Assalammualaikum,
Ketika
menghabiskan masa membaca mengenai Solat Tahajjud, Ukhti terlihat satu link
yang bertajuk “Solat sunat Dhuha”. Selalunya Ukhti melihat perkataan ‘Dhuha’
hanya didalam kalendar Islam dan Ukhti tidak begitu mengetahui apa keperluannya
sehingga ia tertulis disana. Ukhti pun masuk ke laman web Solat Dhuha itu dan
Alhamdulillah, Ukhti mendapat ilmu baru mengenainya.
Solat
Dhuha rupanya adalah solat sunat yang boleh dilakukan diwaktu pagi, kira-kira
beberapa minit selepas solat Subuh atau mengikut hujahan beberapa ustaz,
bolehlah dilakukan selepas pukul 8 pagi dan penutupnya pukul 11 pagi. Mungkin
Solat Dhuha lebih senang untuk dikerjakan kerana ia dilakukan ketika sudah pagi
dan bagi anak-anak dara seperti Ukhti ini, Solat dhuha boleh dijadikan aktiviti
pagi supaya dapat awal bangun =) Jadi sekarang, Ukhti sudah faham bahwa susunan
solat adalah dari solat Tahajjud (yang dilakukan sebelum azan subuh), lepas itu
kita ada solat subuh, dan paginya kita ada solat Dhuha, cantik kan? Anggaplah
Solat Dhuha itu sebagai aktiviti pagi kita seperti kita bangun pagi kerana
berjanji dengan teman-teman untuk pergi
jogging atau hiking atau bersarapan pagi bersama.
Apa
yang menarik hati Ukhti bila berbincang mengenai Solat Dhuha ini adalah Do’a
solat Dhuha yang bagi Ukhti tersangatlah cantik. Do’a nya menyatakan mengenai
bagaimana rezeki, kecantikan, keindahan dan kekuatan yang selama ini ingin kita
capai dan perolehi, datangnya dari Allah S.W.T dan dariNYA lah kita meminta.
Kita hanya perlu istiqomah dalam mengerjakannya. Tidak dinafikan, tidak mudah
tapi Ukhti yakin, jika disertakan dengan niat yang ikhlas ingin menjadi lebih
baik, Insya Allah.. semua boleh buat.. Insya Allah!
Assalammualaikum!
No comments:
Post a Comment