Ketika
menghabiskan masa membaca mengenai Solat Tahajjud, Ukhti terlihat satu link
yang bertajuk “Solat sunat Dhuha”. Selalunya Ukhti melihat perkataan ‘Dhuha’
hanya didalam kalendar Islam dan Ukhti tidak begitu mengetahui apa keperluannya
sehingga ia tertulis disana. Ukhti pun masuk ke laman web Solat Dhuha itu dan
Alhamdulillah, Ukhti mendapat ilmu baru mengenainya.
Solat
Dhuha rupanya adalah solat sunat yang boleh dilakukan diwaktu pagi, kira-kira
beberapa minit selepas solat Subuh atau mengikut hujahan beberapa ustaz,
bolehlah dilakukan selepas pukul 8 pagi dan penutupnya pukul 11 pagi. Mungkin
Solat Dhuha lebih senang untuk dikerjakan kerana ia dilakukan ketika sudah pagi
dan bagi anak-anak dara seperti Ukhti ini, Solat dhuha boleh dijadikan aktiviti
pagi supaya dapat awal bangun =) Jadi sekarang, Ukhti sudah faham bahwa susunan
solat adalah dari solat Tahajjud (yang dilakukan sebelum azan subuh), lepas itu
kita ada solat subuh, dan paginya kita ada solat Dhuha, cantik kan? Anggaplah
Solat Dhuha itu sebagai aktiviti pagi kita seperti kita bangun pagi kerana
berjanji dengan teman-teman untuk pergi
jogging atau hiking atau bersarapan pagi bersama.
Apa
yang menarik hati Ukhti bila berbincang mengenai Solat Dhuha ini adalah Do’a
solat Dhuha yang bagi Ukhti tersangatlah cantik. Do’a nya menyatakan mengenai
bagaimana rezeki, kecantikan, keindahan dan kekuatan yang selama ini ingin kita
capai dan perolehi, datangnya dari Allah S.W.T dan dariNYA lah kita meminta.
Kita hanya perlu istiqomah dalam mengerjakannya. Tidak dinafikan, tidak mudah
tapi Ukhti yakin, jika disertakan dengan niat yang ikhlas ingin menjadi lebih
baik, Insya Allah.. semua boleh buat.. Insya Allah!
Tadi
petang, Ukhti bersama dengan teman rapat Ukhti pergi ke bahagian kewangan
Universiti Brunei Darussalam untuk menguruskan hal Elaun. Ketika berada dibilik
ofis tersebut, Ukhti dan teman rapat disapa oleh beberapa orang auntie yang berkemungkinan
berkerja disana dan mereka berjenaka mengenai “kalau keluar elaun.. lanja ni..
di tarindak.. di empire”. Kami hanya tersenyum mendengarnya. Bila keluar dari
bilik tersebut, Ukhti ditegur oleh teman rapat Ukhti kerana masih tersenyum.
Ukhti pun sebenarnya tidak menyedari yang Ukhti sedang tersenyum.
Ketika
itu, Ukhti sedang berfikir betapa hebatnya wang ringgit sehingga mampu
membuatkan semua orang sangat gembira mendapatkannya. Ketika itu, Ukhti berasa
bersyukur kerana dengan rezeki yang akan diperolehi, dapat membantu ibu dan
ayah Ukhti dalam pembelanjaan seharian, Insya Allah. Bila sampai dirumah, Ukhti
pun bercerita dengan ibu Ukhti mengenainya dan ibu Ukhti berkata, “orang lain
awal keluar, rezeki dorang.. yang belum keluar, ada rezeki, keluar nanti..”
Bercakap
mengenai rezeki, Ukhti terus berfikir.. adakah rezeki yang dimaksud hanya
terbatas kepada mendapat wang ringgit atau dibelanja makanan atau memperolehi
barang atau sesuatu yang di-inginkan? Jika rezeki yang dimaksudkan itu adalah
seperti itu, jadi adakah ucapan ‘Alhamdulillah’ yang bermaksud “aku bersyukur
kepadamu Ya Allah” juga hanya terbatas kepada yang tersebut diatas? Jika rezeki
yang dimaksudkan adalah yang tersebut diatas, adakah ia bermaksud, orang yang
mempunyai harta benda yang lebih bererti mempunyai rezeki dan orang yang tidak
mempunyai harta benda, tidak dianugerahi rezeki oleh Allah?
Teringat
Ukhti akan pesanan seorang teman baik Ukhti, “sebenarnya banyak perkara untuk
disyukuri..”, Ukhti yakin, rezeki Allah itu banyak untuk disyukuri.. sangat
banyak..
