Sunday, June 30, 2013

"Stay in touch"



Assalammualaikum Ukhti ^_^

Alhamdulillah, beberapa hari yang lalu Ukhti mendapat email dari HOD yang bertanggungjawab dalam menguruskan thesis master Ukhti dimana beliau memberitahu Ukhti bahwa keputusan grade thesis akan dikeluarkan awal bulan julai nanti dan Ukhti tidak perlu risau tentang itu. Setelah berbulan-bulan berkerja keras untuk menyiapkan thesis, sekarang Ukhti mampu menarik nafas lega.. mungkin tidak sepenuhnya selagi official grade belum lagi dikeluarkan, namun mungkin sekarang Ukhti dapat mula focus kepada hal lain terutama sekali dalam mencari pekerjaan tetap, Insya Allah.. hati tetap yakin rezeki itu ada, Cuma menunggu masa lagi.. sekarang orang sekeliling Ukhti pun mula ‘excited’ bercerita mengenai graduation. Kemungkinan besar, graduation Ukhti akan berlangsung bulan September nanti, mudahan ketika itu, rezeki dimurahkan dan dilapangkan masa agar dapat berkongsi kebahagiaan dengan orang-orang yang selama ini sudah banyak memberi sokongan kepada Ukhti dalam pembelajaran dan menyiapkan thesis Ukhti, Insya Allah.. 



Ukhti terjumpa akan satu video yang dibuat ketika graduation, seperti tahu akan mood Ukhti yang sebenarnya juga excited hendak graduate. Video itu berkenaan dengan seorang graduan bernama Hamza Sadique yang diminta untuk memberi ucapan mengenai dengan pengalaman beliau sepanjang belajar selama 4 tahun di universiti beliau.. hati Ukhti seperti tersentuh dan ter-inspirasi dengan ucapan yang beliau buat..




“No matter how busy you get, stay in touch with your friends, be there for them and they will be there for you”


Memang benar yang dikatakan beliau, terkadang bila kita sudah graduated dan mula fokus ‘membina’ kehidupan baru selepas selesai belajar, terkadang kita lupa orang-orang yang selama ini bersama kita berjuang, bersama kita disaat suka dan duka, orang-orang yang selalu menjadi tempat kite bercurhat.. hanya kerna kita terlalu sibuk menguruskan kehidupan baru kita. Sebenarnya, ini juga terjadi kepada Ukhti akhir-akhir ini.. terkadang bila sudah terlalu sibuk mencari rezeki, Ukhti terasa seperti tidak ada masa untuk bertanya khabar akan teman-teman Ukhti, apalagi membuat temujanji untuk berjumpa. Beberapa hari yang lalu Ukhti bercerita dengan salah seorang teman baik Ukhti dan dipenghujung cerita, teman Ukhti tersebut berkata “hopefully we won’t lose contact once you’re married”.  Insya Allah.. Teman karib Ukhti juga beberapa kali menegur Ukhti dalam whatsapp, bertanyakan bila Ukhti free untuk hi-tea dengan beliau.. terdetik dihati Ukhti, Alhamdulillah.. teman-teman yang selama ini berjuang dengan Ukhti, masih ingat akan Ukhti dan seharusnya Ukhti lebih menghargai. 



Ukhti yakin ini mungkin teguran lembut dari Allah untuk Ukhti agar tidak lupa akan silaturahim yang harusnya Ukhti terus eratkan.. Sebenarnya, memang seperti orang lain, ada beberapa persahabatan Ukhti yang renggang hanya kerana hal-hal yang sebenarnya kecil.. didalam hati, ingin sekali Ukhti bertanya khabar kepada mereka, ingin sekali meminta maaf jika hal terdahulu ada menyakiti hati.. namun yang lebih penting, Ukhti ingin sekali memberitahu mereka bahwa Ukhti rindu akan sahabat-sahabat Ukhti tersebut.. namun, mungkin rasa takut Ukhti lebih besar jika dibandingkan dengan keinginan Ukhti untuk menyapa mereka.. mungkin hanya Allah yang lebih memahami akan isi hati hamba-hambaNYA.  

Insya Allah.. semoga nanti rezeki dimurahkan dan Ukhti dapat meluangkan masa dengan teman-teman yang Ukhti kasihi..


