Sunday, June 23, 2013

"Seperti Sudah Menemukannya"


Assalammualaikum Ukhti <3

Waaa.. tak terasa, sungguh lama Ukhti disini tidak menulis didalam blog ini, namun Alhamdulillah.. Ukhti bahagia, walaupun Ukhti kurang meng-update blog ini, masih ada yang datang kepada Ukhti, bertanyakan bila Ukhti akan mula menulis lagi.. Alhamdulillah juga sebab ada yang sudi untuk terus memberi comment di dalam blog Ukhti ini, Alhamdulillah.. terima kasih =D

Minta maaf, ketika ini Ukhti sangat sibuk dengan pekerjaan-pekerjaan Ukhti, ditambah lagi sekarang Ukhti seperti sudah menemui kebahagiaan didalam hidup Ukhti =) Bagi Ukhti-Ukhti dan Akhi yang sentiasa bersama Ukhti didalam blog ini, mungkin sudah lama mengetahui bagaimana Ukhti sangat berjuang untuk bangkit semula setelah melalui ‘zaman kejatuhan’. Bagaimana ketika masa menjalankan waktu-waktu terpuruk dulu, Ukhti berkongsi perasaan didalam blog ini, bagaimana sedih dan susahnya Ukhti ketika itu.. namun, seperti apa yang Uhkti pernah tulis dan masih terus percaya.. Do’a adalah senjata kepada segalanya yang ada didunia ini.. cepat atau lambat, apa yang kita harapkan dari doa kita, tetap akan dijawap. Begitu juga harapan Ukhti ketika itu.. tidak pernah sekali pun Ukhti berhenti berdoa untuk ditemukan dengan seseorang yang mampu merubah hidup Ukhti menjadi lebih baik, yang mampu mengubat kesedihan yang Ukhti rasakan ketika itu.
 

Alhamdulillah, Ukhti seperti sudah menemuikannya.. seorang Akhi yang, bila Ukhti memandang wajahnya, timbul rasa ketenangan didalam hati Ukhti. Teringat Ukhti akan salah satu doa Ukhti dahulu, bila Allah ingin menemukan Ukhti dengan seorang yang berhak untuk menjadi jodoh Ukhti, berikanlah Ukhti tanda iaitu ketenangan didalam hati Ukhti, Alhamdulillah.. Ukhti merasakannya ketika ini.. maha besar kekuasaan Allah.. kebahagiaan yang Ukhti rasakan ketika ini, Ukhti rasa adalah satu bukti bahwa Allah sentiasa mendengar doa-doa hambaNYA, sentiasa memberi kebahagiaan setelah lama bersabar.
 
 

Yang istimewanya, Ukhti sekarang lebih mudah untuk menerima Akhi tersebut (kita kasih nama “mr.Hero”, hehe..) apa adanya.. jika akhi yang terdahulu, Ukhti selalu sering terasa seperti ada yang tidak nyaman dihati, tapi sekarang Ukhti seperti selalu bahagia dengan apa saja yang dilakukan dan ditunjukkan oleh Akhi mr.hero itu, sepertinya Ukhti tidak perlu meminta Akhi mr.hero itu untuk melakukan apa-apa kerana sepertinya Akhi seperti sudah tahu apa yang Ukhti harapkan, membuatkan hati Ukhti merasa semakin yakin.
 
 

Namun, yang paling membahagiakan.. ialah..hehehe, mungkin nanti saja Ukhti cerita kan bahagian yang paling membahagiakan itu yea.. mungkin terlalu awal untuk Ukhti mengatakan bahwa dialah jodoh Ukhti, kerana setiap perkara adalah diatas kehendak Allah jua, ketika ini, Ukhti seperti diberi semangat baru untuk terus berusaha mendapatkan rezeki, untuk segera mendapatkan pekerjaan yang tetap dan sangat stabil agar dapat juga segera Ukhti berbakti kepada ibu bapa Ukhti, membahagiakan mereka, aamiin aamiin, tiada tempat untuk meminta selain kepadaNYA.. dan Ukhti harap, Ukhti dapat memberikan ibu bapa Ukhti, seorang menantu lelaki yang juga mampu membahagiakan mereka, aamiin =)

apa yang penting,Ukhti mengharapkan doa agar dimurahkan rezeki dan dilancarkan segala hajat dihati.. mudahan kali ini, Ukhti tidak perlu menunggu lama untuk dijadikan sebagai yang halal untuknya..
 
 
 
 
Cinta,
Katijah Sulaiman

4 comments:

  1. mungkin tidak perlu terlalu excited tentang bertemunya dengan lelaki tersebut.nampak seperti desparate nak kahwin.wahai ukhti,berserdahanalah dalam berkongsi perasaan,istiqamah lah.tidak perlu diceritakan hubungan yang belum tentu dan belum sah.