Andai
mempunyai keluarga yang bahagia dan saling menyayangi, itu adalah rezeki kerana
tidak semua orang mempunyai keluarga bahagia.
Andai
kita masih mempunyai ibu dan ayah yang sangat penyayang, itu adalah rezeki..
kerana tidak semua orang masih mempunyai ibu dan ayah.
Andai
mempunyai suami yang sangat bertanggungjawab, menyayangi dan melindungi.. itu
adalah rezeki untuk para Isteri kerana tidak semua isteri mempunyai suami
sebegitu.
Andai
mempunyai isteri yang solehah, berbakti dan menjaga makan minum suami.. itu
adalah rezeki untuk para suami kerana tidak semua suami mempunyai isteri begitu
Andai
pasangan suami isteri di anugerahi zuriat, itu adalah rezeki kerana tidak semua
pasangan mampu mempunyai zuriat.
Andai
kita mempunyai orang-orang yang menyayangi kita, itu adalah rezeki.. kerana
tidak semua orang merasakan kasih sayang.
Andai
kita masih dapat makan nasi walaupun hanya bersama pusu atau telur.. itu adalah
rezeki kerana tidak semua orang dapat makan hari ini.
Andai
kita mempunyai pekerjaan, walaupun meletihkan.. itu adalah rezeki kerana tidak
semua orang mempunyai pekerjaan yang selesa untuk menampung perbelanjaan mereka.
Andai
kita mempunyai katil dan bilik tidur, walaupun sempit.. itu adalah rezeki
kerana tidak semua orang beralaskan tilam untuk tidur dimalam hari.
Andai
kita mempunyai kasut atau pakaian atau jam tangan, walaupun hanya belasan
ringgit.. itu adalah rezeki.. kerana tidak semua orang akan mampu membelinya.
Andai
kita masih mampu minum, walaupun sekadar air putih.. itu adalah rezeki.. kerana
tidak semua orang mampu meneguknya.
Andai
kita masih merasa selamat untuk pergi kesana kemari dinegara sendiri, itu
adalah rezeki untuk kita.. kerana tidak semua orang merasa selamat dinegaranya
sendiri.
Andai
kita mempunyai kereta, walaupun hanya sekadar kereta tua.. itu adalah rezeki
kerana tidak semua orang mampu membelinya.
Sebenarnya
banyak lagi yang Ukhti ingin tulis jika berbicara mengenai Rezeki. Banyak benda
yang dapat kita syukuri.. banyak sebab untuk kita memanjatkan rasa syukur dan
mengucapkan “Alhamdulillah”.. sebab rezeki itu ada dimana-mana jika kita melihat
dari sudut pandang seperti yang diatas dan Ukhti yakin, semua orang akan berasa
cukup dengan rezeki yang dianugerahkan, bukan hanya terbatas dengan adanya wang
ringgit atau harta benda. Kebahagiaan tidak akan dibatas oleh wang ringgit
semata-mata. Mungkin kita akan lebih bersyukur. Ini mungkin adalah peringatan
yang sangat ‘nyaring’ untuk Ukhti sendiri hari ini, untuk tidak mengantungkan
kebahagiaan diri kepada sesuatu yang tidak tetap.
Antara
banyak-banyak rezeki yang ada, mungkin rezeki terbesar bagi Ukhti adalah..
andai kita masih mempunyai badan yang sihat dan mampu melakukan apa saja
perkara, melakukan solat, membaca Al-Quran, membantu orang.. itu adalah rezeki dari Allah.. kerana tidak semua orang mampu untuk
berdiri sendiri ataupun hanya mengangkat tangan.. tidak semua orang mampu untuk
berbuat perkara baik.. seperti video dibawah...
Dulu,
Solat Tajjahud selalu Ukhti dengar samaada di dalam TV, Radio, Facebook dan
mulut-mulut ahli ulama dan juga orang-orang tua disekeliling, Namun ianya hanya
sebatas masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. tidak pernah ada hasrat
dihati untuk membaca dan mengetahui lebih dalam mengenainya.. bagi Ukhti ketika
itu, asal kan kita menunaikan solat fardhu 5 waktu, sudah cukup.. *memang keras
hati pun*
Namun,
baru-baru ini, ketika asyik menyaksikan satu drama series Indonesia, ada satu
scenario dalam drama itu dimana ibunya mengucapkan panjat syukur kepada Allah
kerana dimurahkan rezeki untuk menunaikan ibadah haji, lalu anak si ibunya pun
berkata, “Ibu bisa naik haji sebab ibu nggak pernah putus-putus sedekah,
mendoakan orang lain dan nggak pernah meninnggal solat Tahajjud..”, mendengar
perkataan solat tahajjud yang diucapkan si anak itu membuatkan Ukhti terus
berfikir, solat Tahajjud ini sebenarnya apa?