Cinta,
Katijah Sulaiman

Sunday, June 23, 2013

Bila Nanti kita pergi

Assalammunalaikum,

Tiba-tiba saja hati Ukhti rindu untuk menulis, teringat terus akan blog Ukhti ini yang mungkin, kalaulah ia-nya adalah benda, mungkin habuk nya sudah dapat disukat dengan garisan, hehe.. ketika ini Ukhti sebenarnya sedang berkejaran dengan due date thesis Ukhti.. memang sejak dua minggu terakhir ini, Ukhti terpaksa berkorban rehat dan tidur Ukhti hanya untuk menyiapkan thesis Ukhti kerna harus diserahkan minggu ini.. banyak juga yang menegur mata Ukhti yang mungkin lebih hitam dan bulat dari mata panda, tapi tak apa.. cabaran adalah pelajaran terpenting dalam hidup, tanpa cabaran.. kita takkan kenal erti lelah, erti susah.. Ukhti hanya mampu tidur dalam 2 ke 3 jam kerna waktu siang Ukhti berlalu dengan mencari rezeki ditempat kerja Ukhti yang tidak memungkinkan Ukhti untuk fokus membuat thesis Ukhti, jadi waktu malam saja masa yang ada untuk Ukhti berjuang.. mungkin cabaran terberat adalah mungkin kerna Ukhti bukanlah seorang "night" person.. tidak biasa berjaga malam, jadi mencuba untuk "stay awake" memang dugaan yang agak berat, hehe.. tapi alhamdulillah.. setakat ini, Ukhti masih mampu tersenyum diwaktu siang walaupun sebenarnya, keletihan physically dan emotionally mungkin hanya Allah yang lebih tahu..

Baru-baru ini Ukhti mengalami sesuatu yang agak menyedihkan hati dan membuat Ukhti terfikir sendiri mengenainya. Beberapa hari yang lalu, ketika Ukhti sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerja Ukhti, Ukhti menerima satu mesej dari seorang teman lama, memberitahu Ukhti bahwa ibu saudara beliau telah pun pergi kerahmatullah, Al-fatihah.. Ukhti tidak dekat dengan ibu saudara beliau.. namun, Ukhti selalu mendengar akan kebaikan ibu saudara beliau dan bagaimana kasihnya ibu saudara beliau kepada teman Ukhti tersebut, membuatkan Ukhti merasa seperti ingin sekali, pada suatu hari nanti dapat berjumpa dengan Allahyarhumah..  walaupun mungkin hajat itu tidak akan kesampaian.. kerana sedih mendengar berita tersebut, Ukhti terpaksa mengunci diri di tandas untuk beberapa minit dan orang diluar terpaksa bebaris menunggu Ukhti keluar, hehe.. Ukhti belum ada kesempatan untuk bertanya khabar akan teman Ukhti tersebut, tapi Ukhti yakin.. beliau seorang yang kuat, seorang yang tabah..

sepanjang Ukhti berkerja dan harus berkomunikasi dengan pelanggan melalui telefon, Ukhti beberapa kali harus mengalami 'saat-saat sedih' juga. Baru-baru ini, bila Ukhti berbual dengan seorang Pak cik, Ukhti bertanya, jika Ukhti boleh bercakap dengan pelanggan yang namanya tertulis didalam sistem PC, pak cik tersebut memberitahu bahwa pelanggan yang Ukhti sebut namanya itu adalah Isteri beliau dan betanya hajat Ukhti ingin bercakap dengan isteri beliau.. Ukhti pun bercerita panjang lebar dengan Pak cik tersebut.. setelah selesai, Pak cik tersebut pun memberitahu Ukhti bahwa isteri beliau sebenarnya sudah pun meninggal dunia..

sebenarnya, itu bukan kali pertama Ukhti mengalami saat begitu, sudah beberapa kali.. ada yang memberitahu Ukhti bahwa pelanggan yang Ukhti cari adalah ibu mereka dan sudah pun pergi.. terkadang, Ukhti terasa agak bersalah sebab Ukhti takut, disebabkan Ukhti, keluarga yang ditinggalkan terkenang dan rindu akan Allahyarham dan Allahyarhammullah.. namun apa daya Ukhti, memang sudah tugas Ukhti untuk bertanya..


Ukhti terus terfikir.. bagaimana jika hal yang sama berlaku kepada Ukhti.. bila
masa Ukhti sudah sampai dan harus pergi menghadap Sang Illahi.. apa saja harta  benda yang Ukhti akan tinggalkan nanti, siapa yang akan Ukhti tinggalkan, siapa yang akan mencari dan ingat akan Ukhti.. siapa yang akan selalu mendoakan Ukhti dan menghadiahkan surah Al-fatihah setiap hari untuk Ukhti.. Bila Ukhti tengok telefon bimbit Ukhti, Ukhti terfikir.. mungkin benda ini akan Ukhti tinggalkan.. mungkin bila Ukhti tidak ada lagi, telefon bimbit ini lah mungkin menjadi kenangan untuk orang-oran yang Ukhti tinggalkan.. semua baju, barang-barang berharga Ukhti.. mungkin nanti hanya akan menjadi kenangan..

kadang-kadang kita lupa, suatu hari nanti kita akan pergi juga..


