti dan bila Akhi tersebut menghulurkan tangannya kepada Ukhti untuk bersalaman, Ukhti tersenyum dan menungkupkan tangan Ukhti sebagai tanda cukuplah sekadar ‘Assalammualaikum’ sebagai tanda sapaan,



pada mulanya, Akhi tersebut nampak bingung namun pada akhirnya beliau dengan wajah yang sedikit ‘bengang’ *hehe*, berkata “oh, can not.. can not..”, pada rumah yang kedua, hal yang sama turut berlaku, namun reaksi Akhi tersebut berbeza dari Akhi yang pertama, jika yang pertama lebih ‘memahami’, yang kedua dengan terangan berkata, “eh, inda dapat.. fine.. ambong..” dengan suara  berjenakanya.. Ukhti hanya tersenyum saja.. dan begitulah seterusnya..


Memandangkan situasi-situasi diatas yang harus Ukhti lalui, Ukhti baru sedar.. bukan mudah untuk cuba istiqomah dalam menjalankan apa yang diperintahkan.. melaksanakan solat.. tidak bersalaman dengan mana-mana Akhi.. kerana sesetengah kita sudah biasa ‘meringan’kan apa yang di arahkan.. sehingga ketahap membuat andaian bahwa its ok to do this and that, Allah will understand.. termasuklah Ukhti sendiri.. kadang-kadang bila hati sudah ikhlas ingin menjalankannya, selalu akan ada dugaan yang datang, samaada dari orang sekeliling mahupun keadaan.. tapi Ukhti yakin, setiap kesabaran akan dibalas dengan hikmah yang terbaik.. hari raya ke-tiga, Ukhti mengambil keputusan untuk tidak menggunakan make-up, hanya lipstick saja dan dengan senang, Ukhti dapat menunaikan solat tanpa harus memikirkan membersih wajah.. memang jauh bezanya wajah bila menggunakan make-up dengan yang tidak.. namun, Ukhti rasa tidak kisahlah jika itu bererti Allah redha dengan keputusan yang Ukhti buat.. tak apa jika ada yang merasa Ukhti tidak cantik tanpa make-up.. jika itu bererti, Ukhti dapat sujud dihadapanNYA.. Memang banyak hikmah yang Ukhti rasakan.. bila yang lain masih beralaskan make-up dari pagi kemalam, Ukhti rasa wajah Ukhti jauh lebih ‘fresh’ dan selesa setiap kali mengambil wudhu dan solat.. bila letih, wudhu dan solat itu ibarat ‘charger’ untuk Ukhti.. lebih bersemangat dan lebih ‘lapar’, hehe.. bila Ukhti berniat untuk tidak bersentuh tangan dengan mana-mana Akhi.. Ukhti rasa lebih terlindungi, Ukhti rasa lebih yakin sebab Ukhti mampu menjadi tegas dengan keputusan Ukhti sendiri jika dibandingkan dengan dulu.. dan Ukhti rasa bahagia sebab dapat melindungi satu lagi hak bakal pendamping hidup Ukhti.. Alhamdulillah.. memang betul, tiada apa yang diarahkan oleh Allah S.W.T yang tidak baik untuk kita.. semuanya baik, Cuma kita tidak mengetahuinya.. Ukhti rasa Raya tahun ini sungguh indah, lebih meaningful.. bila ditahun-tahun lepas, Ukhti menghabiskan masa dengan makan-makan.. tahun ini, Ukhti mampu membuat sesuatu yang lebih lain.. lebih di ingati.. yang lebih baik =)

I really love the video below.. mereka berbincang mengenai bagaimana usaha mereka untuk terus menegakan hukum Allah yang tidak membolehkan Ukhti dan Akhi dari bersentuhan mahupun bersalaman.. agak lucu juga mendengar cerita mereka, Alhamdulillah, bukan Ukhti saja yang harus melalui pengalaman berkata 'Nda', hehe.. Alhamdulillah! I think we can be good friends!





Apa yang lebih istimewa pada raya tahun ini adalah bila Ukhti terus dihujani dengan pertanyaan mengenai jodoh.. Alhamdulillah, hati Ukhti terasa lebih ringan dan Ikhlas untuk membalas setiap pertanyaan dengan, “Insya Allah.. nanti Allah bagi jodoh”, dan selalunya di-ikuti dengan Do’a agar cepat dipertemukan jodoh.. aamiin, Insya Allah.. pada hari Ukhti dilihat didampingi oleh seorang Akhi.. Akhi itu adalah suami Ukhti.. pendamping hidup Ukhti.. pelindung Ukhti yang sah, Insya Allah.. 









Dear Bakal Pendamping hidup Ukhti, Bakal Imam Ukhti.. dimana pun Akhi.. 

Jaga Diri baik-baik.. Insya Allah, satu hari nanti, bila Allah sudah meredhaikan.. Kita akan berjumpa dan Ukhti akan jaga Akhi baik-baik, Insya Allah.. =) 







Assalammualaikum~