Alhamdulillah,
ketika ‘mengorek-gorek’ koleksi buku-buku ibu Ukhti, terjumpalah buku yang
bertajuk ‘Risalah Doa’ yang mengikut cerita ibu Ukhti, buku itu adalah
pemberian ayah Ukhti kepada ibu ketika hantaran kahwin dulu.. Ukhti kagum,
sangat kagum dan terus memasang angan-angan.. okeh, berbalik kepada cerita
Ukhti mengenai solat Tahajjud, dalam buku itu, ada menjelaskan mengenai solat
Tahajjud, dari niat, doa dan kelebihannya..
Beberapa penjelasan
yang Ukhti dapat kongsikan dari buku ‘Risalah Doa’ mengenai Solat Tahajjud:
1)Saiyyidina
Ali R.A meriwayatkan bahwa Rasullullah S.A.W bersabda: “Pada sepertiga malam
yang terakhir Allah berfirman, “Siapa diantara penghuni bumi yang ada
permintaan, akan aku beri, siapa yang ingin bertaubat, aku ampuni dan siapa
yang mempunyai hajat, akan aku perkenankan”
2)Rasulullah
S.A.W bersabda: “Barangsiapa bersembahyang didalam masjidku (Masjid Nabawi di
Madinah) akan diberi pahala kepadanya sepuluh ribu kali. Dan siapa sembahyang
didalam masjidil Haram, akan diberi pahala seratus ribu kali”. Salah seorang
sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, adakah sembahyang yang lebih bedar lagi
pahalanya daripada itu?”, Rasulullah menjawab : “Ada!, iaitu seseorang yang
bangun ditengah malam, lalu berwudhu dengan baik kemudian sembahyang dua rakaat
dengan hati yang ikhlas (solat Tahajjud)
3)Ibnu
Abbas meriwayatkan Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa bersembahyang sunnat
dua rakaat diwaktu tengah malam, dibacanya pada rakaat pertama surah Al-Fatihah
dan sepuluh kali ayat kursi, begitu juga pada rakaat kedua, ayat A’-ikhlas
sepuluh kali, maka Allah menurunkan beberapa orang malaikat untuk menjaga orang
itu dari kejahatan”.
4)Tuhan
menerangkan didalam Al-Quran: “sembahyang Tahajjudlah, sebagai ibadah sunnah
bagi mu, semoga Allah akan member kedudukan yang terpuji bagimu”.
Untuk
mempelajari lebih lanjut mengenai Tahajjud, click this link.. tersangatlah
detail info nya, Ukhti pun baru membacanya beberapa hari yang lalu
Bukan
senang untuk melaksanakannya, apalagi kita hidup di dunia yang penuh dengan
kesibukan disiang hari, membuatkan waktu malam dijadikan kesempatan untuk
berehat dan tidur.. jadi tidak mudah untuk bangun malam untuk melaksanakannya,
apa lagi kita harus bangun untuk solat subuh lagi. Sebagai manusia, terkadang
akan timbul rasa jenuh atau keletihan untuk bangun, apalagi tidur sudah
tersangat lena, itu pilihan kita sebagai individu, bagaimana kita hendak
me-indahkan kehidupan kita sebagai manusia dan sebagai seorang muslim.. Allah
menyediakan beberapa cara untuk kita mendapatkan kebahagiaan, ketenangan dan
kegembiraan.. terserah kita untuk melaksanakan atau tidak. Seringkali Ukhti
mendengar / membaca rintihan beberapa orang yang mengeluh mengenai rezeki
kurang, hati tidak tenang, banyak masalah sehingga kebatas mempertanyakan,
mengapa Allah memberi dugaan tersebut kepada mereka, kenapa rezeki mereka
selalu kurang dan tidak mencukupi. Ukhti yang sama-sama jahil ini hanya mampu
berdiam diri. Namun Ukhti paham, kita tidak akan lulus ujian sekolah kalau
hanya duduk dan menatap buku yang ada dihadapan, kita tidak akan mendapat
sesuatu jika kita tidak berusaha mendapatkannya, kita tidak akan makan apa-apa
kalau kita tidak berusaha mencari ataupun masak, kita tidak akan diberi andai
tidak meminta kepada yang memberi rezeki. itulah yang Ukhti rasa dan fikirkan.