Cinta,

Katijah Sulaiman

"Seperti Sudah Menemukannya"


Assalammualaikum Ukhti <3

Waaa.. tak terasa, sungguh lama Ukhti disini tidak menulis didalam blog ini, namun Alhamdulillah.. Ukhti bahagia, walaupun Ukhti kurang meng-update blog ini, masih ada yang datang kepada Ukhti, bertanyakan bila Ukhti akan mula menulis lagi.. Alhamdulillah juga sebab ada yang sudi untuk terus memberi comment di dalam blog Ukhti ini, Alhamdulillah.. terima kasih =D

Minta maaf, ketika ini Ukhti sangat sibuk dengan pekerjaan-pekerjaan Ukhti, ditambah lagi sekarang Ukhti seperti sudah menemui kebahagiaan didalam hidup Ukhti =) Bagi Ukhti-Ukhti dan Akhi yang sentiasa bersama Ukhti didalam blog ini, mungkin sudah lama mengetahui bagaimana Ukhti sangat berjuang untuk bangkit semula setelah melalui ‘zaman kejatuhan’. Bagaimana ketika masa menjalankan waktu-waktu terpuruk dulu, Ukhti berkongsi perasaan didalam blog ini, bagaimana sedih dan susahnya Ukhti ketika itu.. namun, seperti apa yang Uhkti pernah tulis dan masih terus percaya.. Do’a adalah senjata kepada segalanya yang ada didunia ini.. cepat atau lambat, apa yang kita harapkan dari doa kita, tetap akan dijawap. Begitu juga harapan Ukhti ketika itu.. tidak pernah sekali pun Ukhti berhenti berdoa untuk ditemukan dengan seseorang yang mampu merubah hidup Ukhti menjadi lebih baik, yang mampu mengubat kesedihan yang Ukhti rasakan ketika itu.
 

Alhamdulillah, Ukhti seperti sudah menemuikannya.. seorang Akhi yang, bila Ukhti memandang wajahnya, timbul rasa ketenangan didalam hati Ukhti. Teringat Ukhti akan salah satu doa Ukhti dahulu, bila Allah ingin menemukan Ukhti dengan seorang yang berhak untuk menjadi jodoh Ukhti, berikanlah Ukhti tanda iaitu ketenangan didalam hati Ukhti, Alhamdulillah.. Ukhti merasakannya ketika ini.. maha besar kekuasaan Allah.. kebahagiaan yang Ukhti rasakan ketika ini, Ukhti rasa adalah satu bukti bahwa Allah sentiasa mendengar doa-doa hambaNYA, sentiasa memberi kebahagiaan setelah lama bersabar.
 
 

Yang istimewanya, Ukhti sekarang lebih mudah untuk menerima Akhi tersebut (kita kasih nama “mr.Hero”, hehe..) apa adanya.. jika akhi yang terdahulu, Ukhti selalu sering terasa seperti ada yang tidak nyaman dihati, tapi sekarang Ukhti seperti selalu bahagia dengan apa saja yang dilakukan dan ditunjukkan oleh Akhi mr.hero itu, sepertinya Ukhti tidak perlu meminta Akhi mr.hero itu untuk melakukan apa-apa kerana sepertinya Akhi seperti sudah tahu apa yang Ukhti harapkan, membuatkan hati Ukhti merasa semakin yakin.
 
 

Namun, yang paling membahagiakan.. ialah..hehehe, mungkin nanti saja Ukhti cerita kan bahagian yang paling membahagiakan itu yea.. mungkin terlalu awal untuk Ukhti mengatakan bahwa dialah jodoh Ukhti, kerana setiap perkara adalah diatas kehendak Allah jua, ketika ini, Ukhti seperti diberi semangat baru untuk terus berusaha mendapatkan rezeki, untuk segera mendapatkan pekerjaan yang tetap dan sangat stabil agar dapat juga segera Ukhti berbakti kepada ibu bapa Ukhti, membahagiakan mereka, aamiin aamiin, tiada tempat untuk meminta selain kepadaNYA.. dan Ukhti harap, Ukhti dapat memberikan ibu bapa Ukhti, seorang menantu lelaki yang juga mampu membahagiakan mereka, aamiin =)

apa yang penting,Ukhti mengharapkan doa agar dimurahkan rezeki dan dilancarkan segala hajat dihati.. mudahan kali ini, Ukhti tidak perlu menunggu lama untuk dijadikan sebagai yang halal untuknya..
 
 
 
 
Cinta,
Katijah Sulaiman