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum,

    pertama sekali, terima kasih atas peringatannya.. Ukhti terima dengan hati yang Ikhlas.. mungkin betul kata tuan hamba, tidak perlu di ceritakan hubungan yang belum tentu dan belum sah.. cuma, ketika Ukhti menulis post di atas, Ukhti cuma ingin berkongsi beberapa hal yang mungkin tidak penting bagi tuan hamba, tapi mungkin bermakna bagi yang lain.. kerana sebelum Ukhti mengambil keputusan untuk membuat post di atas, Ukhti sempat bercerita mengenai ini dengan beberapa teman Ukhti yang juga melalui kisah yang sama dengan Ukhti namun mungkin kali ini, Ukhti terlebih dahulu mempunyai cerita yang indah untuk dikongsi kan..

    mungkin cara penulisan Ukhti agak salah dimata tuan hamba sehingga membuatkan tuan hamba menjadi tidak selesa membaca nya, minta maaf.. Ukhti cuma ingin menyampaikan.. setiap kesedihan dan kesusahan yang disertai dengan sabar.. Insya Allah, Allah akan ganti dengan kebahagiaan.. hati Ukhti yang terdahulu nya sempat sedih, sekarang merasakan kebahagiaan dan kebahagiaan itu tidak akan datang tanpa izinNYA jua.. Ukhti tahu beberapa orang yang masih merasa apa yang terdahulu Ukhti rasakan, jadi post Ukhti di atas adalah ibarat sokongan dan pembuktian yang suatu hari nanti, mereka juga akan menemukan kebahagiaan..

    minta maaf jika post Ukhti kali ini seperti menunjukkan kelemahan Ukhti, seperti yang tuan hamba katakan, 'desperate nak kahwin', sejujurnya, tidak terfikir dibenak hati Ukhti untuk berfikiran sebegitu.. semoga ini tidak menjadi fitnah.. namun Tuan hamba, bila kita sudah merasa yakin akan pilihan kita, adakah salah untuk memasang niat untuk mengikat hubungan yang halal dan di redhai Allah? kerna Ukhti juga takut akan dosa.. sebab Ukhti berkongsi adalah agar yang membaca, dapat memberi doa untuk Ukhti, agar kali ini segala yang Ukhti harapkan, diperlancarkan oleh Allah..

    Ukhti juga mengambil keputusan untuk berkongsi kerana Ukhti tahu bagaimana Ukhti menjalankannya.. pernah Ukhti terbaca, islam tidak pernah melarang umatnya untuk berkasih sayang, yang penting bagaimana mereka menjalankannya.. Ukhti ada menulis mengenai bahagian yang membahagiakan diatas.. sebenarnya, Ukhti sedang menuju kearah hubungan yang halal di mata Allah..

    sekali lagi, minta maaf diatas kelantangan Ukhti bercerita.. mungkin Ukhti terlalu terbuka dalam menulis, kerana UKhti fikir setiap cerita mempunyai hikmahnya.. sekali lagi minta maaf.. Insya Allah, Ukhti akan remove post ini sesegera mungkin agar tiada lagi yang tersinggung mahupun tidak selesa.


    Katijah Sulaiman

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam Ukhti,

    Hehehe ternyata awak seorang yang sangat berfikiran terbuka dalam menerima teguran.Sebenarnya niat saya cumalah hendak menduga reaksi ukhti dalam menerima kritikan daripada pembaca.Saya difahamkan dari membaca blog ukhti yang ukhti sekarang sedang menyiapkan thesis.Jadi mungkin ada baiknya saya menduga bagaimana ukhti menerima kritikan tentang penulisan ukhti seperti yang akan dialami oleh sesiapun yang sedang menulis thesis.

    Maafkan saya jika kata-kata saya dahulu terlampau 'pedas' untuk ukhti terima.Tapi itulah apa yang sejujurnya saya rasakan apabila membaca entry ukhti itu.Bagaimanapun itu semua hak ukhti untuk berkongsi kegembiraan.Saya doakan ukhti akan sampai jodoh menjadi halal bagi pilihan hati ukhti.Sekali lagi saya memohon ampun dan maaf tentang kekasaran saya terhadap ukhti.Harap ukhti dapat memaafkan saya :)

    ReplyDelete
  4. Satu lagi,

    Jangan berhenti menulis dan berdakwah melaluinya, kerana ianya pahala saham untuk penulisnya :)

    Akan sentiasa menunggu penulisan ukhti yang seterusnya.

    ReplyDelete