Pagi tadi, Ukhti menerima ‘whatsapp’ dari teman baik Ukhti sejak kecil dan Alhamdulillah, mendapat ‘rezeki pagi’, diajak makan diluar disebuah kedai yang tidak pernah Ukhti masuki. Ketika sedang berhidang, Ukhti dan si teman karib bercerita mengenai cinta dan jodoh *memang salah satu topic utama Ukhti-Ukhti* =). Secara tidak sengaja, mulut Ukhti bertanyakan satu soalan.. “adakah lagi lelaki yang baik dengan niat yang baik (terus meminang)?”, si teman karib tersenyum dan menjawab…. nah.. biarlah Allah dan Ukhti saja yang tahu jawapannya si teman..
Ukhti selalu yakin akan ‘the power of Do’a’.. bila kita meminta kepada Allah, walaupun Nampak mustahil dimata kasar kita, tapi tidak ada yang mustahil bagiNYA.. seperti didalam Do’a Solat Tahajjud.. “Ya Allah.. janjimu adalah benar.. perkataanmu adalah benar..”, Ukhti yakin, masih ada.. kita Cuma perlu berdo’a..
Ukhti selalu berharap, suatu hari nanti Ukhti akan mendapatkan seorang jodoh yang mampu menjadi Imam disolat Ukhti dan dapat membimbing Ukhti kejalan yang diredhai Allah.. Suatu hari, Ukhti melawat-lawat beberapa laman web untuk kerja thesis Ukhti.. tiba-tiba ukhti terlihat satu laman web yang bertajuk “jadilah Jodoh yang solehah”. Ukhti membuka laman web tersebut dan membacanya.. mungkin itu hidayah dan pesanan dari Allah S.W.T.. Ukhti menangis ketika membacanya.. menyedari betapa banyaknya kekurangan yang ada pada diri Ukhti yang juga terkadang melupakan Allah S.W.T.. betapa Ukhti lupa akan cinta terhadapnNYA kerna terlalu lalai dengan cinta duniawi yang akhirnya membuatkan Ukhti rebah tersungkur dalam kesedihan yang agak lama.
Sejak dari itu, Ukhti ingin belajar untuk menperbaiki diri.. mungkin bukan secara fizikal.. tapi lebih kepada perasaan dan emosi Ukhti.. bertawakal dan menyerahkan segalanya kepada kekuasaan Allah S.W.T dalam segala urusan duniawi Ukhti.. benarlah yang dikatakan Ustaz Don dan juga Ustaz Idrus, urusan Jodoh itu urusan Allah S.W.T.. yang perlu kita lakukan adalah menjadi lebih baik dari hari kemarin dan berusaha untuk lebih baik dari hari ini.. cintai Allah, kekasih Allah Muhammad, cinta kitab Allah.. Insya Allah, akan lahir ketenangan dan kegembiraan dalam hati kita.. Biar urusan Jodoh itu dilaksanakan Allah.. Dia lebih tahu yang terbaik untuk kita.. itu janji Allah.. Ukhti dahulunya seorang yang kurang sabar, kurang menerima nasihat orang lain.. namun, Alhamdulillah.. Sekarang, Ukhti rasa ketenangan yang luar biasa.. Alhamdulillah.. Ukhti ingin terus belajar untuk menjadi wanita yang baik..
Ukhti menulis yang diatas tiadalah bermaksud untuk menunjuk.. tapi Ukhti ingin sekali berbagi kebahagian Ukhti dengan Ukhti-Ukhti yang lain yang mungkin ketika ini berada dalam kesedihan.. terkadang Allah tegur kita dengan cara yang mungkin menyakitkan tapi itu kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.. Allah tahu kita wanita-wanita kuat.. indahkan wajah dan badan kita dengan air wudhu dan solat.. tenangkan hati kita dengan Al-Quran.. minta kepada Allah disolat Tahajjud dan Dhuha.. terus belajar menjadi lebih sabar dan maafkan.. Insya Allah.. Insya Allah.. Teringat Ukhti akan suatu ketika, seorang Akhi bertanya mengenai Do’a kelancaran Jodohnya kepada Ukhti.. Ukhti hanya mampu berkata, tiada ada Do’a yang lebih mujarab melainkan Do’a yang dipanjatkan kepadaNYA oleh hambanya yang Ikhlas ingin mendekatkan diri kepada Allah.. inginkan jodoh yang solehah, Akhi harus terlebih dahulu menjadi Imam yang baik.. belajar menjadi lelaki yang bertanggungjawab dari segi perkataan dan kelakuan.. kerna syurga isteri ada dibawah tapak kaki suami.. jadilah suami yang layak memegang ‘syurga’ itu.. Ukhti do’a kan mudahan Akhi tersebut sentiasa istiqomah mendekatkan diri kepada Allah.. Aamiin aamiin Ya Rabb..
