Assalammualaikum..
Beberapa
kali Ukhti mendengar cerita nenek-nenek dan Datuk Ukhti mengenai kisah cinta
mereka terdahulu.. memang susah untuk dibayangkan tapi memang kisah cinta mereka
agar unik jika dibanding dengan kisah-kisah cinta sekarang yang lebih ‘moden’.
Jika sekarang, pasangan-pasangan yang sedang berkasih sayang, dengan senangnya
datang kerumah pasangan untuk berjumpa dan mengeratkan silaturahim, nenek dan
Datuk Ukhti dulu hanya mengharapkan surat menjadi penganti diri untuk meluahkan
perasaan cinta dan kasih terhadap pasangan masing-masing. Ukhti pernah bertanya,
mengapa tidak pergi terus berjumpa saja.. tulis dalam surat, berjanji
dimana-mana, pukul berapa.. seperti yang biasa dibuat pada masa sekarang..
nenek dan Datuk Ukhti menjawab, sebab.. mereka malu dan takut akan dosa..
lagipun, mereka juga takut akan ‘kebengisan’ wajah ayah mereka jika mengetahui
anak dara mereka berjumpa dengan si anak teruna.. begitulah kecantikan ‘percintaan’
zaman dahulu.. tidak terlalu mengeluarkan wang ringgit, tidak terlalu banyak
dugaan, tidak terlalu banyak permintaan.. cantik.. kebanyakan percintaan zaman
dahulu lebih kepada percintaan sebenar selepas kahwin.. hanya selepas
di-ijabkabul kan pasangan yang pada mulanya hanya menyayangi berlandaskan
surat-menyurat, sekarang akan lebih mengenali satu sama lain.. dan
Alhamdulillah.. majoriti pasangan nenek-nenek kita berakhir dengan “perpisahan
menghadap Allah S.W.T”, Datuk Ukhti pernah memberitahu, ketika kahwin, mereka
hanya tahu untuk membahagiakan satu sama lain.. tidak mementingkan perasaan dan
ego sendiri.. sama-sama berusaha untuk mengembirakan satu sama lain walaupun
hanya sekadar, membawa setangkai bunga yang dicuri dari taman orang lain..
hehe..
Yang
menarik perhatian Ukhti adalah apabila mereka melangsungkan walimatul-Urus
dimana kebanyakan mereka hanya menggunakan kitab suci Al-Quran, sejadah dan
juga telekung sebagai mas kahwin mereka. Mereka berkata, mas kahwin yang
berbentuk kitab Allah, sejadah dan telekung adalah sangat penting dalam
seharian mereka kerana itulah yang mereka baca dan hadap sebelum memulakan
hari-hari mereka dan tanpanya, sepertinya sukar bagi mereka untuk menjalankan
kegiatan seharian mereka.. seperti kosong. Pernah Ukhti mendengar cerita bapa
saudara Ukhti mengenai Al-Quran sebagai Mas Kahwin dimana beliau berkata,
menjadikan Al-Quran sebagai mas kahwin jika tidak ingin bergantung kepada wang
ringgit, buka perkara main-main.. kerana dengan pemberian Al-Quran sebagai Mas
Kahwin, si bakal suami harus terlebih dahulu mengetahui adakah si wanita yang
bakal di nikahi tersebut, akan selalu membaca Al-Quran yang diberikan.. Ianya
bukan sekadar menjadi perhiasan ketika pernikahan dan akhirnya diletakkan di
Almari dan menjadi lambang kenangan ketika hari berbahagia. Si bakal suami
harus terlebih dahulu menyelidiki.. adakah si wanita yang bakal menjadi isteri,
mampu menjadikan Al-Quran yang diberikan sebagai pendamping hidupnya selain
berbakti kepada suaminya.. itulah yang dikatakan bapa saudara Ukhti.. memang
ada betulnya.. Kitab Allah adalah kitab suci kita.. bukan sesuatu untuk
dipermainkan atau digunakan untuk kepentingan sendiri.. tapi untuk dihayati dan
diamalkan..
Mengetahui
akan fakta tersebut, ia terus membuka hati dan mata Ukhti, untuk lebih
mendalami dan menghayati ayat-ayat suci Al-Quran agar kelak Ukhti dapat menjadi
layak untuk menerima kitab suci Al-Quran sebagai Mas Kahwin bila melangsungkan
walimatul-Urus Ukhti dengan bakal suami Ukhti nanti.. dan Ukhti harap penulisan kali ini turut
dapat sedikit sebanyak membuka hati dan mata Ukhti-Ukhti dan juga Akhi-Akhi
budiman seperti mana ianya menyedarkan Ukhti sendiri.. Insya Allah..
Assalammualaikum
=)