Assalammualaikum.
P/s: Terima Kasih Teman Karib for the rezeki.. Semoga dimurahkan rezeki..
Sebelum menulis panjang, izinkan saya untuk menggunakan ‘Ukhti’ sebagai ganti nama diri saya didalam post pertama blog Emra’a Allah ini dan juga post-post seterusnya nanti. Ukhti diambil dari bahasa Arab yang juga bermaksud ‘my sister’, ‘kakak, ‘adik’ dan ianya biasa digunakan untuk wanita-wanita Islam bila saling sapa menyapa diantara satu sama lain. Panggilan Ukhti *walaupun tidak bersesuaian dengan kata ganti diri* ini sepertinya sangat istimewa bagi saya sebagai seorang wanita kerana ia memberikan pengertian mendalam bahwa kita semua, wanita muslimah adalah sama dan bersaudara, tiada yang lebih baik dari yang lain, tiada yang lebih cantik dari yang lain, tiada yang lebih bijak dari yang lain. Kita semua adalah ‘Ukhti’ yang sama-sama dikurniai hati dan perasaan yang lembut namun mempunyai perasaan tegas oleh Allah S.W.T.
Kenapa blog ini dinamakan Emra’a Allah? Ilham untuk menamakan “Emra’a Allah” yang bererti Wanita Allah, datangnya dari isi hati Ukhti sendiri sebagai seorang wanita. Akhir-akhir ini banyak perkara berlaku didalam hidup Ukhti dan banyak perkara yang Ukhti saksikan dan dengar terutamanya mengenai nasib dan jalan kehidupan Ukhti-Ukhti yang lain yang terkadang membuatkan hati kecil ini terasa sangat pilu, terkadang takut, terkadang tertanya-tanya, kenapa ianya berlaku.. memang panjang untuk dikongsikan jika berjumpa dengan teman-teman yang lain yang terkadang boleh terpesong kearah ‘mengumpat’ tanpa disedari. Kerana itu, Ukhti berniat untuk memulakan penulisan blog ini supaya dapat fokus kepada pengisian cerita, pendapat dan ilmu dan menghindari dosa-dosa yang tidak disedari, Na’uzubillah. Beberapa kali Ukhti mendengar cerita yang menyentuh hati dari Ukhti-Ukhti yang lain membuatkan Ukhti merasa, Ya Allah.. benarlah apa yang di-ingatkan didalam Al-Quran.. tiada yang dapat menolong kita melainkan Allah S.W.T.. tiada yang dapat memberikan ketenangan dan kegembiraan melainkan Allah S.W.T.. Jadi, kenapa Emra’a Allah? Kerana.. perjalanan hidup Ukhti, walaupun baru ‘setahun Jagung’, membuka mata hati Ukhti untuk menyedari.. betapa indahnya menjadi ‘Wanita Allah’.. indahnya menjalani tanggungjawab sebagai Wanita Allah, indahnya ketenangan yang Ukhti dapat darinya.. dan Ukhti ingin sekali berkongsi ketenangan dan kegembiraan ini bersama dengan Ukhti-Ukhti yang lain dan mudahan, jika ada Akhi-akhi budiman yang membaca blog ini, dapat memberi pengertian dan fahaman baik mengenai isi hati kami, Emra’a Allah..
Ukhti bukanlah wanita yang kaya ilmu agama, masih terdapat kejahilan dalam diri Ukhti mengenai hukum-hukum Allah, apalagi dalam mengenal Al-Quran Allah. Jauh sekali.. tapi Ukhti ingin sekali menjadi yang baik, walaupun bukan dimata manusia, asalkan baik dimata Allah.. dan itu bererti mengorbankan beberapa perkara duniawi yang Ukhti gemari sebagai wanita.. tapi tidak apa.. Ukhti selalu yakin, tiada yang lebih indah hidup didunia ini, melainkan mempunyai hati yang tenang dan bahagia. Ukhti bahagia menjadi Wanita Allah.. Ukhti rasa cantik didekatnya..